Monday, June 1, 2015

Tips COVER COOL bila terpakai baju sama...

Assalamualaikum uallz!!

Pernah tak rasa macam mana perasaan bila orang yang dekat dengan kita terpakai baju yang sama dengan kita?? Rasa nak balik tukar baju je kan?? Haha.. Sebenarnya tak perlu malu pon.. Just cool.. Ada 5 tips untuk uallz bila uallz alami benda macam ni.. Macam mana kita nak handle situasi tu.. Huhu..






1. Gayakan dengan cara yang lebih menarik
Pernah tak tengok iklan sabun pencuci pakaian?? Modelnya mesti pakai baju yang sama lalu salah seorang dari mereka mengoyakkan bajunya dan melukis corak menggunakan gincu untuk kelihatan lebih OUTSTANDING? Jadi kita perlulah bertindak begitu juga. Yakin pada diri sendiri dan gayakan pakaian kita tu dengan lebih STYLO.. Hee..

2. Trend
Jika kawan uallz gelakkan uallz sebabkan baju yang sama tu.. Jangan segan! Tak ada apa yang perlu dimalukan.. Dengan penuh yakin, just suarakan..ini semua trend terkini.. Hee..

3. Buat tak nampak
Cara paling mudah, pejamkan mata dan pekak kan telinga.. Jangan pedulikan individu yang terbabit. Buat-buat macam uallz tak perasan pon kehadirannya. Lebih kerap uallz tengok dia, lebih segan uallz akan rasa. Jadi, just ignore the person dan teruskan buat apa yang sedang kita buat tanpa rasa AWKWARD.



4. Tangkap gambar dan UPLOAD
Jika orang yang sama baju dengan uallz tu duduk sebelah uallz, jangan malu! Terus ajak si dia selfie dan terus upload dalam laman sosial. Reka caption yang menarik dan gunakan hashtag kreatif yang boleh buatkan orang semua anggap yang uallz ni sangat trendy. Cara ini dapat menyembunyikan rasa segan bila terpakai baju yang sama dengan orang lain..

5. Pretending
Jika uallz tak sengaja pakai baju yang sama dengan orang yang ada di keliling uallz, anggap saja uallz sebenarnya memang dah berjanji nak pakai baju yang sama. Jangan riasu, jika uallz memang berniat nak pakai baju yang sama, tak ada siapa yang akan pertikaikannya lagi. dan percayalah yang ualllz akan rasa lebih yakin lepas tu.. Jangan risau, takkan ada yang tahu uallz sebenarnya berpura-pura, melainkan kawan uallz tu tanya kat orang yang sama baju dengan uallz tu.. Heee..


Okay Dokey.. Done tips harini.. Haha.. Tips COVER COOL sangat kan!! Haha.. Hidup kena yakin.. Biar kita OVER CONFIDENT, jangan UNDER CONFIDENT.. Biarkan orang nak cakap kita pakai baju buy 1 free 1 ke apa ke..yang penting kita tak kacau hidup orang lain kan?? Abes cerita.. ;-)

1 comment:

  1. Yang koyak dengan selfie tu likir banyak.kali..hahah

    ReplyDelete

Put your comment here!!