Tuesday, August 4, 2015

Geng Blogger Terjah Beraya (GBTB) 2015 - Part 1

Asslamualaikum uallz!

Maaf lambat update pulak! Banyak sangat hal yang eina terpaksa eina dahulukan dulu.. Tu yang jadi macam ni tuhh.. Adeyh.. 


Nanana's geng! Hahaha...
Minggu kedua raya, eina dan geng GBTB yang terdiri dari hanya 3 orang blogger iaitu Eina, Aina dan Eina.. Semua ni tercipta dari blogger cantik, Aina yang telah plan semua ni.. Dia balik dari Tanjung Malim nak ke Kuantan, saja nak datang beraya rumah kawan-kawan blogger yang ada di KL termasuklah eina.. 

Terima kasih Aina sebab ingat eina...

Hehehe...

Pagi2 lagi eina dah start masak untuk dia.. Maklumlah, blogger femes nak datang rumah.. Hee,, Bangga jap.. Eina masak Spegety Carbonara Malaysian Style, Bihun Sup dan menu biasa hari raya nasi impit.. Yang lain kuih-kuih jela.. Excited sangat bila Aina suka masakan eina.. Sedap katanya.. Adeyhh,,blushing kena puji.. Alhamdulillah..tak sia2 bangun pagi.. Hehe..


Blogger Aina yang awesome! Tabik spring sebab dia mampu dari Tanjung Malim then beraya KL then balik Kuantan! Perhhh..
Aina sampai rumah eina pukul 10.45 macam tu,,, Sementara tunggu Nyna yang naik train dari Bangi, sempat jugak ditemu ramah dengan keluarga.. Nasib baik tak ada abang, kalau tak dah jadi calon menantu dah.. Hee... 

Jangan jeles!! Ladies time!

Nyna sampai KTM Kuang pukul 2 macam tu laa, kitorang terus shoot pergi Kuang untuk ambil Nyna.. Then, terus pergi ke Bukit Beruntung, rumah BONI KACAK.. Haha,, Eh? Kacak ke? Hee... Rumah Boni meriah sangat sebab ada saudaranya sekali kat sana,. Mi goreng yang dihidangkan untuk kitorang pun sedap sangat.. Eina sampai bertambah.. Maklumlah masa sampai rumah Boni tu cuaca hujan.. So, memang kelaparan sebenarnya.. Hee... Nafsu makan time hujan ni lain sikit.. Craving terlebih..

Tak blogger kalau tak WEFIE...

Aina bersama kucing kesayangan Boni Kaca.. Comel woo..

Boni kacak sedang interview weallz.. Hee..

Kegilaan WEFIE menjelang.. Hahaha...

Then, we decide nak pergi Open House Blogger lagend, PCL.. Wahh... Walaupun kat Banting, sanggup kami datang walaupun jem teruk sangat.. Banyak habis masa dekat perjalanan la jugak.. Tapi itu semua kitorang tak pedulik, semua demi support rumah terdedah yang dianjurkan oleh PCL dan keluarga.. Sekarang ni tak ada istilah tak tahu jalan.. Waze kan ada.. Haha...


Thanks Ina Ainaa for the picture! Depan rumah PCL..

Tak wefie, tak sah!

Ramai blogger dapat weallz jumpa walaupun rasanya weallz tetamu terakhir yang datang kot.. Hee.. Maaf la abang PCL sebab lambat.. Sampai kat rumah PCL baru weallz perasan yang tema Open House PCL kena bawak makanan sekali.. Yang kitorang ni muka tak malu langsung terus redah.. Hahaha... Sekali lagi mintak maaf ye..kitorang tak tahu.. Baca INVITATION Open House je.. Haha..



Apa-apa pun terima kasih kerana menjemput kitorang ye... Happy sangat bila BLOGGER dapat berkumpul ramai-ramai macam tu... Yeayyhhh!!! Ni baru Part 1, tunggu part 2 pulak! Hehehe.. Sesiapa yang buat open house, jemput kami ye.. Hee... ;-)


#bloggermalaysia
#einaangelnetwork
#GBTB2015
#Gengbloggerterjahberaya
#openhouse

2 comments:

  1. wah ini geng memang happening raya. Tabik korang sudi terjah umh walau jauh berkilo meter. Pcl n mamaD suka.. maaf ada kekurangan dah penghujung majlis kan.

    ReplyDelete
  2. Hehe next time boleh buat lagi.. Sori tak dapat join plan yang minggu lepas..

    ReplyDelete

Put your comment here!!