Tuesday, September 1, 2015

Pak Choy cendawan bersos Tiram

Assalamualaikum uallz!!

Hye!! Harini eina nak share resepi Pak Choy cendawan bersos Tiram.. Makanan orang cina yang eina suka sangat.. Yang tak suka makan sayur pon boleh jadi suka makan kalau try makan ni...
Simple sangat nak masak dia...


Bahan-Bahan
1. 4 batang sayur pak choy
2. 3 ulas bawang putih
3. 5 sudu besar sos tiram
4. 3 sudu besar kicap
5. Garam + Kiub ayam
6. 1 sudu tepung jagung campur dengan 1/2 gelas air
7. Cendawan butang 4 biji

Cara-caranya
1. Jerang air dan celur sayur selama 3 minit dam susun dalam pinggan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih..
3. Masukkan sos tiram, kicap, garam dan kiub ayam secukupnya..
4. Masukkan cendawan butang..
5. Kacau sebentar sampai naik bau dan masukkan campuran air dan tepung jagung..
6. Bila kuah dah pekat, tuangkan ke atas sayur dan hidangkan... 

Done!! Senang je kan?? Selamat mencuba..!! Hee... Sedaappp...

#einamasak
#resepieina
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#wanita

4 comments:

  1. Hoiii faberet nii.. Mudahh resepinyaa.. Boleh try kat bilik hostel je ni... Thanks einaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa!!! Haha... Boleh masak ke kat hostel??

      Delete
  2. selalu makan resepi nieyh ..suka lebihkan mushroom ,,makan panas2 sedap .. btw salam perkenalan ,, yana follow kamu disini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you awakk.. I follow balik okay.. Hee...

      Delete

Put your comment here!!