Saturday, August 15, 2015

Ini ke personaliti si dia yang lahir pada bulan February??

Assalamualaikum uallz!!

Semalam dah share pasal dia yang lahir pada bulan January.. Harini nak share pasal dia yang lahir pada bulan February pulak.. Bulan-bulan lain sabar ye.. Hee..



Ini semua berdasarkan Info yang eina dapat dalam buku motivasi eina dulu.. Kalau rasa tak betul tu, abaikan jelah k.. hehe.. Hanya suka-suka..

Nak tahu personaliti si dia?? Nak belajar mengenali si dia?? Nah!! Baca bawah ni.. Hee...

1. BERFIKIRAN ABSTRAK
Senang je nak faham dia.. Kalau berbincang, dia akan berfikir dengan logik dan idea yang diberikan selalunya sangat best!


2. SUKA BENDA YANG REALITI DAN ABSTRAK
Si dia suka benda-benda yang bersifatkan kehidupan semasa.. Suka berfikiran di luar jangkauan..

3. BIJAK DAN GENIUS
Si dia yang lahir di bulan February ni sangat suka menimba ilmu dan dapat ilmu baru.. Bila bersembang dengan dia, ada saja cerita dan idea baru yang di kongsikan untuk kegunaan bersama..

4. BERPESONALITI YANG MUDAH BERUBAH
Si dia selalunya cepat berubah-ubah fikiran dan gaya hidupnya.. Sentiasa inginkan benda baru dalam hidupnya.. Keep it up!




5. MUDAH MENAWAN ORANG LAIN
Okay! Yang ni bahaya sikit.. Senang sangat menawan hati orang lain.. Dia macam ada satu aura yang membuatkan orang yang baru mengenalinya ingin kenal dengannya dengan lebih dalam.. Ini yang banyak SECRET ADMIRE ni..


6. AGAK PENDIAM. PEMALU DAN MERENDAH DIRI
Walaupun bijak dalam kehidupan, dia seorang yang sangat rendah diri.. Walaupun dah berjaya, dia tak akan lupakan orang yang selalu membantunya di masa susah.. Tak riak..

7. JUJUR DAN SETIA
Walaupun ramai peminat, tapi dia seorang yang sangat setia pada pasangannya.. Susah nak menipu orang yang dia sayang..

8. KERAS HATI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
Sangat degil dalam bidang kerjaya.. Kalau dia dah menyuarakan pendapat atau idea, idea dia jugak yang orang kena ikut.. Suka menceburi bidang yang diminati dengan lebih mendalam dan suka mendampingi orang yang dah berjaya..

9. TIDAK SUKA DIKONGKONG
Dia sangat benci dikongkong. Siapa yang berani mengongkong dia maknanya orang tu sangat-sangat menempah HEART BREAK... Dia akan terus meninggalkan orang yang suka mengongkongnya.. Dia sukakan kebebasan dalam hidup..


10. MUDAH MEMBERONTAK
Si dia sangat mudah memberontak apabila ada orang yang cuba untuk mengongkong dan mengarah-arahnya untuk membuat sesuatu.. Si dia suka menjadi ketua dalam semua aspek..

11. SUKAKAN KEGIATAN LASAK
Si dia sukakan aktiviti luar yang lasak.. Sangat tak suka duduk rumah.. Ada je aktiviti yang mengeluarkan peluh akan dibuatnya untuk mengisi masa yang terluang..

12. EMOSINYA SANGAT MUDAH TERLUKA DAN SENSITIF
Walaupun si dia seorang yang berani dan lasak... Tapi tidak pada hatinya.. Dia akan mudah terusik dengan ayat-atar SARCASTIC atau perlian.. Sangat mudah melatah walaupun sebenarnya orang tu tak berniat untuk menyakiti hatinya.. Jaga-jaga!!


13. MUDAH MEMPAMERKAN MARAHNYA
Si dia agak baran kalau egonya tercabar.. Tapi tak lama.. Sekejap je.. Sebab sekali marah, semuanya diluahkan.. Uyooo!! Bahayanya..


14. TIDAK SUKA BENDA YANG REMEH TEMEH
Kalau benda-benda kecik, memang langsung tak pandang.. Lagi-lagi kalau pasangan merajuk.. Langsung tak diendahkan.. Sampai satu masa, bila pasangannya dipujuk orang lain, masa tu lah nak menyesal.. Lambat PICK UP!!

15. SUKA BERKAWAN TAPI TAK SUKA MEMPAMERKANNYA
Si dia sebenarnya friendly.. Tapi tak pandai nak memulakannya.. Egonya sangat tinggi.. Dia hanya berkawan dengan orang yang nak berkawan dengannya..

16. SANGAT BERANI
Kalau dia dicabar, dia sangat berani menyahutnya.. Walaupun benda yang kadang-kadang merepek.. Berani menyuarakan pendapat.. Berpolitik kuat ni...

17. BERCITA-CITA TINGGI DAN SUKA BERANGAN
Dia suka berangan macam-macam tentang masa depannya.. Tinggi sangat cita-citanya sampai orang keliling memandang sinis terhadapnya.. Bagus sebenarnya berangan..tapi jangan hanya berangan k.. Usaha lah sekali.. Baru betul..

18. PEMERHATI YANG TAJAM
Si dia sangat suka memerhati personaliti pasangannya.. Apa saja yang tak betul, si dia akan menegurnya..

19. SUKAKAN HIBURAN
Lagu adalah kesukaannya.. Si dia suka mendengar lagu untuk releasekan tensyennya.. Lagu juga akan menjadi peneman setia ketika sunyi dan sepi.. Haha.. Ramai artis lahir pada bulan 2 tau!



20. SUKA SENI
Si dia memang sukakan lukisan atau apa-apa yang berasaskan seni.. 

21. SANGAT ROMANTIK PADA DALAMAN TAPI BUKAN PADA LUARAN
Si dia suka privacy! Romantik padanya bukanlah pada luaran.. Si dia suka memanjakan orang yang disayang menggunakan hati... Suka buat surprise tapi bukan public.. Dia nakkan romantik hanya bila berdua.. Bila didepan orang, dia nampak garang je.. Tapi sebenarnya manja.. Hee..


22. BERKECENDERUNG PADA BENDA TAHYUL
Bahaya ni.. Si dia mudah terpengaruh dengan benda-benda ghaib.. Suka percayakan semua kata-kata orang, walaupun orang tu tak betul.. Suka sangat percaya benda yang pelik-pelik..

23. BOROS
Kalau shopping, si dia suka beli barang-barang berjenama.. Susah nak control duit.. Dia perlukan seseorang untuk mengawal pembelanjaannya yang boros tu..


24. BELAJAR UNTUK MEMPAMERKAN EMOSI
Si dia susah nak tunjukkan apa yang dia rasa... Kalau dia rasa sedih, dia akan duduk sorang-sorang dan langsung tak nak sharekan dengan orang sekeliling.. Mukanya tetap serius walaupun benda tu kelakar,, Gelak dalam hati je.. Ego sangat!! Haha



Done!! Jemput share!!! Kenali si dia untuk lebih bahagia dengannya okay!!

 #einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tipscinta
#February

1 comment:

Put your comment here!!