Tuesday, August 18, 2015

Lahir di bulan April?? Ketahui rahsia di sebalik April..

Assalamualaikum uallz!!

Siapa lahir bulan April?? Baca sekali lalu..agak nakal siapa baby April ni.. Hehe..
Nak tahu siapa di sebalik dia yang lahir pada bulan April ni?? Jemput baca bawah ni okay! Hehe..


1. SANGAT AKTIF
Dia sangat aktif dan sukakan aktiviti yang boleh mengisi masa lapangnya..


2. TERGESA-GESA MEMBUAT KEPUTUSAN TETAPI CEPAT MENYESAL
Dia suka membuat keputusan mengikut emosi. Lepas dah buat, baru nak menyesal..

3. SANGAT MENARIK DAN CEPAT MEMANJAKAN DIRI
Suka mengikuti perkembangan zaman.. Senang memanjakan diri dengan orang walaupun orang tu baru saja dikenalinya.





4. SUKA DIBERI PERHATIAN
Dia sangat suka membuatkan dirinya menjadi perhatian.. Apabila dirinya tidak dilayan, ada saja benda yang akan dibuatnya untuk menarik perhatian orang yang dia sayangi..


5. SANGAT DIPLOMATIK (PANDAI MEMUJUK), BERKAWAN DAN PANDAI MENYELESAIKAN MASALAH
Si dia sangat supportive.. Memujuk adalah kelebihannya.. Dia akan berusaha menyelesaikan masalah orang sekelilingnya walaupun dia tahu mustahil untuknya.. Sekurang-kurangnya dia berusaha..


6. SANGAT BERANI
Si dia susah nak takot apa-apa pun yang ada dalam dunia ni.. Pantang dicabar.

7. SANGAT PENYAYANG, SOPAN SANTUN DAN PEMURAH
Aww..sweetnya.. Si dia akan menyayangi orang yang dicintainya sepenuh hati.. Sopan dan hormat pada orang tua dan tidak kedekut..


8. EMOSI CEPAT TERUSIK
Si dia memang seorang yang happy je..tapi dia juga seorang yang senang mengeluarkan air mata.. Kita tak nampak sebab dia seorang yang pandai menyembunyikan kesedihannya..

9. BOLEH MENGAWAL EMOSI
Si dia senang dibawa berbincang kerana emosinya boleh dikawal.. Si dia akan mendengar apa saja cadangan orang lain dengan muhasabah diri..

10. BERDENDAM
Orang yang buat dia marah, dia tunjukkan kemarahan tu on the spot.. Dia akan simpan dan simpan.. Lama-lama bila dah terlalu melampau, dia akan mengamuk dan keluarkan semua yang didendam selama ni..

11. AGREASIF DAN KELAM KABUT DALAM MENGAMBIL KEPUTUSAN
Si dia seorang yang nak cepat settlekan masalah masa tu jugak.. Dia akan mengambil keputusan yang cepat tanpa memikirkan baik buruk terlebih dahulu..

12. KUAT DAYA INGATAN
Ingatan si dia sangat kuat.. Apa juga yang berlaku padanya, dia akan ingat.. Kalau orang ada buat salah dengannya, dia akan maafkan tapi untuk melupakan, susah sangat.


13. GERAK HATI YANG SANGAT KUAT
Si dia mempunyai naluri atau gerak hati yang sangat kuat dan boleh kita ikut.. Kadang-kadang apa yang dicakap, kebanyakannya akan terjadi selepas itu..


14. PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI DAN PANDAI MEMOTIVASIKAN ORANG LAIN
Si dia sangat suka muhasabah diri sendiri.. Tak lupa juga, dia seorang yang sangat suka memberi nasihat dan dorongan terhadap orang lain..

15. SANGAT CEMBURU
Dia seorang yang agak mengongkong pasangannya.. Sifat cemburunya boleh membuatkan pasangannya berasa OVER PROTECTED.

16. TIDAK BOLEH DUDUK DIAM
Si dia seorang yang aktif dan sangat tidak suka duduk di rumah.. Dia akan melakukan apa saja aktiviti yang akan mengeluarkan peluh dan mendatangkan hasil padanya..

17. PANDAI SIMPAN RAHSIA
Kalau nak bercerita, uallz boleh percayakan dia.. Dia seorang yang sangat amanah dan pandai menyimpan rahsia..

18. SANGAT DEGIL DAN KERAS KEPALA
Si dia tak suka orang mengarah-arahkannya untuk buat apa pun.. Sangat degil dan susah nak ikut cakap orang lain.. Kalau dia cakap A, maka A lah jawapannya..


Yeayyhh!! Done!! Sesiapa yang lahir di bulan April atau pasangan uallz bulan April, jemput share..!! Hehe.. Kenali si dia dengan lebih dekat.. Okay! Hee..

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tipscinta
#April

1 comment:

Put your comment here!!