Friday, September 11, 2015

Rahsia ATTITUDE si dia lahir bulan August..

Assalamualaikum uallz!!

Ramai betul request nak bulan 8 ni.. Hehe.. Bulan kemerdekaan lah katakan... Bulan yang penuh dengan sejarah.. Yeayhhhh!! Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Eh! Terkeluar topik pulak.. Okay.. Malam ni eina nak share rahsia attitude si dia yang lahir pada bulan 8 ni.. Hehe..

Nah!!

1. SUKA BERLAWAK
Si dia suka orang ketawa sebab dia.. Lawak ni bukan buat-buat.. Spontan sangat.. Orang yang disayang mesti dihiburkan dengan lawaknya.. Tak suka tengok orang yang dia sayang sedih..


2. MUDAH TERTAWAN KEPADANYA
Di sebabkan attitudenya yang CHARMING & GORGEOUS, si dia selalu menjadi penarik untuk didekati..

3. SOPAN SANTUN DAN PENYAYANG TERHADAP ORANG LAIN
Si dia terkenal dengan sopan santunnya.. Si dia sangat penyayang kepada sesiapa sahaja..even binatang pon..

4. BERANI DAN TAK TAHU TAKOT
Si dia sangat berani mencuba dan tak takot kepada kegagalan.. Si dia akan berusaha menjadi yang terbaik untuk membahagiakan dirinya..

5. ORANGNYA AGAK TEGAS DAN BERSIKAP KEPIMPINAN
Memang sesuai menjadi tonggak dalam rumah tangga.. Dia akan membimbing orang yang dia sayang ke jalan yang benar.. Nampak macam garang, tapi sebenarnya itu adalah cara dia mengajar..

6. PANDAI MEMUJUK ORANG LAIN
Sikap pandai memujuk membuatkan pasangannya sentiasa cair dengannya.. Cara dia memujuk bukan dengan bunga atau harta benda..tapi dengan perbuatan..


7. TERLALU PEMURAH DAN EGO
Si dia suka memberi tapi tak suka menerima.. Dia nak hanya dia membantu dan dia tak suka dibantu.. Nampak macam sombong..tapi dia sebenarnya seorang yang baik hati...


8. NILAI HARGA DIRI YANG SANGAT TINGGI
Si dia tak suka orang pandang rendah padanya.. Bagi dia, dia adalah insan terpenting dalam dunia ni.. Sangat menjaga maruahnya.. Sekali dikacau, jangan menyesal!


9. DAHAGAKAN PUJIAN
Dia sangat sukakan pujian dari orang ramai.. Baginya, pujian adalah tanda orang sekelilingnya menghargai dirinya.. Bahaya ni..kalau jadi bos, ada je orang yang suka membodek, habis!

10. SEMANGAT JUANG YANG TINGGI
Si dia kuat semangat dan susah nak menyerah kalah..


11. CEPAT MARAH DAN MUDAH MENGAMUK
Si dia cepat mengamuk kalau ada yang tak berkenan di matanya atau di hatinya.. Tapi marahnya senang untuk diredakan.. Mengamuk adalah caranya untuk meluahkan perasaan marah tapi bukan kepada orang yang disayang..

12. MUDAH MARAH KALAU CAKAPNYA DILAWAN
Orang macam ni pasangannya kena pandai main psico.. Dia nak orang dengar cakap dia je.. Dia je betul.. Tapi kalau kena pada caranya, dia senang untuk dikawal..

13. SANGAT CEMBURU
Si dia akan mengongkong pasangannya supaya pasangannya tak ada orang lain selainnya.. Sifat cemburunya kadang-kadang boleh membuatkan si dia tak berfikir dahulu sebelum bertindak.. Then, menyesal selepas tu..


14. DAYA PEMIKIRAN YANG TAJAM DAN TINGGI
Dia akan berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan..

15. CEPAT BERFIKIR
Apa jua tindakan yang akan dibuat, otaknya akan cepat memikirkannya,,

16. BERDIKARI
Si dia sangat berdikari dan tak suka mengharap bantuan orang lain.. Dia ada target dalam hidupnya..

17. SUKA MEMIMPIN DAN DIPIMPIN
Si dia mempunyai kebolehan dalam memimpin dan dia juga suka dipimpin oleh orang yang dia sayang..


18. SUKA BERANGAN
Si dia suka berangan jauh... Baginya, berangan dahulu baru ada target nak buat apa.. Haha..

19. BERBAKAT DALAM SENI LUKIS, HIBURAN DAN SILAT
Wow.. Cenderung bidang seni ni.. Artis ke?? hehe..

20. SENSITIF TAPI TAK MUDAH MERAJUK
Si dia sangat sensitif.. Hatinya sangat senang terusik tapi tak mudah merajuk.. Tapi kalau sekali dah merajuk, habislahhh....

21. CEPAT SAKIT
Si dia senang demam bila sejuk dan antibodi tak kuat..

22. BELAJAR UNTUK RELAX
Si dia kena belajar untuk kawal keadaan supaya cool dan tak huru hara..

23. SIKAP KELAM KABUT
Si dia susah untuk bertenang kalau ditimpa masalah.. Ada je benda yang nak dikelam kabutkan.. Padahal tak ada apa-apa pun.. 


24. ROMANTIK DAN PENGASIH SERTA PENYAYANG
Sangat Romeo & Juliet.. Dia sangat romantik terhadap pasangan.. Suka meluangkan masa bersama insan yang tersayang.. Ada saja idea yang dia nak buat untuk membahagiakan pasangannya..


25. SUKA MENCARI KAWAN
Si dia suka mencari kawan tapi tak semua orang nak berkawan dengannya..

Yess!! Done!! Hehe.. Siapa yang ada pasangan yang lahir pada bulan August..?? Nah! Untuk uallz! Belajar memahami lebih baik dari memutuskan hubungan kan?? Jemput share!!

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tipscinta
#August

2 comments:

  1. Yeahh! Ada beberapa tu memang betul dan ada pd diri ena..ahaks..

    ReplyDelete
  2. Wah banyaknya personaliti positif. Bagus untuk perkembangan minda,. Hehe.

    ReplyDelete

Put your comment here!!