Wednesday, July 29, 2015

Ayam goreng Cornflakes #einaresepi

Assalamualaikum uallz!!

Harini eina nak share resepi lagi!!! Uallz selalu makan Cornflakes madu masa raya kan?? Boring dah! Sekarang, kita buat ayam goreng Cornflakes pulak! Sedapp taw.. Tak payah nak pergi ke KFC dah... Seriously..!

Nah! Ni resepinya... Tapi hidangan yang eina share ni untuk makan berdua je taw! Hee.. Nak makan dengan family, estimate la..bahagi 2, darab berapa orang yang kita nak jamu tu okay! Hee..

Bahan-bahan yang diperlukan...

1. 1 Keping dada ayam
2. 50g tepung gandum
3. 2 sudu besar air
4. 1 biji telur
5. Cornflakes tanpa perisa
6. Minyak untuk menggoreng

**Bahan Perapan
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil rempah kari
- 1/2 kecil serbuk cili
- 1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya...

1. Bersihkan dan potong ayam kecil-kecil.
2. Perapkan dengan bahan perapan selama lebih kurang 10 minit.. (Lagi lama lagi sedap)
3. Masukkan Cornflakes ke dalam beg plastik.
4. Ramas biar Cornflakes hancur kasar-kasar.
5. Masukkan tepung, telur dan air ke dalam mangkuk. Kacau sampai sebati semua yang ada dalam tu.
6. Masukkan kepingan ayam satu persatu ke dalam adunan tadi. Kemudian letak kepingan ayam ke dalam beg plastik Cornflakes. Tutup dan ikat plastik tadi kemudian goncangkan beg plastik tersebut supaya cornflakes tadi bersalut pada ayam.
7. Goreng dengan minyak yang panas sehingga ayam berwarna keperangan dan masak.


Simple kan?? Selamat mencuba!! Rasa dia macam KFC punya.. Hee... Resepi ni boleh menaikkan selera budak2 yang tak nak makan pun ada.. Hee... ;-)

#einamasak
#resepieina
#einaangelnetwork
#wanita

1 comment:

  1. anak pcl ..Hanis memang suka makan ayam & daging, kalau buat mcm kfc ni lagi laa.. abah dorang pon emm suka jugak !

    ReplyDelete

Put your comment here!!