Friday, September 4, 2015

Resepi daging masak merah favourite eina..

Assalamualaikum uallz!!

Malam ni eina nak share resepi yang eina masak harini... Nyumm!! Daging masak merah!
Ada gak orang panggil daging merah.. Mana-mana pun sama je.. Hehe..


Nak tahu resepi yang sedap ni?? Jom baca bawah ni.. Hee.. Hidangan ni untuk 4 orang makan taw..

Bahan-bahannya
*1/2 kg daging
*4 sudu besar sos tiram
*4 sudu besar sos cili
*2 sudu besar kicap pekat manis
*4 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
*sedikit garam
*sedikit gula
*1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Potong daging dalam bentuk ketulan besar. Bersihkan dan rebus sampai empuk. Sejukkan daging dan hiris nipis-nipis.

2. Ketuk bawang putih, potong bulat bawang besar, hiriskan cili merah nipis-nipis dan koyakkan daun limau purut.

3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Panaskan dan tumis bawang putih sehingga wangi.

4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan 1/2 cawan air. Biarkan sampai mendidih.

5. Masukkan daging, bawang besar, cili merah, daun limau purut, garam dan gula ke dalam kuali. Kacau biar sampai rata dan biarkan atas api selama 2-3 minit sebelum padamkan api.. Siap!

**Makan dengan nasi panas taw.. Ummphhh! Sedap woo..

Yeaayyhhh!! Done! Masakan ni eina selalu buat masa kat rumah sewa dulu.. Hehe.. Senang je.. Selamat mencuba uallz!!

#einamasak
#resepieina
#einaangelnetwork
#wanita
#bloggermalaysia

3 comments:

Put your comment here!!