Thursday, June 18, 2015

Bukit Malawati Kuala Selangor ada penunggu..

Assalamualaikum uallz!!

Alhamdulillah.. Selesai puasa pertama bulan Ramadhan 2015. Yes!! Tinggal 28 hari je lagi nak raya!! Haha..

Bukit Malawati

Sebenarnya entry ni dah lama nak masukkan, cuma tak sempat je lagi nak upload.. Maklumlah..eina hanya Part Time Blogger.. Hehe..


Siapa tahu Bukit Malawati Kuala Selangor? Memang tahu apa keunikannya di sana kan?? Banyak sangat sejarah yang buatkan uallz rasa bertuahnya duduk di Malaysia ni...

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Dipercayai tempat memenggal kepala pesalah..

Asyik cerita dekat Langkawi, Melaka, luar negara dan macam macam lagi sampai terlupa ada satu tempat bersejarah yang awesome.. Eina duduk Selangor jadi aura dia lain sikit bila dapat tahu sejarah negeri Selangor kat sini..

Penat berperang...minum dulu.. Haha..
Rupa-rupanya, nama negeri selangor berasal dari nama SE LANGAU.. Hanya kerana seekor langau yang Raja tak boleh membunuhnya dengan kerisnya.. Haha.. Lama-lama baru jadi Selangorrr.. Huhu.. Lucu jugak tu..
Penat wooo..jalan kaki dalam hujan plak tuu..

Posing dengan meriam..

Selfie dulu...

Penunggu?? Haritu, eina naik atas bukit Malawati tu hanya dengan berjalan kaki.. Banyak jugak lotong kat atas tu.. Itu lah penunggu yang eina maksudkan.. Sentiasa ada kat atas bukit tu.. Siap jadi daya tarikan pelancong lagi.. Peniaga kat atas pun dah ramai yang menjual makanan lotong..

Mr Lotong

Lotong ni jinak sangat.. Dia macam penduduk tetap dah kat atas bukit tu.. Menurut peniaga makanan ringan yang dikenali sebagai Ramu, lotong ini mempunyai kumpulan tertentu. Setiap kumpulan akan menguasai satu kawasan dan akan bergaduh jika kumpulan lain cuba menghampiri kawasan mereka.

Geng Pakeda versi Lotong

 Setiap kumpulan pula mempunyai ketua sendiri. Para peniaga makanan ringan di sini telah memberikan nama atau gelaran tertentu kepada lotong yang terpilih. Misalnya, seekor lotong yang menjadi ketua bagi kumpulannya dinamai “King”. Ramu dan peniaga lain telah melatih lotong berkenaan sehingga memahami arahan yang diberikan. Apabila disuruh cium, lotong berkenaan akan mencium pipi pengunjung. Tetapi, sebelum mencium pipi, lotong perlu diupah dengan makanan.



Eina bagi Encik Lotong makan bersama keluarganya..

Macam sedap pulak kann.. Haha..

Eina jugak tak melepaskan peluang untuk bagi Mr Lotong ni makan.. Hehe... Bukit Malawati, Kuala Selangor best! Yeayyhhh!!! ;-)

Monday, June 15, 2015

Kenangan Terindah Sepetang Bersama Blogger 2015

Assalamualaikum uallz!

Harini eina nak abadikan kenangan terindah eina mengikuti event Sepetang Bersama Blogger tahun 2015 yang seriously awesome!! Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015 (SBB2015) ini bertempat di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya yang telah menghimpunkan lebih 100 orang Blogger Malaysia dan 5 orang Blogger dari Indonesia di satu tempat. Kalau nak tahu, setiap tahun, acara sepetang bersama blogger ni akan menghimpunkan penulis-penulis blog tak kira bangsa atau dari negeri mana sekali pun yang dianjurkan oleh Denaihati Network.. Istimewanya tahun ini, SBB juga menjemput penulis blog dari negara jiran kita iaitu, Indonesia.. Walaupun hanya 5 orang, tapi pengalaman yang dikongsikan tu sangat bermakna.

Yeauyyhhhh!!

Seperti tahun sebelum ni, ramai penganjur turut serta dalam acara ini.. Pada tahun ini  Yeos Malaysia sekali lagi telah menjadi penganjur utama. Ada beberapa lagi penganjur lain seperti  TheSumbsBakarlah BBQ & Rental, Jam Tawaf Denaihati dan eQurban sebagai penaja bersama. Manakala The Photolicious sebagai photo rasmi dan Kumpulan Media Karangkraf danAstro Awani sebagai media rasmi.

Baju rasmi SBB2015

Lebih kurang pukul 8 pagi, ramai blogger telah berkumpul untuk sesi pendaftaran. Masa tu lah nak tukar-tukar kad dan kenal-kenal dengan kawan baru.. huhu.. Masa ni Eina tak sampai lagi, maklumlah ada orang tu terlajak tidur.. Kepenatan katanya..

Eina sampai lebih kurang pukul 9.30. Semua orang dah pakai baju rasmi SBB 2015, warna merah. Cantik sangat baju tu, eina suka sebab baju tu tak panas dan kualiti dia best! Hee.. 

Eina sampai je, terus daftar diri di kaunter, dan biasalah tabiat orang datang lambat, terpinga-pinga kejap..! Nasib baik abg Kid ada.. Dia yang masukkan eina dalam group no 1.. Yess!! Dapat group yang sangat awesome! Alhamdulillah.. Sebenarnya dari malam semalamnya lagi eina dah berdoa, minta-minta eina dimasukkan dalam group yang friendly.. Akhirnya termakbul jugak! Hehe.. ;-)

Focus!! Focus!!

Aktiviti pertama dalam kumpulan, kitorang kena cari kepingan PUZZLE yang hilang..
Kena panjat dinding tinggi tu (Wall Climbing), untuk ambil air kotak yang dilekatkan kepingan tersebut..

Yeayyhhh!! Rock Climbing...

Alhamdulillah..berkat kerjasama dalam team, sekali je panjat, dah dapat dah kepingan yang dicari.. Yeayyhh!!! Hebat kan? Hee..

Main puzzle.. Hehe..

Selepas selesai mencari kepingan yang hilang, kami ditugaskan untuk menjalani task yang berikutnya iaitu SI BUTA, SI PEKAK dan SI BISU.. Haha.. Task ni, kitorang kena instruct sorang dari kumpulan kitorang untuk susun block mengikut gambar yang diberi.. Uww.. mencabar jugak laa... Tapi berjalan dengan lancar je.. Hee..

Task yang ditugaskan..

Then, kitorang kena apungkan jarum di atas air.. Cis! Task ni memang kitorang FAIL! Haha...
Selesai dari tu, kitorang kena jalan ke sebuah taman.. Kitorang kena sengetkan tin minuman Yeos untuk meneruskan task yang berikutnya.. Yeayyhh!! Berjaya lagi!! Hee...

Jauh berjalan, luas permandangan...

Selepas tu, kitorang kena berjalan jauh ke dalam, untuk pergi ke satu tempat yang memang sangat cantik permandangannya.. Banyak jugaklah kitorang selfie kat atas.. Lupa nak bagi tahu, aktiviti Treasure Hunt ni banyak memerlukan kitorang ber wefie dan selfie.. Haha... So, banyak jugak la gambar yang kami hasilkan.. Berlumba hashtag mengikut kumpulan masing-masing.. Haha..

Macam-macam haiwan ada kat belakang tuu.. Hee..

Dalam phone eina ni memang tak ada DUBSMASH.. Satu group tak ada application tu.. Memang tak dapatlah nak buat video tu.. Task bonus.. Humm.. Tapi tak apa, kitorang redha dan pasrah je.. Apa yang dapat, itulah dia.. Haha... Tapi kitorang dapat jugak menghasilkan sebuah video untuk ramadhan taw! Haha..

Video ramadhan...

Satu task yang paling mencabar dalam Treasure Hunt ni adalah kena menulis satu entry blog 360 patah perkataan.. Perhh..memang penat laa.. Eina terus blank! Tak ada idea nak buat entry masa tengah penat gila kan.. huhu..

Penatnyaa aihh...


Makanan kitorang ditaja oleh BAKARLAH BBQ.. Memang sedap makanan yang disediakan.. Sesuai sangat dengan orang yang tengah lapar masa tu... Haha..

Makan dulu... Makan steak guna sudu... Hehe...

Nyummm...

Sebelum ke sesi penyampaian hadiah dan tahu pemenangnya, kitorang semua ada sesi berkongsi ilmu blogger dengan blogger-blogger otai yang dah berjaya dengan penulisan blog.. Banyak jugaklah ilmu yang kitorang dapat dalam sesi tu.

Alhamdulillah...

Eina teruja nak pergi ke SBB ni sebenarnya sebab hadiah dia.. Menarik sangat.. iphone6, Samsung edge dan banyak lagi yang best-best.. Tapi tak apa..menang dalam pertandingan Treasure Hunt no 3 pon dah bersyukur sangat dah.. Hehe..

Kalau minum ni kenyang sebulan.. Haha..
Ruginya kepada uallz yang tak datang.. Humm.. Selalu tengok blogger make up je kan.. Control ayu je.. Masa event outdoor SBB2015 ni dah tak ada semua tu.. Semua berpeluh taw.. Haha.. Make up pon cair je tengok.. Hee.. Haa...baru nampak wajah sebenar! hehe..
Group yang awesome!!

Dengar kata, ini merupakan SBB terakhir.. Humm.. Hope sangat..janganlaahhhh..... Hee.. Janganlah SBB2015 ni menjadi penutup segala SBB.. Sedihnyaa.. Humm.. Harap-harap penganjur berfikir balik untuk tidak menjadikan SBB2015 ni yang terakhir k.. 

Group no 1 dapat tempat no 3!! Yeayyh!!

Terima kasih uallz yang menganjurkan... Eina happy sangat! Kawan-kawan baru pon best! ;-) Kepada kawan-kawan baru, terutamanya kumpulan 1, I LOVE YOU!!! Hehe..


Wednesday, June 10, 2015

Design Sembonia terbaru menjadi simbolik TRENDY masa kini..

Assalamualaikum uallz!

Uallz tahu apa itu Sembonia?? Kalau tak tahu tu, memang dah ketinggalan sangat la tu.
Baru-baru ni eina dijemput untuk menghadiri sebuah EVENT brand SEMBONIA di MITSUI Outlet Park, Sepang. Ramai sangat orang yang datang ke outlet Sembonia masa tu, maklumlah 50% Off Discount.. Siapa peminat barang berjenama, mesti takkan melepaskan peluang ni untuk membeli belah kan.. Maklumlah, raya pun nak dekat dah.


Tema untuk design terbaru SEMBONIA kali ni adalah "LIBERAL ART OFGEOMETRY". Kepada sesiapa yang minat segi2 geometri tu memang sesuai la.. Sebenarnya design ni adalah untuk wanita-wanita yang bergaya moden dan perfectionist. Sangat cantik.. 

Sejak ditubuhkan pada tahun 1994, Sembonia adalah sebuah jenama yang terkemuka di mata dunia dan sangat pesat. Terdapat banyak produk yang direka khas untuk mereka yang mengikuti design Sembonia ini seperti kasut, pelbagai jenis bag dan aksesori kulit yang lain.

Suasana di Mitsui..


Mr Jack sedang memberi keterangan tentang Sembonia..
Dengan lebih daripada 88 buah cawangan di 10 buah negara, jenama ini menawarkan reka bentuk yang mengikut peredaran zaman yang membolehkan setiap individu untuk lebih berketerampilan bergaya di persada dunia. Koleksi Sembonia yang indah dibuat dan fungsi dibentuk untuk menjadi elegan. Sesuai untuk wanita hari ini yang diberi kuasa untuk menjadi mahal apabila menginap mudah bergaya.




Posing sebelom shopping..kena pulak dengan colour baju... Hee...

Material yang digunakan juga tidak dirahsiakan kepada pengguna. Setiap produk yang direka khas akan diberi maklumat tentang material yang digunakan. Memang sangat HONEST kepada pembeli. Design Sembonia adalah mengikut musim. Pada June 2015 ini, tema designnya adalah Spring / Summer. 

Weallz bloggers!! Hee..

Kepada mereka yang minat pada jenama yang berkualiti tinggi, tahan lama dan cantik, percayalah, Sembonia adalah antara pilihan yang terbaik.

Tak sah kalau BLOGGER tak Selfie kan?? Hee..
 Antara produk Sembonia:



Galeri Bloggeriaa..... Hehe..








Jom ramai-ramai.. Kita serbu... 
Harga memang berbaloi dengan kualiti dan designnya..
Sekarang ni ada SALE untuk raya.. So, tunggu apa lagi.. Jom SHOPPING RAYA!! Hehe...

Terjah Sembonia Outlet di Mitsui, Sepang!! ;-)

#Psstt:
Thanks Sembonia kerana sudi menjemput einaangel..!! Thanks for the sweet goodies too..
Visit IG Sembonia: @sembonia
#sembonia
#semboniamalaysia
#bloggermalaysia
#ootd
#sembonia_style

Monday, June 8, 2015

Shaklee menjadi pilihan rakyat Malaysia

Assalamualaikum uallz!!

THE MINES Seri Kembangan I 6 June 2015 I Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) telah memperkenalkan satu lagi program kemasyarakatannya iaitu Shaklee Cares for Our Youth bagi meneruskan usaha kemasyarakatannya dalam memberikan kesihatan yang lebih baik untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Program untuk golongan belia yang bergelar YES (Youth Entrepreneur System) merupakan satu lagi inisiatif program kemasyarakatan Shaklee Malaysia selepas Shaklee Cares for Our Children di bawah Shaklee Cares.


YES yang dilancarkan awal Mei 2015 lalu, disasarkan untuk golongan belia juga mereka yang berjiwa muda mencari kebebasan kewangan dan masa. Selaras dengan usaha kerajaan memupuk golongan belia dalam bidang keusahawanan, YES dicipta untuk mereka yang mahukan masa depan yang lebih sihat dan lebih baik untuk kehidupan mereka. YES juga membantu golongan belia memiliki perniagaan sendiri dengan modal yang rendah namun pulangan yang sangat hebat.

"Kami mensasarkan untuk menyentuh lebih 100,000 orang sehingga akhir tahun ini dengan membantu usahawan muda ini meraih pendapatan tambahan sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih mereka", kata Vector.

Shaklee komited menawarkan rangkaian produk yang SENTIASA SIHAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM sebagai langkah awal untuk kehidupan yang lebih baik. Shaklee Malaysia telah merangka Pek Kesihatan di bawah program YES iaitu Healthy Young Living, Healthy Fitness, Healthy Prenatal dan Healthy Postnatal bagi golongan belia yang aktif, ibu bejerja dari rumah dan semua golongan yang mencari peluang kerjaya dan kesihatan yang lebih baik.

"Menjadi seorang usahawan bersama YES amatlah mudah. Anda hanya perlu menyertai SHAKLEE, menggunakan dan berkongsi kebaikan produknya dengan rakan, keluarga dan orang sekelilingnya," kata Victor.




Selain aspek kesihatan, YES program turut menawarkan peluang menjana pendapatan, latihan kecerdasa emosi (softskills), latihan produk juga bimbingan daripada barisan mentor berjaya untuk merialisasikan impian mereka memiliki sebuah perniagaan sendiri.
YES merupakan platform bagi ibu-ibu muda menjadi usahawan untuk menambah pendapatan keluarga disamping melahirkan generasi yang lebih sihat dan suasana kehidupan yang lebih berkualiti.



Shaklee Malaysia komited menjalankan aktiviti dalam memperkasakan program kemasyarakatannya. Banyak aktiviti yang telah dirancang untuk menyokong program YES dimana Victor telah mengongsikannya di The Mines ini. 



Satu lagi usaha kemasyarakatan shaklee Malaysia adalah Shaklee Cares for Our Woman yang bakal dilancar pada tahun ini juga. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) - Shaklee Malaysia adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam pemasaran produk makanan nutrisi dan juga suplement, penjagaan diri dan produk isi rumah. Di Malaysia, syarikat ini telah beroperasi lebih 15 tahun dan produk-produknya boleh diperolehi melalui rangkaian pembekal yang luas diseluruh negara. Shaklee Malaysia berpangkalan di The Pinnacle Sunway dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kota Bahru dan Kota Kinabalu - Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shaklee.com.my atau ikuti Shaklee di Facebook, Shaklee Malaysia.


Mengenai Shaklee care - Shaklee Care merupakan sebuah organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Shaklee Corporation, ibu pejabat Shaklee Malaysia di United States. Ia komited membantu mereka yang terjejas dengan bencana alam dan kecemasan. Pertubuhan kebajikan ini telah menyumbangkan beribu jam masa sukarelawan dan berjuta-juta dolar dalam bentuk wang tunai dan produk untuk membantu keluarga Shaklee dan komuniti di mana mereka beroperasi.


Dikeluarkan oleh Big Dale Sdn Bhd bagi pihak Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd:
Norazah Zainal di talian 03-5622 3004 atau email aza@shaklee.com.my

Big Dale Sdn Bhd
Leny Adam di talian 019-265 6687 atau email ke bigdalesdnbhd@gmail.com.

Kepada belia-belia di luar sana, jom ramai-ramai support Shaklee Malaysia. Di samping mendapat kehidupan yang sihat bersama insan tersayang, INCOME pun masyukkk..
;-)