Tuesday, May 26, 2015

Ayat "DOUBLE MEANING" wanita yang lelaki wajib tahu..

Assalamualaikum uallz!!

Wanita ni terkenal dengan sifat pemalu dan sopannya.. Apa2 nak cakap mesti berlapik..
Hee.. Tapi lelaki selalu tak faham apa yang dimaksudkan.. Tu yang jadi punca gaduh tu..lelaki tak faham perasaan perempuan tu.. Bak kata tajuk drama pukul 7, HATI WANITA.. Haha...


Kat bawah ni eina senaraikan beberapa ayat yang wanita selalu guna tapi lelaki tak reti nak paham-paham.. Haha..

1) Ayat: Lawa ke budak perempuan tu??
Maksudnya, siapa lagi lawa?? I ke budak perempuan tu??


2) Ayat: Lawa-lawa baju kat sini..
Maksudnya, Belikanlah untuk I...

3) Ayat: You pernah tak tiba-tiba teringat kat EX you?
Maksudnya: Kalau nak gaduh, berani sebut nama dia depan aku..!!

4) Ayat: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami, caring, bla bla bla..
Maksudnya: Sebenarnya I minat n suka sangat kat you... Ngoratlah i... I nak jadi girlfriend you...

5) Ayat: Letihnya harini.. Mana nak masak lagi, baju menimbun nak kena basuh lagi...
Maksudnya: Kita keluar makan jelah.. Lepas tu tolong i basuh baju k... Hehe..

6) Ayat: Kita lebih sesuai berkawan saja..
Maksudnya: I tak nak dekat you la.. Tak paham-paham lagi ke??



7) Ayat: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you..
Maksudnya: Aku nak tengok kau menyesal pilih dia dari aku.. Puihh!

8) Ayat: Rasa macam nak pening laa..
Maksudnya: Tolong la picitkan kepala ni..

9) Ayat: You dah makan ke belom?
Maksudnya: Jom la belanja I makan.. Lapar ni...

10) Ayat: I tak kisah kalau you nak kahwin satu lagi, asalkan you berterus terang dan berlaku adil pada i..
Maksudnya: Gatal!! Kau ingat kau mampu ke nak kawen satu lagi?? Aku ni pon kau tak mampu nak jaga..

11) Ayat: I ni dah gemuk kan??
Maksudnya: Cepatlah cakap I cantik!! Cakap la yang I ni dah kurus dan tak perlu nak diet2 lagi sebab you terima I seadanya!

12) Ayat: Kalau nanti ada orang masuk meminang I, u tak kisah ke hilang I?
Maksudnya: Masuk la meminang I cepat!!

13) Ayat: Cantiknya kereta sebelah ni...
Maksudnya: Tukar la kereta ni...

14) Ayat: Yela..I ni tak secantik EX you..
Maksud: Kau puji EX ko, kau siap!!

15) Ayat: U..I bosan lahh.. Tapi nak buat macam mana..hujung bulan..
Maksudnya: Belanja lah I shopping!!!

16) Ayat: Ni motor you ke?
Maksudnya: You bawak motor je? Motor kapcai burok ada hati nak bawak I.. Kalau superbike tak pe jugak!! Ko gila ke apa suruh aku naik motor ni?

17) Ayat: I ni tak cantik pon..
Maksudnya: Pujilah I cantik cepat!!


18) Ayat: Kalau family I tahu pasal you, mesti dia suka..

Maksudnya: Ajak lah I kawen.. Bila nak propose ni...

19) Ayat: No telefon I share dengan mak I..
Maksudnya: Nak no fon aku?? Boleh blah!



20) Ayat: Siapa lah nak kat i ni..dah la tak cantik..
Maksudnya: Ramai nak kat I ni..tapi semua I reject! Haha..


#Psst: Kepada lelaki, take note k! Hahaha... Ni semua JOKE je.. Bukan betol2 pon.. Tapi sometimes ada jugak.. Ikot time laa.. Hee... ;-) Banyak lagi kan ayat DOUBLE MEANING yang uallz taw?? Share siket!! Hee..



2 comments:

  1. Yeah betul tu.. tapi ena ni suka cakap direct je.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Direct is better than hint.takde masa nk berkias bagai

    ReplyDelete

Put your comment here!!