Wednesday, July 29, 2015

Menulis BLOG dari hobi menjadi Career..

Assalamualaikum uallz!

Mesti uallz pelik kan? Kenapa eina suka sangat menulis blog? Ni semua sebab minat. Minat untuk share benda yang menarik kepada semua yang kenal eina especially followers dan orang yang selalu ada dengan Eina. Zaman sekarang dah moden. Banyak cara kita boleh buat untuk menghilangkan rasa sunyi dan menggunakan masa yang terluang.. Jangan kita bazirkan masa kita dengan benda-benda yang tak mendatangkan manfaat pun pada kita..


Dengan menulis blog, kita dapat menyuarakan pendapat kita dengan pembaca. Kita mungkin tak perasan, jika kita menulis benda yang baik, pahalanya akan berterusan jika ada yang membacanya.


Pada mulanya blog ni hanyalah mainan untuk eina. Eina suka orang baca apa yang eina tulis. Cita-cita eina dulu menjadi wartawan.. Tapi terambil Jurusan Mechanical Engineering pulak.. Hehe.. Orang yang suka menulis blog ni kebanyakannya suka melayan perasaannya sendiri.. Tak kira orang nak cakap apa pun pasal dia, dia tetap dengan pendiriannya tersendiri.



Menulis blog ni umpama GAME-CHANGER untuk eina.. Apabila eina menulis blog, eina akan dapat satu kepuasan apabila ada yang terjah entry eina.. Rasa apa yang eina share tu berguna sangat untuk orang yang membacanya.. Eina ada matlamat tersendiri.. Eina ada syarikat pengiklanan sendiri iaitu Einaangel Network. Tapi masalahnya eina bekerja dan kadang-kadang tak sempat pun nak menaip blog. Insyaallah eina akan menjadi Full Time Blogger tak lama lagi.. Eina nak fokuskan dengan bisnes pengiklanan eina ni dengan berjaya.. Alhamdulillah, banyak juga pulangan yang eina dapat dengan apa yang eina usahakan dengan cara hobi je..


Ingat senang ke nak dapatkan idea untuk menulis? Tapi bila datang idea tu, mestilah nak luahkan cepat-cepat kan? Biasalah social network sangat memerlukan Internet yang laju.. Uallz pakai broadband apa?? EIna pakai P1. Coverage sangat memuaskan.. Bila nak mendownload movie pun tak sakit hati..
Harga untuk #P1 pon tak la mahal sangat.. Rasanya antara yang murah yang ada dipasaran kan? Kepada P1 user mesti tahu kepuasannya kan? P1 sangat membantu eina dalam menjalankan syarikat eina yang Fully menggunakan Internet ni.. Sangat bagus..



 Kesimpulannya, uallz nak buat sesuatu kerja, kena bersungguh-sungguh.. Jangan biarkan orang gelakkan kita disebabkan kita tak berjaya.. Itu semua cabaran hidup.. Tulis blog sendiri bukan untuk mengutuk.. Jadikan ia sebagai cara untuk kita berkongsi ilmu dengan orang sekeliling kita.. Okay! ;-)

1 comment:

Put your comment here!!