Thursday, August 27, 2015

Kenapa si dia macam jauhkan diri??

Assalamualaikum uallz..

Lama eina tak story tips cinta.. Hehe.. Malam ni eina nak share something about LOVE..
Sakitnya rasa bila kita dah ready nak ada hubungan lebih dari sepasang kekasih tapi si dia macam jauhkan diri dari kita dan macam cuba untuk mengelak dari kita apabila kita bercakap soal berkahwin.. Nakkan status suami isteri yang halal.. Bestnya lah kan..

Jangan sedih... Jom kita ketahui apa puncanya dan apa yang perlu kita lakukan supaya masalah ni kita dapat selesaikan..

PUNCA YANG #1
SI DIA BELUM BERSEDIA UNTUK BERKOMITMEN



Apabila seseorang seseorang tu dah bersedia nak memegang status suami, dia biasanya sudah mempunyai semuanya.. Kewangan yang stabil, berfikiran matang dan mempunyai kawan yang dah berumah tangga.. Jika dia tidak memiliki sebarang kriteria yang disebutkan, maknanya dia belum lagi bersedia untuk ada komitmen. Tak banyak yang uallz boleh lakukan untuk yakinkan si dia.. 


LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL
Just let him go.. Carilah lelaki yang dah bersedia dari segala segi untuk mempunyai hubungan yang halal dengan uallz.. Kalau tak nak kahwin, jangan gatal nak bercinta!! Huh... Stress kalau ada lelaki macam ni.. Suka main-main.. Takkan kita nak stay lagi kalau dia dah main-mainkan atau gantungkan kita macam tu kan.. Think about it!

PUNCA YANG #2
SEMUANYA BERLAKU TERLALU PANTAS



Apabila uallz ada masalah di awal perhubungan, dia mungkin berfikir yang dia tidak mengenali uallz dengan cukup rapat lagi.. Sebab itu lah dia mula menjauhkan diri.. Mungkin ada sesuatu yang dia pendamkan.. Lelaki membina cinta melalui kepercayaan, jadi bila percintaan yang dibina menjadi terlalu pantas, dia merasakan kepercayaan dia pada uallz belum kukuh lagi untuk ke peringkat seterusnya kerana berkahwin biarlah sekali kan..


LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL
Tunggu panggilan si dia.. Beri ruang yang secukupnya pada si dia.. Kalau boleh, hilangkan diri sekejap.. Jika dia benar sukakan dan tak nak hilang uallz, si dia akan cari uallz tak kira uallz hilang kat mana sekalipun.. Uallz pun janganlah asyik nak berkepit je..mungkin dia rasa rimas.. Hummm.. Jangan jadi macam lagu Awak Kat Mana ye,. Hehe..

PUNCA YANG #3
TAK ADA CHEMISTRY
Memang kecewa rasanya bila sedar hubungan yang kita bina semakin pudar.. Dah tak ada apa lagi yang membahagiakan ataupun buatkan kita rasa excited nak jumpa dia.. Si dia pula jarang ada dengan uallz untuk lakukan apa saja aktiviti bersama-sama.. Fuh.. Mungkin ini akan membuatkan uallz susah nak capat persefahaman dalam perhubungan.. Bila jumpa, ada saja menyakitkan hati.. Langsung tak ada effort nak cuba mengenali si dia dengan lebih lagi.. Bahaya macam ni.. Takkan nak bergaduh je dah kawen nanti kan..? Humm..



LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL
Uallz just berlaku jujur.. Bila uallz berada dalam moment selesa, katakan padanya walaupun uallz cintakannya, uallz dapat rasakan yang dia cuba untuk jauhkan atau jarakkan diri dari uallz.. Jika si dia sayangkan uallz, mesti dia akan cuba baiki hubungan uallz dengan membahagiakan uallz.. Tapi, kalau tak jugak, cari jelah buah hati baru yang sanggup support uallz walau apa sekalipun.. Sekurang-kurangnya uallz dah cuba untuk membaiki hubungan kan?? Bukan salah dah nak tinggalkan je ke apa.. Hehe..



Done!! Apa-apa pun, uallz kena tahu, jodoh dah ditetapkan okay! Usaha dulu untuk baiki hubungan.. Berikan si dia peluang kerana tiada manusia dalam dunia ni boleh melengkapi cita rasa kita.. Mesti ada kekurangannya kan?? Nobody's perfect! Hee.. Semoga tips yang eina bagi ni dapat membantu uallz dalam story cinta uallz okay! Bye!!

#lovetips
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#bicarahati
#sidia

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!