Wednesday, September 2, 2015

Resepi Roti Jala & Pengat Durian memikat si dia..

Assalamualaikum uallz!!

Malam ni eina nak share resepi yang eina suka sangat sebab senang dan best sangat kalau nak makan waktu petang-petang dengan keluarga tersayang kan..
Uallz yang ada kampung, mesti craving tengok roti jala yang dihidang dengan pengat durian ni..


Nah! Wajib cuba okay!! 

ROTI JALA

Bahan-bahannya
1. 2 cawan tepung gandum
2. 3 cawan air
3. 1 biji telur
4. 2 sudu besar minyak masak
5. 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
6. 1 sudu kecil garam

Cara membuatnya
1. Campurkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar semua hingga hancur, kemudian tuangkan adunan ke dalam bekas. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air..
2. Panaskan kuali leper atas api sederhana.
3. Menggunakan acuan roti jala, buat jaringan jala di atas api..
4. Bila garing, lipat dan gulung roti jala. Susun dalam pinggan dan ketepikan..

PENGAT DURIAN

Bahan-bahannya
1. 4-5 ulas durian (dibuang biji)
2. 1 cawan santan cair
3. 2-3 sudu besar gula pasir
4. Secubit garam
5. 1 helai daun pandan
6. 1 cawan santan pekat
7. 2 ulas durian untuk hiasan

Cara membuatnya
1. Masukkan durian dalam periuk bersama santan cair, gula, garam dan daun pandan.
2. Masak atas api sederhana hingga mendidih dan kacau rata,,
3. Masukkan pula santan pekat, kacau seketika dan tutup api..
4. Hidangkan roti jala dalam pinggan dan hias dengan durian, kemudian tuangkan kuah durian atas roti jala,.

Yeayyhhh!! Done share with uallz!! Selamat memasak!!
#einamasak
#resepieina
#einaangelnetwork
#wanita
#bloggermalaysia

5 comments:

  1. Terus mengidammm.. haishhhh... sedapnyyaaa roti jala dengan pengat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Oghang pengokk lagi leerrr.. Memang sedap lerr kome..

      Delete
  2. Sedapppnya kna cuba ni. Tq utk resepi

    ReplyDelete

Put your comment here!!