Friday, August 28, 2015

Mitos dan Fakta tentang DARA.. (18+)

Assalamualaikum uallz!!

Harini eina nak share sesuatu yang eina rasa sangat penting untuk kita tahu.. Pasal DARA!
Terlalu banyak mitos yang buatkan kita rasa confuse dan pening yang mana satu betul..
Jom ketahuinya malam ni.. Hee..


Malu sebenarnya nak share pasal ni..tapi eina nekad supaya eina dapat sebarkan untuk kebanyakan gadis yang suka membuat andaian sendiri daripada mencari fakta yang sebenar-benarnya.. Sila pastikan uallz tahu apa yang mitos dan fakta tentang dara agar uallz tak salah menilainya.. Refer bawah ni okay..!

MITOS #1
Selaput dara hanyalah lapisan lendir dan kerana itu, ia akan mudah terkoyak walaupun hanya menggunakan jari..
FAKTANYA
Lubang selaput dara tidak akan terkoyak umumnya hanya dengan menggunakan jari.. Lazimnya selaput dara hanya akan terkoyak semasa kemasukan zakar yang tegang semasa persetubuhan..


MITOS #2
Melakukan aktiviti lasak boleh menyebabkan selaput dara terkoyak..
FAKTANYA
Selaput dara sangat elastik dan tidak mudah rosak. Namun strukturnya mungkin boleh tercedera akibat senaman ataupun aktiviti lasak..

MITOS #3
Selaput dara adalah nipis dan sangat mudah terkoyak..
FAKTANYA
Ketebalan selaput dara berbeza bagi setiap individu. Ada yang nipis, ada juga yang tebal dan menutupi keseluruhan lubang faraj hingga menyukarkan pengeluaran darah haid.

MITOS #4
Setiap gadis yang suci dikatakan mempunyai selaput dara
FAKTANYA
Jangan terburu-buru mengatakan ya kerana sebenarnya ada kajian mengatakan, terdapat juga bayi perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara..

MITOS #5
Seorang gadis dianggap tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama pengantin..
FAKTANYA
Sebenarnya tanggapan itu tidak berasas langsung jika dikaji semula pada sifat selaput dara ini.. Kemungkinan seseorang itu memang dilahirkan tanpa selaput dara atau memang selaput daranya sukar untuk dipecahkan..


MITOS #6
Apabila selaput dara pecah dikatakan ia akan mengeluarkan darah..
FAKTANYA
Sifatnya yang fleksibel, ia mungkin melentur dengan sendirinya sewaktu hubungan seks berlaku. Oleh itu, pengeluaran darah mungkin tidak mengkin berlaku.. Bukan itu sahaja, dalam kajian saintifik mengatakan, selaput dara ini mempunyai sedikit pembuluh darah.. Jika semakin nipis selaput daranya, maka semakin sedikitlah pembuluh darahnya sehinggakan ia tidak kelihatan seperti darah langsung..


INFO KHAS
Selaput dara atau himen merupakan suatu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu kemaluan (introitus vagina) seseorang wanita. Terdapat pelbagai bentuk selaput dara iaitu seperti kelopak bunga, cincin, berlubang dua dan berlubang banyak..

Done share!! Hope uallz faham apa itu DARA okay.. Jaga kehormatan masing-masing, bukan sekadar menjaga dara okay! ;-)

Rujukan: Majalah REMAJA 15 Dis 2012

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#wanita
#dara
#tipswanita

10 comments:

Put your comment here!!