Monday, May 25, 2015

Lebih baik pindah rumah selepas berkahwin..

Assalamualaikum uallz!!

Ada yang bertanya kepada eina, apa pendapat eina tentang isu lepas kahwin mana lagi better, sama ada duduk dengan keluarga atau pun pindah rumah untuk hidup berdua? Jawapan eina, eina rasa better pindah rumah dan bina hidup baru. Even parents kita pun duduk asing dari parents diorang after married right? Humm..


Banyak sebab kenapa eina rasa perlu berpindah selepas berkahwin. Bukan suka-suka je buat statement macam tu.. Humm.. Bukan sebab kita nak lupakan orang tua kita..tapi banyak sebabnya kita perlu buat macam ni selepas kahwin.

Alasan mengapa perlu berpindah selepas berkahwin:

1) Bebas mengatur kehidupan berumah tangga dan boleh lebih bertanggungjawab terhadap keluarga yang baru dibina. Kita bebas mengatur hidup dengan lebih baik dengan cara kita sendiri.

2) Tidak terikat dengan budaya keluarga dan cipta suasana keluarga yang baru. Kita semua ada budaya keluarga masing-masing, so kita boleh gabungkan budaya keluarga masing-masing supaya dapat menghasilkan sebuah keluarga bahagia sendiri tanpa ada rasa takut.

3) Keluarga tidak boleh masuk campur dengan apa-apa konflik yang terjadi diantara pasangan. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu dan berusaha untuk menyelesaikan sesama sendiri tanpa melibatkan keluarga dan campur tangan orang tua.

4) Memberi peluang merancang kehidupan baru berumah tangga secara privacy. Kita akan dapat lebih masa bersama tanpa ada segan silu atau batasan dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.


5) Kita dapat belajar hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan keluarga. Jika selama ini bergantung dengan keluarga, bila masuk alam berumah tangga, semuanya mesti dibuat dengan sendiri dan dengan keadaan begini, kita dapat belajar berdikari dan lebih matang untuk menyelesaikan masalah keluarga.


6) Pernah dengar pepatah "JAUH BAU BUNGA, DEKAT BAU TAIK"? Kita juga dapat menghindarkan diri dari konflik pepatah ni.. Pepatah ni bermaksud, jika selalu jumpa dan tinggal sebumbung konflik boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tapi bila dah tinggal berjauhan, rindu dan sayang tu lebih mendalam pada ahli keluarga mertua atau sendiri.


7) Kita juga dapat menjaga ekonomi keluarga. Kita kena belajar untuk mengawal ekonomi keluarga dengan berbelanja mengikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit, senang je minta keluarga support, tapi selepas berkahwin tidak boleh lagi. Kita kena susah senang tanggung bersama. Baru sweet..


TAPI KITA PERLU TINGGAL DENGAN KELUARGA SELEPAS BERKAHWIN JIKA.......

**Pasangan kita merupakan anak bongsu atau anak tunggal keluarga yang ibu bapanya mengharapkannya untuk menjaganya. Biasanya kes macam ni bila ibu bapa kita sudah tidak mempunyai siapa2 lagi untuk diharapkan. Kita wajib menjaga mereka dan memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikan mereka..


#psst: Uallz kena take note benda2 macam ni k.. Memang eina ni belum berkahwin lagi, tapi dah macam-macam kes eina dengar tentang penceraian yang melibatkan campur tangan keluarga.. Humm.. Seriously.. ;-)

#aftermarried
#life
#family

4 comments:

  1. setuju... bina keluarga.. bina life.. cabaran baru selepas berkahwin..

    ReplyDelete
  2. kes dah banyak terbentang depan mata kan. so memang setuju dgn kebanyakan point yg eina beri. lebih baik mencegah sebelum terjadi apa2 kan..

    ReplyDelete
  3. Ada bau nak dpt kad kawen je ni>.< hahah betol2 beter jgn duk seumah.. Sbb nnt haa privacy kita setel sendiri tayah libatkan parents kan kan

    ReplyDelete
  4. Ada bau nak dpt kad kawen je ni>.< hahah betol2 beter jgn duk seumah.. Sbb nnt haa privacy kita setel sendiri tayah libatkan parents kan kan

    ReplyDelete

Put your comment here!!