Monday, September 21, 2015

Lobbee Thai Connection @ Empire Damansara - Original Thai Restaurant..

Assalamualaikum dan hai semua!

Siapa kat sini peminat masakan Thai?? Craving nak pergi Thailand semata-mata nak makan masakan Thailand?? Eina nak share dengan uallz satu tempat ni yang eina rasa sesuai untuk kita terjah.. Hanya di Empire Damansara.. 

Peminat makanan Thailand tentu takkan lepaskan peluang ni sebab makanan yang disediakan tidak mengubah sebarang rasa originality masakan Thailand yang sebenar.. Memang lain rasanya.. 

Keistimewaan yang boleh kita rasa di LOBBEE Thai adalah masakan ni.....

Lobbee Combo 3 Tom Yam  (Lobster, King Crab, Salmon, Squid, Mussels & Soft Boil Egg)
Kesedapan dan keenakan Tom Yam Seafood ni memang luar biasa.. Kesedapannya hanya siapa yang dah rasa je boleh gambarkan sebab memang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.. **speechless.. Gabungan antara diva-diva makanan laut dalam yang susah kita nak dapat ni memang sangat mantoooppp!! Hehe.. Harga sangat berpatutan dengan apa yang disajikan... Nyumm!!

Antara hidangan sedap yang ada di Lobbee Thai.....

Best sangat makan sambil sembang-sembang..

Macam-macam jenis air ada.. Memang best!!


Squid Cake.. Nyummm!!

Ice Cream Blue Ruby

Coconut Ice Cream with variety toppings!

 

Sedapp.. Tapi ini bukan sate...


Sedap sangat udang ni.. Rangupp...

Sedapnyaa...
Restaurant Lobbee Thai ni agak susah nak cari.. Okay.. Nanti dah sampai Empire Damansara, cari Boat Noodle.. Depannya ada tangga, turun tangga tu..dan nampak Lobbee Thai! Itu lah dia... Agak tersorok tapi kalau dah sedap tu, memang tak ada effect pon kesorokan tempat tu.. Trust me!

Yess!! Done review.. Eina recommend uallz try kat sini okay!! Memang sedap dan harga yang sangat berbaloi.. Empire Damansara tempat yang mewah dan kalau uallz try sekali makan kat sini, mesti repeat lagi.. 

Nyumm... Kami dah try!!

Jom datang sini...
Antara kawasannya..

Bersembang dengan Operation Manager LOBBEE THAI...

Hiasan gambar yang sangat menenangkan untuk menikmati makanan yang sedap-sedap..

With Einaangel Network Crew



Eina dah terjah.. Sekarang giliran uallz pulak try okay... Servis dia sangat best.. Yang bestnya, disediakan air DETOX sekali.. Uallz boleh ambil lepas makan.. So, tak ada alasan gemuk lagi okay..! Boleh buang cholesterol sekali.. Hee...
Full Details
Lobbee Thai Restaurant
Address: LG-07, Empire Damansara, Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Malaysia
Like FB: www.facebook.com/lobbeethai
Instagram: https://instagram.com/lobbeethai
Tel: 03-7629 4869
Email: lobbeethai@gmail.com
Operation hours: 11am - 3pm ; 5.30pm - 10pm (Isnin tutup) 
Nyum2... Selamat mencuba!! Kami terjah pada yang sedap je... hehe..


#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#lobbeethai
#lobbee
#reviewblogger
#lobbee
#Thailandfood


Thursday, September 17, 2015

Bausch + Lomb Lacelle Jewel Contact Lens membuatkan mata penuh glamor dengan Corak Permata...

Assalamualaikum uallz!

Baru-baru ni, pada 11 September, Bausch + Lomb telah melancarkan Lacelle Jewel iaitu kanta lekap yang berwarna pakai buang bulanan di Malaysia dengan penuh glamour dan gilang gemilang.. Pertama kalinya kanta lekap ini berada di Malaysia..


 



Rekaan kanta yang nipis yang mana ketebalan bahagian tengahnya ialah 0.078mm, akan memberikan lebih keselesaan kepada si pemakai kanta lekap ini.. Bahan kanta ini dengan  kandungan air sebanyak 38% memberikan keselesaan terbaik..


Kanta lekap ini mempunyai 7 warna yang boleh pilih yang membawa makna tersendiri..

Antaranya ialah:

MELANITE BLACK -> Memberikan rupa pemalu kepada si penggoda yang pastinya akan menarik minat. Sederhana tetapi sofistikated.

TOPAZ BROWN -> Gemerlap asli yang menjadikan mata lebih menyerlah mengikut naluri. Serta mudah didekati.

CRYSTAL GREY -> Memberikan aura misteri dengan gaya beriluminasi. Keseimbangan diantara dramatik dan kemeriahan.

AMBER BROWN -> Peramah dan merendah diri yang bersesuaian dengan tahap sofistikasi dan elegan. Kelihatan bergaya dan mewah dengan kilauan itu.

AMETHYST VIOLET -> Memberikan sinaran mata yang signifikan melalui rona yang menunjukkan keriangan dan keberanian. Meninggalkan kesan yang penuh kemewahan.

SAPPHIRE BLUE -> Untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih berani dan tidak gentar dilihat dengan kilauan kristal yang memberikan personaliti yang ideal. Keyakinan dan ketenangan dipamerkan.

PERIDOT GREEN -> Hebat dipadankan dengan sebarang warna kulit dan memberikan sinar mata yang menenangkan. Aura yang jelas menyegarkan.

**Nak pilih mana?? Hehe.. Eina pilih Crystal Grey! Hehe..


Kanta Lacelle Jewel telah dibuktikan tiada toksik dan tidak merengsakan mata kerana Lacelle kerana Lacelle hanya mempunyai warna tambahan yang selamat untuk mata.


Eina dah try..memang selesa pakai walaupun buat pertama kali.. Pada mulanya memang macam tak selesa sebab eina dah lah pakai spek, tapi bila dah lama2 sikit, dah okay dah.. Mata eina grey.. Huu... Siap berkilauan permata lagi.. Hee.. Shine bright like a diamond! Bak kata Rihanna.. Hehe..

Hari ahad tu, eina pergi ke event ni dengan 3 orang lagi blogger.. Sangat enjoy sebab kami dapat bergambar dengan Elizabeth Tan yang pakai lens ni jugak.. Best! 



Kepada sesiapa yang masih tercari-cari jenama contact lens yang nak dipakai.. Uallz boleh try jenama ni.. Sebenarnya jenama ni sudah terkenal di luar negara.. Memang sangat dipercayai dan dipakai oleh selebriti-selebriti popular di luar negara seperti di Singapura..


Untuk sebarang pertanyaan, uallz boleh contact details dibawah ini ye...


BAUSCH + LOMB (M) Sdn Bhd
Vivian Hoong, Pengurus Jenama (Penjagaan Penglihatan)
Email: vivian.hoong@bausch.com
Tel: 03-7680 8830

PENGHUBUNGAN AWAM - EverQuest Sdn Bhd
Jay Nee Chuah, Pengarah Pemasaran
Email: jaymee@everquest.com.my
Tel: 012-201 2088

Yeayyhhh!! Done! Eina dah ada satu set contact lens jenama ni.. Uallz boleh lah try k!! Nak cantik dan menawan?? Jom try! Selamat mencuba! ;-)

#bloggermalaysia
#einaangelnetwork
#careforyoureyes
#sunwaypyramid
#lacellejewel
#contactlens

Monday, September 14, 2015

Shawl ZEEZ Collection menjadi kegilaan wanita trendy..

Assalamualaikum uallz!!

Hye..! Malam ni eina nak share something yang menarik untuk kaki shopping n suka berfesyen..


Gambar Hiasan dari FB Zeez Collection

Siapa suka pakai shawl macam eina confirm tahu jenama yang dah tak asing lagi kat Malaysia ni.. Kat ZALORA pon dah ada taw.. Actually, owner dia kawan lama eina yang jugak blogger dulu.. Baru 23 tahun dah ada butik sendiri.. Dasyat kan?? Memang solute! 


Bergambar dengan Owner ZEEZ Boutique, Ziera Zain

Siapa kat sini pernah jadi readers blog ZIERA ZAIN? Haa...dia lah ownernya.. Eina dah lama dah nak pergi ke butiknya..asyik tengok kat IG je.. Alhamdulillah..masa pembukaan butik barunya di Section 7 Shah Alam, eina sempat join walaupun baru balik dari event.. Eina ajak EINAANGEL NETWORK CREW sekali untuk join support pembukaan butik barunya tu.. 
Eina dengan blogger Shiqin Sunshine tengah bz try on shawl2 yang ada..

Shawl yang ada semuanya berkualiti.. Eina dah try sendiri taw.. Sesiapa yang datang untuk Soft Launch butik ZEEZ ni dapat free satu shawl taw.. Beli 4 hanya dengan RM100.. Pilih je warna apa yang nak.. Warna yang jarang kita jumpa kat luar dan kebanyakannya terdiri dari warna Pastel.. My favorite theme colour! Yang paling best, eina boleh tengok sendiri macam mana diorang buat shawl tu sendiri kat situ.. Best kan? Hot from oven.. Hee..



Ni antara koleksi shawl yang ada di butik.. Memang rambang mata nak pilih mana satu.. Huhu..





Cardigan pon ada.. Stylo!

Sekarang ni still ada SALE taw... Nak tengok SALE yang ada, boleh la selalu terjah IG atau FB ZEEZ BOUTIQUE.. Selain walk in boutique, uallz jugak boleh shopping online taw..


Gambar hiasan dari FB Zeez Collection

Nah! Uallz boleh refer sini..


ZEEZ BY ZZ I ZEEZ COLLECTION
INSTAGRAM: @zeez_zz (https://instagram.com/zeez_zz/) 


EMAIL: nurul.aziera1@gmail.com 
ADDRESS: No. 18B, Jalan Plumbum Q7/Q, 40000 Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
H/P: 018-782 1494

Eina dah try! Sekarang ni giliran uallz pulak try k...! Seriously repeat! Best!

#bloggermalaysia
#einaangelnetwork
#Zeezboutique
#fashion
#woman
#shawl
#trendy
#muslimah

Friday, September 11, 2015

Rahsia ATTITUDE si dia lahir bulan August..

Assalamualaikum uallz!!

Ramai betul request nak bulan 8 ni.. Hehe.. Bulan kemerdekaan lah katakan... Bulan yang penuh dengan sejarah.. Yeayhhhh!! Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Eh! Terkeluar topik pulak.. Okay.. Malam ni eina nak share rahsia attitude si dia yang lahir pada bulan 8 ni.. Hehe..

Nah!!

1. SUKA BERLAWAK
Si dia suka orang ketawa sebab dia.. Lawak ni bukan buat-buat.. Spontan sangat.. Orang yang disayang mesti dihiburkan dengan lawaknya.. Tak suka tengok orang yang dia sayang sedih..


2. MUDAH TERTAWAN KEPADANYA
Di sebabkan attitudenya yang CHARMING & GORGEOUS, si dia selalu menjadi penarik untuk didekati..

3. SOPAN SANTUN DAN PENYAYANG TERHADAP ORANG LAIN
Si dia terkenal dengan sopan santunnya.. Si dia sangat penyayang kepada sesiapa sahaja..even binatang pon..

4. BERANI DAN TAK TAHU TAKOT
Si dia sangat berani mencuba dan tak takot kepada kegagalan.. Si dia akan berusaha menjadi yang terbaik untuk membahagiakan dirinya..

5. ORANGNYA AGAK TEGAS DAN BERSIKAP KEPIMPINAN
Memang sesuai menjadi tonggak dalam rumah tangga.. Dia akan membimbing orang yang dia sayang ke jalan yang benar.. Nampak macam garang, tapi sebenarnya itu adalah cara dia mengajar..

6. PANDAI MEMUJUK ORANG LAIN
Sikap pandai memujuk membuatkan pasangannya sentiasa cair dengannya.. Cara dia memujuk bukan dengan bunga atau harta benda..tapi dengan perbuatan..


7. TERLALU PEMURAH DAN EGO
Si dia suka memberi tapi tak suka menerima.. Dia nak hanya dia membantu dan dia tak suka dibantu.. Nampak macam sombong..tapi dia sebenarnya seorang yang baik hati...


8. NILAI HARGA DIRI YANG SANGAT TINGGI
Si dia tak suka orang pandang rendah padanya.. Bagi dia, dia adalah insan terpenting dalam dunia ni.. Sangat menjaga maruahnya.. Sekali dikacau, jangan menyesal!


9. DAHAGAKAN PUJIAN
Dia sangat sukakan pujian dari orang ramai.. Baginya, pujian adalah tanda orang sekelilingnya menghargai dirinya.. Bahaya ni..kalau jadi bos, ada je orang yang suka membodek, habis!

10. SEMANGAT JUANG YANG TINGGI
Si dia kuat semangat dan susah nak menyerah kalah..


11. CEPAT MARAH DAN MUDAH MENGAMUK
Si dia cepat mengamuk kalau ada yang tak berkenan di matanya atau di hatinya.. Tapi marahnya senang untuk diredakan.. Mengamuk adalah caranya untuk meluahkan perasaan marah tapi bukan kepada orang yang disayang..

12. MUDAH MARAH KALAU CAKAPNYA DILAWAN
Orang macam ni pasangannya kena pandai main psico.. Dia nak orang dengar cakap dia je.. Dia je betul.. Tapi kalau kena pada caranya, dia senang untuk dikawal..

13. SANGAT CEMBURU
Si dia akan mengongkong pasangannya supaya pasangannya tak ada orang lain selainnya.. Sifat cemburunya kadang-kadang boleh membuatkan si dia tak berfikir dahulu sebelum bertindak.. Then, menyesal selepas tu..


14. DAYA PEMIKIRAN YANG TAJAM DAN TINGGI
Dia akan berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan..

15. CEPAT BERFIKIR
Apa jua tindakan yang akan dibuat, otaknya akan cepat memikirkannya,,

16. BERDIKARI
Si dia sangat berdikari dan tak suka mengharap bantuan orang lain.. Dia ada target dalam hidupnya..

17. SUKA MEMIMPIN DAN DIPIMPIN
Si dia mempunyai kebolehan dalam memimpin dan dia juga suka dipimpin oleh orang yang dia sayang..


18. SUKA BERANGAN
Si dia suka berangan jauh... Baginya, berangan dahulu baru ada target nak buat apa.. Haha..

19. BERBAKAT DALAM SENI LUKIS, HIBURAN DAN SILAT
Wow.. Cenderung bidang seni ni.. Artis ke?? hehe..

20. SENSITIF TAPI TAK MUDAH MERAJUK
Si dia sangat sensitif.. Hatinya sangat senang terusik tapi tak mudah merajuk.. Tapi kalau sekali dah merajuk, habislahhh....

21. CEPAT SAKIT
Si dia senang demam bila sejuk dan antibodi tak kuat..

22. BELAJAR UNTUK RELAX
Si dia kena belajar untuk kawal keadaan supaya cool dan tak huru hara..

23. SIKAP KELAM KABUT
Si dia susah untuk bertenang kalau ditimpa masalah.. Ada je benda yang nak dikelam kabutkan.. Padahal tak ada apa-apa pun.. 


24. ROMANTIK DAN PENGASIH SERTA PENYAYANG
Sangat Romeo & Juliet.. Dia sangat romantik terhadap pasangan.. Suka meluangkan masa bersama insan yang tersayang.. Ada saja idea yang dia nak buat untuk membahagiakan pasangannya..


25. SUKA MENCARI KAWAN
Si dia suka mencari kawan tapi tak semua orang nak berkawan dengannya..

Yess!! Done!! Hehe.. Siapa yang ada pasangan yang lahir pada bulan August..?? Nah! Untuk uallz! Belajar memahami lebih baik dari memutuskan hubungan kan?? Jemput share!!

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tipscinta
#August