Wednesday, August 26, 2015

Rahsia personaliti si dia yang lahir pada bulan June..

Assalamualaikum uallz!!

Harini tiba giliran rahsia personaliti bulan Jun pulak!! Yeayyhh!! Siapa yang lahir bulan Jun atau ada pasangan yang lahir pada bulan Jun, uallz boleh refer ni untuk tahu personalitinya okay! Ini untuk hiburan je taw, jangan ambil serius sangat sampai mengamuk kalau ada yang tak sama.. Haha..


Nah!! Ini dia...

1. BERFIKIRAN JAUH DAN BERWAWASAN
Boleh jadi menteri ni.. Hee...


2. MUDAH DITAWAN KERANA BAIK HATI
Ramai yang sukakannya kerana nampak garang tapi sebenarnya sangat baik hati dan suka menolong orang yang dalam kesusahan.

3. LEMAH LEMBUT DAN PROTECTIVE
Dia tak sukakan kekasaran.. Dan dia akan protect keluarganya atau orang yang dia sayang dengan sepenuh hati.. Tak suka menyakiti hati orang lain.

4. MUDAH BERUBAH DAN MEMPUNYAI BANYAK IDEA
Si dia sangat mudah di bentuk.. Mudah menjadi baik dan mudah menjadi jahat.. Dia selalu menyuarakan idea yang baru dan up to date..


5. PANDAI MENYELESAIKAN MASALAH
Si dia sangat tak sukakan menangguh-nangguhkan masalah yang ada.. Dia akan cepat-capat menyelesaikan masalah tersebut sebelum masalah menjadi lebih besar.. Selalu menjadi penyelamat keadaan..

6. SENSITIF
Si dia sangat sensitif dengan perasaan dirinya sendiri begitu juga dengan perasaan orang sekelilingnya.. Sweet orangnya.. Caring sangat..

7. OTAKNYA AKTIF DAN SENTIASA BERFIKIR
Si dia suka termenung. Termenungnya bukan termenung kosong.. Dia suka berfikir benda yang orang lain susah nak fikir.. Unik sangat..

8. SELALU BEKERJA DENGAN TENANG DAN TIDAK SUKA TERBURU-BURU
Dia suka bekerja dalam keadaan tiada orang memaksanya untuk bekerja.. Walaupun slow sikit dia buat kerja tapi siap dengan sempurna.. Hey!! Cepat sikit lahh!! Haha..

9. SUKA MENANGGUH-NANGGUH BENDA YANG TAK PENTING
Dia tak minat pada benda yang remeh temeh.. Dia selalu menangguh-nangguh kerja.. Kerja yang dianggap tak penting sangat, mesti dia akan letakkan ke tepi dan buat benda yang lebih penting dulu.. Tapi kadang-kadang terlupa nak buat... Hehe..

10. TERLALU KUAT MEMILIH DAN SENTIASA MAHUKAN YANG TERBAIK
Dia tak suka pada benda yang cacat ataupun kurang sedikit.. Dia seorang yang perfectionist. Berlagak ala-ala bos besar yang sentiasa nakkan yang terbaik dalam segala aspek..


11. CEPAT MARAH DAN CEPAT SEJUK
Si dia agak panas baran.. Pantang salah sikit dan menyentuh egonya, dia pasti mengamuk.. Tapi dia cepat sejuk.. Mudah untuk dipujuk.. Dia akan muhasabah balik dirinya dan meminta maaf..

12. SUKA BERCAKAP
Dia sangat peramah.. Pot pet pot pet.. Haha.. Memang takkan sunyi lah kalau dia ada..

13. SUKA BUAT LAWAK DAN BERGURAU
Dia suka keadaan yang riang dan penuh gelak tawa.. Dia suka buat lawak dan membuatkan orang sekelilingnya ketawa dek kerananya.. Kalau tak menyakat tu memang tak sah.. Hee..


14. SUKA BERANGAN
Dia suka berangan.. Kalau ada nampak benda yang diteringinnya, belum dapat lagi dah berangan pakai benda tu.. Haha..

15. MUDAH MENDAPAT KAWAN DAN PANDAI BERKAWAN
Dia sangat best bila berkawan.. Friendship yang kuat membuatkan kawan-kawannya sentiasa ingatkannya.. Dia suka mencari kawan baru dan sangat mudah untuk memulakan satu ikatan persahabatan yang baik..


16. TERTIB
Si dia sangat tertib orangnya.. Segala kerja yang dibuatnya, mesti nak perfect!

17. PANDAI MEMPAMERKAN SIKAP
Si dia sangat mudah untuk mempamerkan sikap.. No pendam-pendam.. Dia akan keluarkan apa saja yang dirasa..

18. SENANG KECIL HATI
Si dia senang kecil hati jika terlebih gurauan ataupun dalam perbualan.. Walaupun dia seorang yang suka bergurau dan kenakan orang tapi percaya lah, dia sangat tak tahan gurauan..

19. MUDAH KENA SELSEMA
Si dia sangat senang kena selsema.. Hidung sangat sensitif dengan persekitaran dan habuk..

20. SUKA BERKEMAS
Nak tengok dia membebel?? Cuba lah bawa dia kat tempat yang berselerak.. Dia automatik akan membebel sambil mengemas sikit-sikit.. Hehe..


21. CEPAT BOSAN
Bahaya ni.. Si dia sangat senang bosan dengan apa saja.. 

22. CEREWET
Si dia akan membelek benda yang sama dalam masa yang lama untuk memastikan dia tak salah pilih.. Sifatnya yang cerewet membuatkannya stress dan tak dapat nak mengawal dirinya dalam membuat sesuatu keputusan..

23. SUKA BARANG YANG BERJENAMA
Si dia sangat sukakan barang yang berjenama. Barang-barang kepunyaannya mesti berjenama dan berkualiti..

24. MUDAH MENJADI EKSEKUTIF
Si dia sangat mudah menjadi ketua dalam apa jua bidang yang diambil.. Orang akan VOTE untuknya..




25. KEDEGILAN YANG SUKAR DIKAWAL
Dia sangat degil dan kedegilannya itu akan membuatkan dia menyesal selepas apa jua tindakan yang diambil..

26. SESIAPA YANG MENEGUR SAYA ADALAH KAWAN SAYA DAN SIAPA YANG MEMUJI SAYA ADALAH MUSUH SAYA
Maksudnya, pantang dibodek.. Suka dinasihati dan paling benci orang yang suka membodek.

Done!! Jemput share okay!! Yeayyyhhh!!

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tipscinta
#June

2 comments:

  1. Hehe..seronok baca personaliti ni..Yana gadis Jun! walaupn bkn 100% tp ade gak la yang mengena..Haha..baru sedar sendir :D

    ReplyDelete

Put your comment here!!