Thursday, September 17, 2015

Bausch + Lomb Lacelle Jewel Contact Lens membuatkan mata penuh glamor dengan Corak Permata...

Assalamualaikum uallz!

Baru-baru ni, pada 11 September, Bausch + Lomb telah melancarkan Lacelle Jewel iaitu kanta lekap yang berwarna pakai buang bulanan di Malaysia dengan penuh glamour dan gilang gemilang.. Pertama kalinya kanta lekap ini berada di Malaysia..


 



Rekaan kanta yang nipis yang mana ketebalan bahagian tengahnya ialah 0.078mm, akan memberikan lebih keselesaan kepada si pemakai kanta lekap ini.. Bahan kanta ini dengan  kandungan air sebanyak 38% memberikan keselesaan terbaik..


Kanta lekap ini mempunyai 7 warna yang boleh pilih yang membawa makna tersendiri..

Antaranya ialah:

MELANITE BLACK -> Memberikan rupa pemalu kepada si penggoda yang pastinya akan menarik minat. Sederhana tetapi sofistikated.

TOPAZ BROWN -> Gemerlap asli yang menjadikan mata lebih menyerlah mengikut naluri. Serta mudah didekati.

CRYSTAL GREY -> Memberikan aura misteri dengan gaya beriluminasi. Keseimbangan diantara dramatik dan kemeriahan.

AMBER BROWN -> Peramah dan merendah diri yang bersesuaian dengan tahap sofistikasi dan elegan. Kelihatan bergaya dan mewah dengan kilauan itu.

AMETHYST VIOLET -> Memberikan sinaran mata yang signifikan melalui rona yang menunjukkan keriangan dan keberanian. Meninggalkan kesan yang penuh kemewahan.

SAPPHIRE BLUE -> Untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih berani dan tidak gentar dilihat dengan kilauan kristal yang memberikan personaliti yang ideal. Keyakinan dan ketenangan dipamerkan.

PERIDOT GREEN -> Hebat dipadankan dengan sebarang warna kulit dan memberikan sinar mata yang menenangkan. Aura yang jelas menyegarkan.

**Nak pilih mana?? Hehe.. Eina pilih Crystal Grey! Hehe..


Kanta Lacelle Jewel telah dibuktikan tiada toksik dan tidak merengsakan mata kerana Lacelle kerana Lacelle hanya mempunyai warna tambahan yang selamat untuk mata.


Eina dah try..memang selesa pakai walaupun buat pertama kali.. Pada mulanya memang macam tak selesa sebab eina dah lah pakai spek, tapi bila dah lama2 sikit, dah okay dah.. Mata eina grey.. Huu... Siap berkilauan permata lagi.. Hee.. Shine bright like a diamond! Bak kata Rihanna.. Hehe..

Hari ahad tu, eina pergi ke event ni dengan 3 orang lagi blogger.. Sangat enjoy sebab kami dapat bergambar dengan Elizabeth Tan yang pakai lens ni jugak.. Best! 



Kepada sesiapa yang masih tercari-cari jenama contact lens yang nak dipakai.. Uallz boleh try jenama ni.. Sebenarnya jenama ni sudah terkenal di luar negara.. Memang sangat dipercayai dan dipakai oleh selebriti-selebriti popular di luar negara seperti di Singapura..


Untuk sebarang pertanyaan, uallz boleh contact details dibawah ini ye...


BAUSCH + LOMB (M) Sdn Bhd
Vivian Hoong, Pengurus Jenama (Penjagaan Penglihatan)
Email: vivian.hoong@bausch.com
Tel: 03-7680 8830

PENGHUBUNGAN AWAM - EverQuest Sdn Bhd
Jay Nee Chuah, Pengarah Pemasaran
Email: jaymee@everquest.com.my
Tel: 012-201 2088

Yeayyhhh!! Done! Eina dah ada satu set contact lens jenama ni.. Uallz boleh lah try k!! Nak cantik dan menawan?? Jom try! Selamat mencuba! ;-)

#bloggermalaysia
#einaangelnetwork
#careforyoureyes
#sunwaypyramid
#lacellejewel
#contactlens

2 comments:

  1. hmm.. macam nak semua kaler....hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amek semua colour...!! Ataupon sebelah colour lain n sebelah lg colour lain pon boleh. Hehe

      Delete

Put your comment here!!