Wednesday, July 29, 2015

Menulis BLOG dari hobi menjadi Career..

Assalamualaikum uallz!

Mesti uallz pelik kan? Kenapa eina suka sangat menulis blog? Ni semua sebab minat. Minat untuk share benda yang menarik kepada semua yang kenal eina especially followers dan orang yang selalu ada dengan Eina. Zaman sekarang dah moden. Banyak cara kita boleh buat untuk menghilangkan rasa sunyi dan menggunakan masa yang terluang.. Jangan kita bazirkan masa kita dengan benda-benda yang tak mendatangkan manfaat pun pada kita..


Dengan menulis blog, kita dapat menyuarakan pendapat kita dengan pembaca. Kita mungkin tak perasan, jika kita menulis benda yang baik, pahalanya akan berterusan jika ada yang membacanya.


Pada mulanya blog ni hanyalah mainan untuk eina. Eina suka orang baca apa yang eina tulis. Cita-cita eina dulu menjadi wartawan.. Tapi terambil Jurusan Mechanical Engineering pulak.. Hehe.. Orang yang suka menulis blog ni kebanyakannya suka melayan perasaannya sendiri.. Tak kira orang nak cakap apa pun pasal dia, dia tetap dengan pendiriannya tersendiri.



Menulis blog ni umpama GAME-CHANGER untuk eina.. Apabila eina menulis blog, eina akan dapat satu kepuasan apabila ada yang terjah entry eina.. Rasa apa yang eina share tu berguna sangat untuk orang yang membacanya.. Eina ada matlamat tersendiri.. Eina ada syarikat pengiklanan sendiri iaitu Einaangel Network. Tapi masalahnya eina bekerja dan kadang-kadang tak sempat pun nak menaip blog. Insyaallah eina akan menjadi Full Time Blogger tak lama lagi.. Eina nak fokuskan dengan bisnes pengiklanan eina ni dengan berjaya.. Alhamdulillah, banyak juga pulangan yang eina dapat dengan apa yang eina usahakan dengan cara hobi je..


Ingat senang ke nak dapatkan idea untuk menulis? Tapi bila datang idea tu, mestilah nak luahkan cepat-cepat kan? Biasalah social network sangat memerlukan Internet yang laju.. Uallz pakai broadband apa?? EIna pakai P1. Coverage sangat memuaskan.. Bila nak mendownload movie pun tak sakit hati..
Harga untuk #P1 pon tak la mahal sangat.. Rasanya antara yang murah yang ada dipasaran kan? Kepada P1 user mesti tahu kepuasannya kan? P1 sangat membantu eina dalam menjalankan syarikat eina yang Fully menggunakan Internet ni.. Sangat bagus..



 Kesimpulannya, uallz nak buat sesuatu kerja, kena bersungguh-sungguh.. Jangan biarkan orang gelakkan kita disebabkan kita tak berjaya.. Itu semua cabaran hidup.. Tulis blog sendiri bukan untuk mengutuk.. Jadikan ia sebagai cara untuk kita berkongsi ilmu dengan orang sekeliling kita.. Okay! ;-)

Ayam goreng Cornflakes #einaresepi

Assalamualaikum uallz!!

Harini eina nak share resepi lagi!!! Uallz selalu makan Cornflakes madu masa raya kan?? Boring dah! Sekarang, kita buat ayam goreng Cornflakes pulak! Sedapp taw.. Tak payah nak pergi ke KFC dah... Seriously..!

Nah! Ni resepinya... Tapi hidangan yang eina share ni untuk makan berdua je taw! Hee.. Nak makan dengan family, estimate la..bahagi 2, darab berapa orang yang kita nak jamu tu okay! Hee..

Bahan-bahan yang diperlukan...

1. 1 Keping dada ayam
2. 50g tepung gandum
3. 2 sudu besar air
4. 1 biji telur
5. Cornflakes tanpa perisa
6. Minyak untuk menggoreng

**Bahan Perapan
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil rempah kari
- 1/2 kecil serbuk cili
- 1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya...

1. Bersihkan dan potong ayam kecil-kecil.
2. Perapkan dengan bahan perapan selama lebih kurang 10 minit.. (Lagi lama lagi sedap)
3. Masukkan Cornflakes ke dalam beg plastik.
4. Ramas biar Cornflakes hancur kasar-kasar.
5. Masukkan tepung, telur dan air ke dalam mangkuk. Kacau sampai sebati semua yang ada dalam tu.
6. Masukkan kepingan ayam satu persatu ke dalam adunan tadi. Kemudian letak kepingan ayam ke dalam beg plastik Cornflakes. Tutup dan ikat plastik tadi kemudian goncangkan beg plastik tersebut supaya cornflakes tadi bersalut pada ayam.
7. Goreng dengan minyak yang panas sehingga ayam berwarna keperangan dan masak.


Simple kan?? Selamat mencuba!! Rasa dia macam KFC punya.. Hee... Resepi ni boleh menaikkan selera budak2 yang tak nak makan pun ada.. Hee... ;-)

#einamasak
#resepieina
#einaangelnetwork
#wanita

Monday, July 27, 2015

Resepi Udang masak Merah

Assalamualaikum uallz!

Hye uallz!! Harini eina update resepi Udang Masak Merah favourite eina! Hee... 
Sebenarnya, ini request dari geng BICARA HATI EINAANGEL NETWORK..
Hobi eina memang suka memasak n bagi orang makan masakan eina.. Rasa puas sangat bila orang suka masakan eina...
Haritu eina ada masak Udang Masak Merah ni makan dengan nasi tomato..
Nampak biasa je lauknya..tapi kepada yang belum tahu macam mana nak buat dengan sedap...
Hee... Nah resepinya.. Masakan bujang je sebenarnya.. Hehe..

Bahan-Bahan
1.   Minyak Masak
2.   Setengah kilo udang
3.   Bunga cengkih, Kayu manis, Halia (besar ibu jari)
4.   {Cili boh} - blender
5.   {Bawang merah (X2), Halia (besar ibu jari), bawang putih} - blender
6.   {Bawang merah} - potong bulat
7.   Garam / Kiub Cukup casa
8.   Air tepung jagung / Sos Cili
9.   Air setengah cawan
10. Gula merah.
11. Cili besar


Cara-Caranya
1.   Panaskan minyak.. Masukkan bunga cengkih, kayu manis dan halia. (Sampai wangi)
2.   Setelah wangi, masukkan bawang merah, halia dan bawang putih yang dah diblender. (Masak sampai garing)
3.   Dah garing, masukkan cili boh.. (Masak sampai naik minyak)
4.   Bila dah naik minyak, masukkan sos cili. Lepas tu, masukkan tepung jagung. Tepung jagung untuk likatkan sambal.
5.   Masukkkan air setengah cawan dengan gula merah dan kiub cukup rasa.
6.   Agak2 dah masak dan likat, masukkan udang dengan bawang merah yang dipotong bulat.
7. Tunggu udang masak, masukkan cili merah yang dah dihiris, gaul2kan..


SIAPPP!!!
Selamat mencuba uallz!!!
Nanti kalau ada resepi yang eina boleh share lagi, eina update okay! ;-)

#einaangelnetwork
#einamasak
#resepi


Wednesday, July 8, 2015

Bila kekasih dicuri orang...

Assalamualaikum uallz!

Perhhh! Tengok tajuk pon dah tragik kan? Haha.. Sakit woiyhh!! Siapa yang pernah ada dalam situasi macam ni je yang tahu macam mana susahnya nak percayakan CINTA selepas move on dengan benda ni..


Uallz tahu tak, sebenarnya uallz lah orang yang paling beruntung bila dapat tahu semua benda ni awal taw.. Pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin.. Benda tak akan jadi kalau tak ada pihak yang melayan.. Kan? Kalau uallz dapat tahu benda macam ni awal2.. Relax.. Cool.. Jangan marah2.. Try cakap baik2.. Be professional.. Bila dia dah tergagap2 nak cakap, baru bantai habis-habisan..tapi dengan cara manners.. Ungkit balik apa perkara yang pernah buat dia bahagia.. Sebenarnya itu cara yang paling berbisa untuk buat si dia sakit.. **Senyum sinis.. Jangan sesekali act like DESPERATE!


Percaya tak, dia akan menyesal buat kita macam tu kalau kita pandai main peranan dan watak dalam situasi macam ni.. Seriously, nak balas dendam, senang sangat.. Just jadi diri kita..dan buat macam dia tu bersalah besar dan kalau betol dia nak kat kita, dia akan berusaha untuk pulihkan keadaan balik.. Bila nampak dia dah betol2 menyesal, maafkan lah dia.. Insyaallah dia akan serik nak buat macam tu lagi..


Okay.. Kalau rasa macam dah tak boleh diselamatkan je hubungan tu..
Sini eina ada sediakan tips untuk uallz refer untuk move on tanpa dia lagi...

1. MENANGIS
Uallz boleh menangis sepuas hati uallz.. Lepas menangis tu, uallz akan rasa lega.. Rasa macam dah tak ada apa yang perlu ditangisi.. Masa tu terasa hati dah keras.. Bila hati dah keras, memang kita akan kuat untuk menghadapi kehidupan selepas tu dengan lebih berjaga-jaga..

2. DELETE CONTACT DAN ACCOUNT SOCIAL NETWORK SI DIA
Uallz kena dan wajib delete account FB or Ig or Whatsapp si dia.. Sebab eina tahu, selagi tak block or delete, selagi tu stalk kan? Haha.. Stalk sbb nak tengok si dia bahagia ke tak lepas uallz tak ada.. Kalau nampak si dia bahagia, mulalah meroyan.. Aduy.. Dah masak sangat dah.. Bila nak move on? Haha.. So, delete okay! 

3. MOTIVASI DIRI - "DIA AKAN GELAKKAN KITA KALAU KITA NANGIS DEPAN DIA"
Uallz kena motivate diri supaya jangan nampak sangat kita menderita tanpa dia.. Itu lagi membuatkan dia happy taw! Seriously.. Eina sendiri pernah ada pengalaman kena gelak lagi taw.. Sakit memang sakit tapi itulah yang membuatkan kita lagi kuat untuk teruskan hidup dan lebih berjaya..


4. BUANG SEMUA BARANG-BARANG YANG ADA KENANGAN
Masa bercinta, tipu la tak ada barang yang si dia bagi.. SILA BUANG! Jangan tengok lagi.. Benda macam tu buatkan kita lagi teringatkan si dia taw.. Nak ke tiap2 malam menangis ingat kenangan lama? Sakit woo..

5. BERSOSIAL
Masa macam ni uallz jangan duduk sorang-sorang.. Uallz kena enjoy dengan kawan-kawan yang supportive.. Macam eina, ada geng sendiri yang sentiasa menghiburkan eina waktu eina down.. Geng https://www.facebook.com/groups/875320502558802/ .. Sesiapa nak join, boleh la request.. Nanti eina approve okay! Join berkomuniti jauh lagi better dari rasa down sorang-sorang ingat kenangan lama yang tak akan berulang tu..


Okay laa.. Sampai sini je.. So, uallz jangan sedih-sedih bila kekasih di ambil orang okay.. Ingat quote ni, "BIAR PUTUS CINTA, JANGAN DIVORCE".. Dari awal kita tahu perangai macam tu, so, bersyukur k.. Kita layak dengan orang yang lagi better dari dia.. Kuatkan semangat! Jangan menangis demi orang yang tak tahu erti menghargai orang yang membahagiakan dia.. Take that as NOTE!




Tuesday, July 7, 2015

Status SINGLE bukan TAK LAKU..

Assalamualaikum ualzz!

Lagi beberapa hari je lagi nak raya kan.. Kejap je masa.. Rasa macam baru semalam je pengumuman puasa.. Hehe..


Single lagi best taw sebenarnya.. No commitment.. Nak pergi mana-mana bebas! Tapi sakit hati jugak bila ada yang cakap SINGLE sebab tak laku.. HELLO!! EXCUSE ME! Dari mana belajar benda camni pon tak tahu.. Jodoh masing-masing bukan uallz yang tentukan.. Berjiran dengan Anuar Zain pon, belom tentu Anuar Zain tu jodoh uallz taw.. Haha...


Ramai yang rasa down tengok kawan-kawan dah berpunya.. Awak pulak still single.. Rasa macam FOREVER ALONE.. Uallz tak sepatutnya rasa macam tu taw.. Bersyukurlah yang tuhan sedang mengatur pertemuan kita dengan insan bertuah itu yang dipanggil JODOH..
Semua orang ditakdirkan untuk berpasangan.. Bezanya cuma cepat atau lambat..


Ada yang siap masuk group cari jodoh bagai.. Aduy... Sebenarnya tak perlu pon.. Kadang-kadang dalam group tu pon ramai yang main-main je.. Jangan GIVE HOPE sangat dengan social media ni.. Nanti kita yang sakit taw..



Status SINGLE ni bukan sebab tak laku.. Tapi uallz HOT..sampai tak tahu nak buat pilihan yang mana satu.. hehe.. **ayat penyedap hati


Pernah dengar orang bercinta lama gila..lepas tu heartbreak, dan kahwin dengan kawan baik sendiri? Kadang-kadang jodoh kita ada je didepan mata, cuma kita je yang lambat perasan.. Once kita dah perasan itu MR RIGHT kita, mesti tergelak sendiri, kenapa selama ni kita tak nampak? Jawapannya, tuhan nak bagi kita pengalaman bercinta dengan yang lain dulu supaya bila kita jumpa jodoh kita, kita dapat lebih menghargai apa yang ada..


Kepada yang single tu, jangan buang masa, kumpul aset dulu dan nurani dulu, baru fikir nak kahwin.. Ingat kahwin tu senang ke? Macam-macam taw dugaan yang terpaksa dilalui bersama.. Salah STEP, habis seumur hidup ada parut yang tak akan hilang sampai bila-bila.. 



SINGLE bukan tagline untuk FOREVER ALONE okay! Percaya lah satu hari nanti akan ada seseorang yang datang dalam hidup uallz yang akan membahagiakan uallz sampai ke syurga.. Amin.... Ingat, dalam dunia ni bukan ada pasangan kita je.. Kita pun ada keluarga dan kawan-kawan yang perlu diambil berat okay! Daaa...bye2.. Heee....


Friday, July 3, 2015

Iftar di Tropicana Golf

Asslamualaikum uallz!!

Semalam eina beriftar dengan kawan-kawan satu office eina.. Office sponsor.. Terasa kemeriahannya Ramadhan ni bila dapat berbuka puasa dengan kawan-kawan yang eina sayang.. Walaupun weallz yang Islam adalah MINORITY tapi kitorang tak pernah ada masalah agama.. Semua terima agama masing-masing dan menghormatinya.. Tu yang best..!


Eina sepatutnya habis kerja pukul 5.15 petang, tapi semalam kitorang balik lambat sikit sebab nak terus pergi ke Tropicana Golf Club yang berada di Damansara je.. Tak jauh pun dari office eina yang berada di Kota Damansara.



Kami sampai di Tropicana Golf Club, kami memeriahkan suasana dengan selfie & wefie dulu.. Haha. Kitorang buat Carpool.. Pat, secretary bos baik hati menumpangkan weallz ke sana.. Perghhhh..dia bawak kereta memang laju..macam pelesit.. Hee...


Sampai je, kitorang terus serang rumah kayu yang berada di tengah-tengah jalan di dalam Club yang didekorasi dengan tema Hari Raya.. Sebuah rumah kampung yang dikelilingi bunga matahari.. Cantik woo rumah tu..


 Ada lagi ke rumah papan sekarang ni?? Eina teringin nak beraya kat rumah OLDSCHOOL macam masa kecik-kecik dulu.. Sekarang semua dah bertukar jadi batu.. Huu..



Di mana ada Photobooth, di situ ada kami.. Hee..


Tepat pukul 7.29 malam, tibalah weallz untuk berbuka.. Eina macam biasa, air tu yang eina cari dulu.. Amek kau! 3 jenis air sekali gus.. Lepas tu kenyang dah.. Haha..
Eina ni suka ambil makanan lepas tu bukan habis pon..

Nasib baik eina ada BESTFRIEND yang bernama ANNILYN DAVID yang sentiasa sudi untuk tolong eina habiskan makanan.. Haha... Cute je kan?? Jangan jeles! Hee..


Banyak jugak makanan yang disediakan semalam.. Dah macam ada kat bazar ramadhan versi VVIP punya dah... Ada ke? Haha.. Ada semua jenis makanan yang ada di Malaysia.. Western? Jawa? Chinese? Arab? Malay? Indian? Kena pusing-pusing, macam-macam makanan ada.. Kambing golek macam biasa laa..memang tergolek je.. Eina tak makan.. Tengok jela dia tergolek.. Hee.. Eina layan sup ekor campur gearbox semalam.. Perrhh!! Sedapp sangat! Hee.. Favourite eina ngan atok kampung! Hehee..


Satu je silap eina, eina pergi makan nasi masa lepas berbuka tu.. Ish! Salah step betol.. Rasa tak lalu nak makan dah bila dah kenyang makan nasi n minum air.. Padahal makanan banyak lagi kat luar.. Huu... Ruginyaa... Take NOTE k lepas ni, kalau makan BUFFET, jangan makan nasi.. Rugiii... Hee...


Balik tu, weallz kekenyangan sangat.. Nak pergi ke CARPARK, Tropicana Club menyediakan perkhidmatan membawa pengunjung menaiki kereta yang selalu bawak kayu golf ke tengah-tengah padang golf tu.. Apa tah namanya.. Haha... Memang menggila la weallz atas tu, ala-ala VIP an.. Yela..selalunya dato2 yang main golf ni.. Hee... Merasa la jadi DIVA kejap.. Hehe..


Seriously recommend Tropicana Golf jadi destinasi Iftar uallz! Boleh bawak keluarga tercinta makan kat sini gak.. Terrbaaeeekkkk!! Nyum2..!


#tropicanagolfclub
#damansara
#iftar
#office
#einaangelnetwork
#WRF