Tuesday, July 7, 2015

Status SINGLE bukan TAK LAKU..

Assalamualaikum ualzz!

Lagi beberapa hari je lagi nak raya kan.. Kejap je masa.. Rasa macam baru semalam je pengumuman puasa.. Hehe..


Single lagi best taw sebenarnya.. No commitment.. Nak pergi mana-mana bebas! Tapi sakit hati jugak bila ada yang cakap SINGLE sebab tak laku.. HELLO!! EXCUSE ME! Dari mana belajar benda camni pon tak tahu.. Jodoh masing-masing bukan uallz yang tentukan.. Berjiran dengan Anuar Zain pon, belom tentu Anuar Zain tu jodoh uallz taw.. Haha...


Ramai yang rasa down tengok kawan-kawan dah berpunya.. Awak pulak still single.. Rasa macam FOREVER ALONE.. Uallz tak sepatutnya rasa macam tu taw.. Bersyukurlah yang tuhan sedang mengatur pertemuan kita dengan insan bertuah itu yang dipanggil JODOH..
Semua orang ditakdirkan untuk berpasangan.. Bezanya cuma cepat atau lambat..


Ada yang siap masuk group cari jodoh bagai.. Aduy... Sebenarnya tak perlu pon.. Kadang-kadang dalam group tu pon ramai yang main-main je.. Jangan GIVE HOPE sangat dengan social media ni.. Nanti kita yang sakit taw..



Status SINGLE ni bukan sebab tak laku.. Tapi uallz HOT..sampai tak tahu nak buat pilihan yang mana satu.. hehe.. **ayat penyedap hati


Pernah dengar orang bercinta lama gila..lepas tu heartbreak, dan kahwin dengan kawan baik sendiri? Kadang-kadang jodoh kita ada je didepan mata, cuma kita je yang lambat perasan.. Once kita dah perasan itu MR RIGHT kita, mesti tergelak sendiri, kenapa selama ni kita tak nampak? Jawapannya, tuhan nak bagi kita pengalaman bercinta dengan yang lain dulu supaya bila kita jumpa jodoh kita, kita dapat lebih menghargai apa yang ada..


Kepada yang single tu, jangan buang masa, kumpul aset dulu dan nurani dulu, baru fikir nak kahwin.. Ingat kahwin tu senang ke? Macam-macam taw dugaan yang terpaksa dilalui bersama.. Salah STEP, habis seumur hidup ada parut yang tak akan hilang sampai bila-bila.. 



SINGLE bukan tagline untuk FOREVER ALONE okay! Percaya lah satu hari nanti akan ada seseorang yang datang dalam hidup uallz yang akan membahagiakan uallz sampai ke syurga.. Amin.... Ingat, dalam dunia ni bukan ada pasangan kita je.. Kita pun ada keluarga dan kawan-kawan yang perlu diambil berat okay! Daaa...bye2.. Heee....


1 comment:

  1. Good article and I like it. But when comes to part kawan baik tu haha, terkedu sikit laa. Hehe. After all kipidad. ^^

    ReplyDelete

Put your comment here!!