Monday, June 15, 2015

Kenangan Terindah Sepetang Bersama Blogger 2015

Assalamualaikum uallz!

Harini eina nak abadikan kenangan terindah eina mengikuti event Sepetang Bersama Blogger tahun 2015 yang seriously awesome!! Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015 (SBB2015) ini bertempat di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya yang telah menghimpunkan lebih 100 orang Blogger Malaysia dan 5 orang Blogger dari Indonesia di satu tempat. Kalau nak tahu, setiap tahun, acara sepetang bersama blogger ni akan menghimpunkan penulis-penulis blog tak kira bangsa atau dari negeri mana sekali pun yang dianjurkan oleh Denaihati Network.. Istimewanya tahun ini, SBB juga menjemput penulis blog dari negara jiran kita iaitu, Indonesia.. Walaupun hanya 5 orang, tapi pengalaman yang dikongsikan tu sangat bermakna.

Yeauyyhhhh!!

Seperti tahun sebelum ni, ramai penganjur turut serta dalam acara ini.. Pada tahun ini  Yeos Malaysia sekali lagi telah menjadi penganjur utama. Ada beberapa lagi penganjur lain seperti  TheSumbsBakarlah BBQ & Rental, Jam Tawaf Denaihati dan eQurban sebagai penaja bersama. Manakala The Photolicious sebagai photo rasmi dan Kumpulan Media Karangkraf danAstro Awani sebagai media rasmi.

Baju rasmi SBB2015

Lebih kurang pukul 8 pagi, ramai blogger telah berkumpul untuk sesi pendaftaran. Masa tu lah nak tukar-tukar kad dan kenal-kenal dengan kawan baru.. huhu.. Masa ni Eina tak sampai lagi, maklumlah ada orang tu terlajak tidur.. Kepenatan katanya..

Eina sampai lebih kurang pukul 9.30. Semua orang dah pakai baju rasmi SBB 2015, warna merah. Cantik sangat baju tu, eina suka sebab baju tu tak panas dan kualiti dia best! Hee.. 

Eina sampai je, terus daftar diri di kaunter, dan biasalah tabiat orang datang lambat, terpinga-pinga kejap..! Nasib baik abg Kid ada.. Dia yang masukkan eina dalam group no 1.. Yess!! Dapat group yang sangat awesome! Alhamdulillah.. Sebenarnya dari malam semalamnya lagi eina dah berdoa, minta-minta eina dimasukkan dalam group yang friendly.. Akhirnya termakbul jugak! Hehe.. ;-)

Focus!! Focus!!

Aktiviti pertama dalam kumpulan, kitorang kena cari kepingan PUZZLE yang hilang..
Kena panjat dinding tinggi tu (Wall Climbing), untuk ambil air kotak yang dilekatkan kepingan tersebut..

Yeayyhhh!! Rock Climbing...

Alhamdulillah..berkat kerjasama dalam team, sekali je panjat, dah dapat dah kepingan yang dicari.. Yeayyhh!!! Hebat kan? Hee..

Main puzzle.. Hehe..

Selepas selesai mencari kepingan yang hilang, kami ditugaskan untuk menjalani task yang berikutnya iaitu SI BUTA, SI PEKAK dan SI BISU.. Haha.. Task ni, kitorang kena instruct sorang dari kumpulan kitorang untuk susun block mengikut gambar yang diberi.. Uww.. mencabar jugak laa... Tapi berjalan dengan lancar je.. Hee..

Task yang ditugaskan..

Then, kitorang kena apungkan jarum di atas air.. Cis! Task ni memang kitorang FAIL! Haha...
Selesai dari tu, kitorang kena jalan ke sebuah taman.. Kitorang kena sengetkan tin minuman Yeos untuk meneruskan task yang berikutnya.. Yeayyhh!! Berjaya lagi!! Hee...

Jauh berjalan, luas permandangan...

Selepas tu, kitorang kena berjalan jauh ke dalam, untuk pergi ke satu tempat yang memang sangat cantik permandangannya.. Banyak jugaklah kitorang selfie kat atas.. Lupa nak bagi tahu, aktiviti Treasure Hunt ni banyak memerlukan kitorang ber wefie dan selfie.. Haha... So, banyak jugak la gambar yang kami hasilkan.. Berlumba hashtag mengikut kumpulan masing-masing.. Haha..

Macam-macam haiwan ada kat belakang tuu.. Hee..

Dalam phone eina ni memang tak ada DUBSMASH.. Satu group tak ada application tu.. Memang tak dapatlah nak buat video tu.. Task bonus.. Humm.. Tapi tak apa, kitorang redha dan pasrah je.. Apa yang dapat, itulah dia.. Haha... Tapi kitorang dapat jugak menghasilkan sebuah video untuk ramadhan taw! Haha..

Video ramadhan...

Satu task yang paling mencabar dalam Treasure Hunt ni adalah kena menulis satu entry blog 360 patah perkataan.. Perhh..memang penat laa.. Eina terus blank! Tak ada idea nak buat entry masa tengah penat gila kan.. huhu..

Penatnyaa aihh...


Makanan kitorang ditaja oleh BAKARLAH BBQ.. Memang sedap makanan yang disediakan.. Sesuai sangat dengan orang yang tengah lapar masa tu... Haha..

Makan dulu... Makan steak guna sudu... Hehe...

Nyummm...

Sebelum ke sesi penyampaian hadiah dan tahu pemenangnya, kitorang semua ada sesi berkongsi ilmu blogger dengan blogger-blogger otai yang dah berjaya dengan penulisan blog.. Banyak jugaklah ilmu yang kitorang dapat dalam sesi tu.

Alhamdulillah...

Eina teruja nak pergi ke SBB ni sebenarnya sebab hadiah dia.. Menarik sangat.. iphone6, Samsung edge dan banyak lagi yang best-best.. Tapi tak apa..menang dalam pertandingan Treasure Hunt no 3 pon dah bersyukur sangat dah.. Hehe..

Kalau minum ni kenyang sebulan.. Haha..
Ruginya kepada uallz yang tak datang.. Humm.. Selalu tengok blogger make up je kan.. Control ayu je.. Masa event outdoor SBB2015 ni dah tak ada semua tu.. Semua berpeluh taw.. Haha.. Make up pon cair je tengok.. Hee.. Haa...baru nampak wajah sebenar! hehe..
Group yang awesome!!

Dengar kata, ini merupakan SBB terakhir.. Humm.. Hope sangat..janganlaahhhh..... Hee.. Janganlah SBB2015 ni menjadi penutup segala SBB.. Sedihnyaa.. Humm.. Harap-harap penganjur berfikir balik untuk tidak menjadikan SBB2015 ni yang terakhir k.. 

Group no 1 dapat tempat no 3!! Yeayyh!!

Terima kasih uallz yang menganjurkan... Eina happy sangat! Kawan-kawan baru pon best! ;-) Kepada kawan-kawan baru, terutamanya kumpulan 1, I LOVE YOU!!! Hehe..


6 comments:

  1. hihi memang best sangat sbb2015 kali nih boleh kurus tau panjat bukit tuh hahaha sheda datang jenguk blog einaaaaa ps/ Nk design blog pm sheda yew hehehe

    ReplyDelete
  2. tahniah!! ala tahun depan dah takde ke?

    ReplyDelete
  3. Lepas nie.... kalau dengar lagu YA RAMADHAN ni confirm teringat kenangan kumpulan KUN ANTA Sado kan.... hehehehe...Apapun rezeki kita jugak la dapat tempat ketiga aritu kan....

    ReplyDelete
  4. Syukur Alhamdulillah.. Kumpulan Kita dapat tempat ke 3... Rezeki bulan Ramadhan..

    ReplyDelete
  5. jeles sebab korang treasure hunt..hahaa

    ReplyDelete
  6. Menarik aktiviti2 sbb ni . First time dengar sebenarnye .. Kalau SBB ni yg terakhir .. so nampaknye takdapat lah nak join yg "next time" punye . Pape pon thanks for sharing ... It's quite nice post n activity are termend awesome sgt .. Thumbs up :)

    ReplyDelete

Put your comment here!!