Thursday, August 20, 2015

Resepi Daging Masak Rendang Hitam

Assalamualaikum uallz!!

Harini eina nak share resepi daging masak rendang hitam dengan uallz!! Tiap-tiap tahun bila raya je, mesti ada rendang ni... Ramai yang dah minta resepi dengan mama eina.. Hehe.. Eina belajar resepi ni dari mama eina yang tersayang.. Nak tahu?? Stay tune... Hee..



Bahan-bahan
1. Daging yang telah direbus
2. Kicap lemak manis
3. Cili boh
4. Serbuk Kari - daging
5. Bawang Merah - dihiris
6. Bawang Putih - dihiris
7. Halia - dihiris
8. Bunga Lawang & Bunga Cengkih
9. Kayu Manis
10. Kerisik

Cara-caranya
1. Panaskan minyak. Setelah panas, masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis.. Tumis sampai wangi..
2. Setelah wangi, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dah dihiris.
3. Gaulkan sampai naik bau..
4. Lepas tu, masukkan cili boh. Gaul sampai naik minyak..
5. Dah naik minyak, masukkan serbuk kari daging dan gaulkan lagi..
6. Then, masukkan kicap lemak manis secukup rasa..
7. Masukkan air sedikit dan masukkan daging yang dah direbus.. Gaulkan sampai menggelegak dan naik bau..
8. Yang terakhir, masukkan kerisik.. Gaul hingga rata.. Siap!! Yeayyhhh!!

**kalau tak cukup masin, tambah kicap.. Jangan sesekali masukkan garam.. Takut terlebih masin nanti.. Yang eina tunjuk gambar ni tak kering sangat lagi.. Kalau uallz nak rendang ni hitam n kering, masak la lama sikit.. Hee..

Selamat mencuba uallz!!!

#einamasak
#resepieina
#einaangelnetwork
#wanita

6 comments:

  1. alamak open house dah xde plak. buat satu plzzz hehe

    ReplyDelete
  2. Terliur dah ni. Hahaha.. Hebat eina.. Ena je tak pass lagi masak rendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainaa saja je ni... Entah2 Ainaa kat rumah mengalahkan chef Jo.. Haha..

      Delete

Put your comment here!!