Friday, August 14, 2015

Kenali si dia yang lahir pada bulan January..

Assalamualaikum uallz!!

Nak hubungan kekal lama?? Kena lah fahami si dia.. Jangan mengalah kerana setiap manusia diciptakan dengan sifat yang berbeza.



Nah!! Ini personaliti si dia yang lahir pada bulan January.

1. BERCITA-CITA TINGGI DAN ORANGNYA SANGAT SERIUS
Jangan sesekali menghalang cita-citanya.. Kalau nak bercakap dengannya, haruslah FAKTA belaka.. Support dia..dan itu akan membuatkan dia sayang pada awak..



2. SUKA MENDIDIK DAN MENDIDIK
Selalunya dia yang lahir bulan January ni suka menimba ilmu dan mempelajari ilmu yang baru..


3. SANGAT MUDAH DAN MELIHAT KELEMAHAN ORANG LAIN & SUKA MENGKRITIK
Sangat cerewet orangnya.. Tak boleh salah sikit di mata dia.. Mesti melenting.. Tapi mengkritik di sudut positif.. Dia buat macam tu semua bersebab..

4. RAJIN DALAM SETIAP PERKARA YANG MENDATANGKAN KEUNTUNGAN
Wow!! Pandai mencari duit ni.. Selalunya sangat berkira dalam mengeluarkan pembelanjaan.. Selalu berfikir apa kemahuan dan kehendak..


5. SUKA SMART DAN TERATUR
Dia memang suka kerja yang teratur.. Kalau berinteraksi dengan si dia, si dia akan mementingkan kekemasan dan disiplin tu penting..


6. BERSIKAP SENSITIF DAN BERFIKIRAN MENDALAM
Orang yang lahir pada bulan January sangat berfikiran matang.. Semua benda di anggap penting dan susah nak ada masa untuk bermain-main.. Percakapannya semuanya DEEP!


7. PANDAI MENGAMBIL HATI ORANG LAIN
Pandai mengambil hati orang sekeliling.. Semua orang yang ada sekelilingnya amat menyenangi kehadirannya.. So, bahaya ni, kalau perempuan, ramai peminat!



8. PENDIAM
Sangat pendiam dan tak reti nak mulakan perbualan.. Tapi kalau dah mula tu, susah pulak nak berhenti.. So, kenalah beralah, tegur dia dahulu.. Bukan sombong..tapi memang dia macam tu..




9. AGAK PEMALU DAN DAYA TUMPUAN YANG SANGAT TINGGI
Si dia yang lahir di bulan January ni agak pemalu orangnya..tapi ramai orang memberikan perhatian dan tumpuan terhadapnya kerana dia bukan jenis kacau orang..

10. MUDAH MENDISIPLINKAN DIRI SENDIRI
Sangat sukakan disiplin.. Memang selalu dapat jadi insan cemerlang dalam hidupnya.. Selalu jadi leader dalam organisasi..

11. BADANNYA SIHAT TAPI MUDAH DIJANGKITI SELSEMA
Adeyhh! Selalunya si dia yang lahir pada January ni pantang kena hujan.. Senang demam dan selsema.. Sensitif sangat badannya..

12. ROMANTIK TAPI TAK PANDAI NAK MENUNJUKKANNYA
Haha..part ni best..! Si dia sebenarnya sangat romantik.. Tapi EGO yang ada dalam dirinya membuatkan si dia susah nak menunjukkannya.. Nampak kayu je..tapi dialah yang paling pandai menjaga hati pasangannya.. Romantik dengan perbuatan dan bukannya dengan percakapan.. Maluu...


13. CUKUP SAYANG PADA KANAK-KANAK
Orang yang lahir pada bulan January sangat penyayang orangnya.. Suka melayan karenah budak-budak.. Kalau bab menjaga anak-anak, serah saja padanya, anak-anak juga akan lebih rapat dengannya..



14. SUKA DUDUK RUMAH
Boring! Haha.. Si dia tak berapa minat nak letihkan badan berjalan ke sana sini.. Dia lebih suka duduk di rumah dan tengok TV atau main Game.. Haha.. Faham-faham jelah.. 


15. SETIA PADA SEGALA-GALANYA
Sesiapa yang dapat si dia yang lahir di bulan January, sangat lah untung.. Dia seorang yang sangat setia.. Once dia dah sayangkan awak, dia akan sayang awak seorang sahaja.. Susah nak berpaling.. Tapi kalau dia pakai satu kereta tu, dia akan pakai kereta tu jelah, tanpa bosan,, Setia sangat.. Okay! Yang tu boring.. Hee..

16. PERLU BELAJAR KEMAHIRAN BERSOSIAL
Si dia tak pandai bergaul dengan orang ramai.. Kalau ada seorang kawan, dia hanya akan berkawan dengan seorang itu sahaja dan susah nak cari kawan baru..


17. CEMBURU YANG SANGAT TINGGI
Si dia yang lahir pada bulan January mempunyai perasaan cemburu yang sangat tinggi.. Dia susah nak bagi orang yang dia sayang keluar dengan orang lain melainkan ada dia sekali.. Bahaya sikit sebab kepercayaan tu kurang pada pasangan..

Done!! Info ini eina dapat dari buku Motivasi eina.. Kalau ada yang betul tu, adalah.. Kalau tak tu, anggap jelah ini semua hanya permainan dan anggapan.. Bukannya serius.. Hee... Bye!

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tipscinta
#January

1 comment:

Put your comment here!!