Wednesday, August 26, 2015

Resepi Sup Ekor Turun Temurun..

Assalamualaikum uallz!!!

Harini eina nak share resepi Sup Ekor.. Jemput cuba dan share okay!!



Bahan-bahan :
1/2 kilo ekor lembu
1 sup bunjut
2 kayu manis
3 bunga lawang
3 buah pelaga
3 bunga bunga cengkih
6 ulas bawang merah -mayang
3-4 ulas bawang putih -mayang
2 inci halia -mayang
1 biji tomato
1 batang seleri
1 pokok daun ketumbar – potong sepanjang 3 cm
daun wang dan daun sup secukupnya
2 biji limau nipis
air secukupnya
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara :
1) Rebus ekor lembu sampai mendidih, buang air dia lepas rebus dengan air baru sampai empuk. Sampai daging ngan tulang nampak dah renggang

2) Bila dah empuk masukkan sup bunjut, rasakan garam dan lada hitam dan rebus lagi untuk 30 minit. Sambil-sambil tu tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau, angkat dan masukkan dalam rebusan tulang
dengan minyak yang sama, goreng bawang dan halia sampai layu dan masukkan dalam sup.

3) Masukkan daun ketumbar dan tomato yang dibelah empat,rebus untuk 10 minit. Akhir sekali masukkan seleri yang di potong serong dan tutup api

4) Untuk hidangan, tabur daun sup , daun bawang dan bawang goreng. Nak tabur hirisan cili padi pun boleh. Jangan lupa perah asam limau tau..

Yeayyhh!! Siap dah!! Uallz jangan lupa try okay!! Nyumm!!

#einamasak
#resepieina
#einaangelnetwork
#wanita

4 comments:

  1. Huishh lama tak perkenakan sup ekor ni.... sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom2.. Nanti kita p perkena sup ekoq... Bahasa utara jap.. Haha.. Thnx Ainaa..bab baca..

      Delete
  2. Tudiaaaaaaaa adik si maria plak main resepi sup ekoq...haishhhhhhhhhh nak cari ekoq mana ni nak masak nanti...akak ni jenis puas masak sendiri seperiuk, aummmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Bila la dapat rasa sup ekoq akak.. Hehe

      Delete

Put your comment here!!