Monday, June 8, 2015

Shaklee menjadi pilihan rakyat Malaysia

Assalamualaikum uallz!!

THE MINES Seri Kembangan I 6 June 2015 I Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) telah memperkenalkan satu lagi program kemasyarakatannya iaitu Shaklee Cares for Our Youth bagi meneruskan usaha kemasyarakatannya dalam memberikan kesihatan yang lebih baik untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Program untuk golongan belia yang bergelar YES (Youth Entrepreneur System) merupakan satu lagi inisiatif program kemasyarakatan Shaklee Malaysia selepas Shaklee Cares for Our Children di bawah Shaklee Cares.


YES yang dilancarkan awal Mei 2015 lalu, disasarkan untuk golongan belia juga mereka yang berjiwa muda mencari kebebasan kewangan dan masa. Selaras dengan usaha kerajaan memupuk golongan belia dalam bidang keusahawanan, YES dicipta untuk mereka yang mahukan masa depan yang lebih sihat dan lebih baik untuk kehidupan mereka. YES juga membantu golongan belia memiliki perniagaan sendiri dengan modal yang rendah namun pulangan yang sangat hebat.

"Kami mensasarkan untuk menyentuh lebih 100,000 orang sehingga akhir tahun ini dengan membantu usahawan muda ini meraih pendapatan tambahan sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih mereka", kata Vector.

Shaklee komited menawarkan rangkaian produk yang SENTIASA SIHAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM sebagai langkah awal untuk kehidupan yang lebih baik. Shaklee Malaysia telah merangka Pek Kesihatan di bawah program YES iaitu Healthy Young Living, Healthy Fitness, Healthy Prenatal dan Healthy Postnatal bagi golongan belia yang aktif, ibu bejerja dari rumah dan semua golongan yang mencari peluang kerjaya dan kesihatan yang lebih baik.

"Menjadi seorang usahawan bersama YES amatlah mudah. Anda hanya perlu menyertai SHAKLEE, menggunakan dan berkongsi kebaikan produknya dengan rakan, keluarga dan orang sekelilingnya," kata Victor.




Selain aspek kesihatan, YES program turut menawarkan peluang menjana pendapatan, latihan kecerdasa emosi (softskills), latihan produk juga bimbingan daripada barisan mentor berjaya untuk merialisasikan impian mereka memiliki sebuah perniagaan sendiri.
YES merupakan platform bagi ibu-ibu muda menjadi usahawan untuk menambah pendapatan keluarga disamping melahirkan generasi yang lebih sihat dan suasana kehidupan yang lebih berkualiti.



Shaklee Malaysia komited menjalankan aktiviti dalam memperkasakan program kemasyarakatannya. Banyak aktiviti yang telah dirancang untuk menyokong program YES dimana Victor telah mengongsikannya di The Mines ini. 



Satu lagi usaha kemasyarakatan shaklee Malaysia adalah Shaklee Cares for Our Woman yang bakal dilancar pada tahun ini juga. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) - Shaklee Malaysia adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam pemasaran produk makanan nutrisi dan juga suplement, penjagaan diri dan produk isi rumah. Di Malaysia, syarikat ini telah beroperasi lebih 15 tahun dan produk-produknya boleh diperolehi melalui rangkaian pembekal yang luas diseluruh negara. Shaklee Malaysia berpangkalan di The Pinnacle Sunway dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kota Bahru dan Kota Kinabalu - Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shaklee.com.my atau ikuti Shaklee di Facebook, Shaklee Malaysia.


Mengenai Shaklee care - Shaklee Care merupakan sebuah organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Shaklee Corporation, ibu pejabat Shaklee Malaysia di United States. Ia komited membantu mereka yang terjejas dengan bencana alam dan kecemasan. Pertubuhan kebajikan ini telah menyumbangkan beribu jam masa sukarelawan dan berjuta-juta dolar dalam bentuk wang tunai dan produk untuk membantu keluarga Shaklee dan komuniti di mana mereka beroperasi.


Dikeluarkan oleh Big Dale Sdn Bhd bagi pihak Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd:
Norazah Zainal di talian 03-5622 3004 atau email aza@shaklee.com.my

Big Dale Sdn Bhd
Leny Adam di talian 019-265 6687 atau email ke bigdalesdnbhd@gmail.com.

Kepada belia-belia di luar sana, jom ramai-ramai support Shaklee Malaysia. Di samping mendapat kehidupan yang sihat bersama insan tersayang, INCOME pun masyukkk..
;-)

1 comment:

Put your comment here!!