Wednesday, May 6, 2015

Stressnya kat tempat kerja!!!!! Things to do!

Assalamualaikum uallz!!

Uallz buat apa ni?? Dah dinner? Eina balik kerja terus berkobar2 nak share ngan uallz pasal benda ni..


Statement:
"Aduyy... Stressnyaa!! Orang ni perangai macam ni.. Yang orang sana pulak perangai macam tuu.. Huh.. Peningnyaa...rasa nak berhenti kerja je!!".. 
Pernah kena macam ni?? Pernah rasa macam ni?? Rasa DOWN... Rasa pelik n rasa macam-macam yang negatif.. Betul tak? Persoalannya, adakah dengan cara "BERHENTI KERJA", dapat mengurangkan stress? Tahu tak, sebenarnya cara itu adalah cara orang yang pengecut n suka lari dari masalah. Sebenarnya dengan cara tu tak bawak kita pergi kemana-mana pun.. Hmm..

Stress sebenarnya kalau kita pandang dari sudut positif, dapat membantu kita memotivasikan diri kita untuk membuat kerja dengan lebih cepat n fokus. Kita sepatutnya kena pandai kawal diri kita supaya stress n beban di tempat kerja tak mengawal hidup kita untuk membuat benda-benda yang akan mendatangkan lebih keburukan kepada diri kita..


Eina pon pernah rasa apa yang uallz rasa.. Siapa lah yang bertuah tak pernah langsung rasa beban kerja?? Huhhh..PM eina..teringin jugak nak rasa tempat yang tak ada masalah ni... Kan..?? Haha..



Okay..eina nak share tips dengan uallz macam mana nak kawal stress kat tempat kerja.. Hanya berdasarkan pengalaman taw.. Depands la kat uallz nak ikut ke tak..

Huhu..

TIPS MENANGANI STRESS KAT OFFICE

1. Teknik Pernafasan
Apa-apa pun, pastikan kita bernafas dulu kan?? Haha.. Ambil masa untuk relaks, tarik nafas panjang dan biarkan stress tu hilang perlahan-lahan.. Minum air masak banyak-banyak supaya oksigen dalam badan terus mengalir dan mengurangkan tahap kemarahan.


2. Positifkan Diri
Kuatkan diri dengan positifkan diri dan cuba untuk memahami keadaan sekeliling..
"Ohh..mungkin dia tengah ada masalah tuu", "Ohh..dia nak menopos kot", "Ohh..stress sebab tak ada anak kot..", "Ohh..laki dia tidur dengan perempuan lain kot malam tadi.." dan macam2 lagi andaian yang boleh melegakan hati kita.. Hahha..


3. Senaman Ringan
Jalan di keliling tempat duduk kita.. Jangan duduk setempat je.. Cari benda yang buatkan kita bergerak-gerak.. Dengan cara ini, kita dapat kurangkan perasaan marah tu dengan cari benda yang boleh menghiburkan hati kita..



4. Sahabat
Uallz kena tahu siapa sahabat dan siapa lawan.. Kenal pasti tahap persahabatan dan perhubungan uallz dengan kawan kerja uallz.. Terutamanya dengan orang yang selalu uallz deal. Fikirkan apa yang boleh buatkan hubungan persahabatan tu lebih cool dan best.. Kalau kita bergaduh atau salah faham, amalkan sikap berterus terang.. Tapi jangan terlalu direct, sebab semua orang ada perasaan kan?? Hmm.. Cuba atasi masalah bersama-sama.. Berbincang dan saling meminta maaf.. Bukan lepas mintak maaf tapi kutuk belakang.. No No No... Laman sosial tu, tolong lah CUT dengan orang yang asyik terasa je.. Penat nak jaga hati orang je.. Hati sendiri hancur.. So, nilai sahabat tu bukan masa kita happy je..tengok, siapa yang ada masa kita sedih.. Dia lahh SAHABAT.. n diorang lah yang akan menghiburkan kita masa tengah stress...



5. Masa Untuk Diri Sendiri
Masa tengah stress tu, tolonglah kesiankan diri sendiri dulu.. Stop buat kerja sekejap.. Pergilah sudut dinding mana pun.. Nak menangis? Jangan tahan.. Keluarkan sahaja kerana itu yang akan membuatkan kita rasa kuat lepas tu.. Bagi peluang untuk diri kita COOL dan berfikir secara waras balik.. Senyum pada diri sendiri dekat cermin pon okay..


6. Luahkan kepada kawan
Okay..bab meluahkan ni bahaya sikit.. Uallz kena berhati-hati.. Silap luah boleh jadi benda yang lagi menyusahkan kita.. Uallz faham-faham jelah...bukan semua orang ikhlas nak berkawan dengan kita.. Hmm... Tapi kalau uallz ada kawan-kawan yang sekepala n ada masa kita susah dan senang tu..tolonglah bersyukur dan hargai diorang.. Bukan senang nak dapat sahabat yang betul-betul nak berkawan dengan kita taw.. Luahkan perasaan dengan kawan2 kita ni sebenarnya dapat membantu dari segi respon yang kawan kita tu bagi.. Nasihat atau pandangan yang diorang bagi tak semestinya betul..tapi perhatian tu please appreciate!


7. Bahagikan masa kerja dengan peribadi
Uallz faham jelah..kerja dibayar gaji bukan untuk bergosip je.. Kerja dan peribadi kalau dicampurkan memang gila lah jadinya.. Tolong jangan bawa kerja ke rumah... Sebab itu yang akan menambah lagi stress kita n rasa penat je nak kerja.. Bila di rumah, sila rehat sepenuhnya bersama keluarga tercinta.. Luahkan apa yang stress tu pada pasangan..


8. Pasang lagu favourite
Kalau eina stress, eina akan buat kerja sambil dengar lagu favourite eina.. Uallz pernah tak menangis dengar lagu sedih? Eina pernah n tiap kali dengar lagu, eina akan hayati setiap liriknya.. Percaya tak, benda ni akan buatkan kita lupakan masalah yang ada dengan layan diri sendiri? Tak payah nak sibuk hal orang. Kuatkan diri dengan membahagiakan diri sendiri dulu.. Kadang-kadang bila kita bercerita, bukannya 100% orang akan faham apa yang kita rasa.. Hanya diri kita yang faham apa yang kita nak kan? Hmm..

9. Jauhkan diri dari "HATERS"
Apa itu haters? Haters adalah orang yang membenci kita tanpa ada alasan yang munasabah dan masuk akal.. Haha.. Stress sebab orang yang macam ni kat tempat kerja? Jauhkan diri uallz dari orang-orang yang uallz rasa memang takkan sukakan uallz walau sebaik mana pun uallz layan dia.. Jangan dekatkan diri uallz dengan masalah.. Buat hal sendiri lagi best.


10. Doa
Pernah tak uallz doa supaya hidup uallz dijauhkan dari musibah? Allah takkan pernah jauh jika hambanya ingin meminta pertolongan kepada Nya.. Boleh mintak supaya Allah lembutkan hati orang-orang sekeliling dari terus buatkan uallz stress.. Air wuduk tu air ajaib untuk buang stress..


Okay lah uallz.. Ni je yang eina nak share ngan uallz.. Ni hanyalah tips dan cadangan.. Tapi kalau dah dapat peluang yang lebih baik, binalah hidup baru.. Tapi kena ingat, walau dimana pun kita berada, kita takkan dapat lari dari dugaan.. Apa yang kita perlu buat, ingat, hidup bukan untuk kerja je.. Ambil masa untuk buat apa yang kita suka. Jangan sesekali lupakan orang yang tersayang..kerana masa stress ni, diorang yang akan memahami kita..


Semua orang mengalami masalah di tempat kerja. Setiap orang mengatasinya dengan cara yang berbeza dan macam-macam. Uallz perlu ada cara untuk bertenang dan tidak kelihatan untuk atasi stress, jadi orang lain terutamanya kawan yang PENYIBUK tidak perasan bahawa uallz sebenarnya tengah STRESS..! Solat juga bantu hilangkan stress! Trust me! Okay uallz!! Bye!! Hee..

1 comment:

  1. nak hilang stress ni selalu wat mcm no 8 tu atau tido ja..... heheh

    jemput singgah : Sakit Lutut Punca Dan Rawatan

    ReplyDelete

Put your comment here!!