Thursday, June 18, 2015

Bukit Malawati Kuala Selangor ada penunggu..

Assalamualaikum uallz!!

Alhamdulillah.. Selesai puasa pertama bulan Ramadhan 2015. Yes!! Tinggal 28 hari je lagi nak raya!! Haha..

Bukit Malawati

Sebenarnya entry ni dah lama nak masukkan, cuma tak sempat je lagi nak upload.. Maklumlah..eina hanya Part Time Blogger.. Hehe..


Siapa tahu Bukit Malawati Kuala Selangor? Memang tahu apa keunikannya di sana kan?? Banyak sangat sejarah yang buatkan uallz rasa bertuahnya duduk di Malaysia ni...

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Dipercayai tempat memenggal kepala pesalah..

Asyik cerita dekat Langkawi, Melaka, luar negara dan macam macam lagi sampai terlupa ada satu tempat bersejarah yang awesome.. Eina duduk Selangor jadi aura dia lain sikit bila dapat tahu sejarah negeri Selangor kat sini..

Penat berperang...minum dulu.. Haha..
Rupa-rupanya, nama negeri selangor berasal dari nama SE LANGAU.. Hanya kerana seekor langau yang Raja tak boleh membunuhnya dengan kerisnya.. Haha.. Lama-lama baru jadi Selangorrr.. Huhu.. Lucu jugak tu..
Penat wooo..jalan kaki dalam hujan plak tuu..

Posing dengan meriam..

Selfie dulu...

Penunggu?? Haritu, eina naik atas bukit Malawati tu hanya dengan berjalan kaki.. Banyak jugak lotong kat atas tu.. Itu lah penunggu yang eina maksudkan.. Sentiasa ada kat atas bukit tu.. Siap jadi daya tarikan pelancong lagi.. Peniaga kat atas pun dah ramai yang menjual makanan lotong..

Mr Lotong

Lotong ni jinak sangat.. Dia macam penduduk tetap dah kat atas bukit tu.. Menurut peniaga makanan ringan yang dikenali sebagai Ramu, lotong ini mempunyai kumpulan tertentu. Setiap kumpulan akan menguasai satu kawasan dan akan bergaduh jika kumpulan lain cuba menghampiri kawasan mereka.

Geng Pakeda versi Lotong

 Setiap kumpulan pula mempunyai ketua sendiri. Para peniaga makanan ringan di sini telah memberikan nama atau gelaran tertentu kepada lotong yang terpilih. Misalnya, seekor lotong yang menjadi ketua bagi kumpulannya dinamai “King”. Ramu dan peniaga lain telah melatih lotong berkenaan sehingga memahami arahan yang diberikan. Apabila disuruh cium, lotong berkenaan akan mencium pipi pengunjung. Tetapi, sebelum mencium pipi, lotong perlu diupah dengan makanan.



Eina bagi Encik Lotong makan bersama keluarganya..

Macam sedap pulak kann.. Haha..

Eina jugak tak melepaskan peluang untuk bagi Mr Lotong ni makan.. Hehe... Bukit Malawati, Kuala Selangor best! Yeayyhhh!!! ;-)

4 comments:

  1. Ok... Dah nampak dah mana rupa penunggunya.... Malam jumaat ni..... ;)

    ReplyDelete
  2. Pelik monyetnya.. Lawaaa dari yang biasa.. Wahhh pengalaman yang best bagi ena.. Nanti nak visit ke sana lah

    ReplyDelete
  3. Seram jugak tempat tu..

    Nak kad raya? Meh sini.. "Saya Nak Kad Raya Dari EJULZ!!!"

    Nak Hadiah Gopro 4? Meh sini.. "Persiapan Hari Raya bersama Lazada Malaysia"

    ReplyDelete

Put your comment here!!