Monday, May 4, 2015

Proud to be GADIS MELAYU..

Assalamualaikum uallz!!

Bestnya cuti 4 hari.. Labour day + Wesak Day + Holiday = Happiness! Haha.. Eina nak share something ni.. Semalam eina pergi Melaka..singgah MINI MALAYSIA.. Dari situ eina rasa best sangat bila dapat tengok sendiri warisan turun temurun nenek moyang kita dari semua negeri kat Malaysia ni.. Awesome sangat!

Eina & Inaz (my beloved sister)
Pagi-pagi lagi eina & keluarga dah bersiap nak pergi melaka. Sebenarnya bukan niat nak pergi Mini Malaysia pon, tujuan datang Melaka ni sebab nak hantar rombongan merisik dan bertunang untuk sepupu.. Haha.. Sementara tunggu kenduri, singgah kejap la kat Mini Malaysia ni.. Awesome sangat.. Tak sangka best rupanya..

Inaz, Idaus, mama & me (kakak).. Sorry, abah photographer.. Haha..
Eina n sister

Uallz tahu jenis rumah-rumah di Malaysia ni? Walaupun kita satu negara, tapi adat disetiap negeri lain woo... Seriously uniq! Sampai eina rasa bertuahnya jadi anak gadis melayu..

Posing je ni.. Haha... Jadi orang antik jap..

Eina masuk Mini Malaysia ni dengan adik2.. Mama & abah g dating kat luar.. Malas nak masuk.. Haha.. Tapi tak pe laahh, yang penting ILMU dan POSING tuu.. Haha..

Modelku tak berbayar.. Haha.. (Siblings)

Tapi dalam banyak2 negeri, negeri Sarawak la yang paling eina rasa uniq bila naik rumah panjang tu.. Rumah panjang tu banyak tengkorak pulak tu.. Lantai diperbuat dari buluh.. Sakit kaki dibuatnya.. Banyak loteng dan tangga yang diperbuat dari batang kelapa.. Eina nak naik pon rasa tak yakin.. Haha.. 

Seram woo..rumah sarawak simpan tengkorak nenek moyang woo.. Gantung kat rumah.. Huu..
Lantai dia seram.. Huhu..
Rumah di negeri2 semenanjung tak banyak beza sangat.. Cuma adat yang lain.. Humm.. Rumah di sabah tinggi..dan tangga di perbuat dari buluh yang bulat tu... Susah jugak nak naik.. Hee... Unik nya walaupun tangganya tinggi tapi rendah dindingnya.. Agaknya orang sabah ramai yang rendah-rendah kot.. Huhu..

Lesung zaman dulu kot? Hahaha..

Negeri Selangor rumah yang paling besar.. Tapi, sebesar mana pun rumah tu, biliknya tak banyak.. Hanya ruang tamu yang besar.. Hee...

Bilik makan... Makan pon ada bilik.. Huu..

Rumah Negeri Sembilan terkenal dengan bumbungnya yang terdapat bucu tajam yang penuh ukiran klasik..

Cantikkan ukiran dia.. Jangan main-main, atas bumbung tu ada bilik aw.. Huhu.. Masa zaman jepun, anak2 dara menyorok atas tuu..
Negeri Perak terkenal dengan permainan gasing.. Siapa kat sini suka main gasing? Reti ke main gasing yang ada paku tu? Huhu.. Semalam eina tengok sendiri atok tu main gasing..lama betul dia pusing.. Main depan rumah Perak.. Hee... Orang sekarang, main game je.. Hee..

Gelanggang gasing depan rumah.. Awesome!

Hebat atok tu main gasing.. Dia tengah ajar budak tu main gasing.. Hee.. "Atok!! Nak jugak!", Eina segan nak mintak.. Hee..
Johor? Terkenal dengan kuda kepang.. Rasa seram pulak bila banyak kuda kepang yang tergantung di dinding-dinding rumah.. Dengarnya, berhantuu?? Huu.. Tah..tak taw laa..

Posing naik ke loteng.. Siapa anak dara, kena naik atas loteng masa Jepun dulu.. Huhu.. Ada ala2 anak dara zaman jepun tak?? Hee..

Posing je aihh...
Negeri lain?? Try la datang MINI MALAYSIA, Melaka ni.. Tengok dan rasa sendiri pengalaman menjadi orang dulu-dulu.. Tapi seriously, bila eina hayati permandangan n suasana jadi orang dulu2 ni, rasa rugi sangat, kenapa la dah tak ada rumah papan? Humm.. Jangan biarkan warisan indah tu hilang ditelan zaman.. Sayang sangat.. 



Sempat lagi tuhhh...

Nak menjahit ke kak oii?? Haha..

Bila raja dulu pakai T-Shirt.. Haha//

Puteri Gunung Ledang kepenatan layan adek2 nak g jalan2.. Haha..

Bila kak long n dek bongsu bersanding.. Haha..


Gadis idaman malaya.. Eh?

Antara barang2 antik yang cantik..
Antara panduan2 dan rujukan yang disediakan..

Kenal herba?? Ni dia ada rujukan tentang herba dan khasiatnya lagi.. Hee..

Kalau uallz datang sini, boleh naik kereta kuda taw... Memang best tapi eina kesian kat kuda tu.. Sebab rasa eina ni menyeksa dia pulak.. Huhu...

Haha..gila selpiaqq!!
Okaylahh.. Sampai sini je.. Just nak pesan, sayangi & hargailah warisan nenek moyang kita k.. Banggalah menjadi anak Melayu.. Bak kata Hang Tuah, Takkan Melayu hilang dimuka bumi ini.. Cehh... Haha... Tapi kalau xjaga, hilang jugak... So, kita la yang kena main peranan, ambil tahu warisan turun temurun k.. ;-)

4 comments:

  1. bangga dengan awak...okay..nice entry walaupun saya tak baca cuma skroll gambar jer...

    kikiki...

    ReplyDelete
  2. Best pulak baca entri kalini. Rasa macam nak pergi jugak. Em, kena bayar tak eh kalau nak masuk?

    ReplyDelete

Put your comment here!!