Thursday, October 29, 2015

Bila hati dah berpaut pada insan yang bergelar Suami orang..

Assalamualaikum uallz!!

Topik malam ni sangat hangat diperkatakan.. Ramai sangat kes rumah tangga rosak hanya kerana orang ke tiga.. Nak ke kita jadi puncanya?? Eina sendiri pernah terjebak dalam kes ni.. Sangat-sangat rumit dan memang mencari masalah sendiri.. Masa tu eina still student dan bila eina bercinta dengan orang yang jauh lebih tua dari eina, sangat lah mewah.. Nak apa saja, semua diberi.. Alhamdulillah, hubungan tu tak kekal lama.. Akhirnya eina sedar yang semua tu tak memberi apa-apa makna jika dia dah berpunya dan eina sendiri tak suka dicurangi.. Then, eina pun dah tak ada apa-apa lagi dengan dia.. Stop! Itu semua masa lalu okay!! Hee..


Gambar dari Google Image

Memang cinta datang tanpa diduga.. Tapi dengan CINTA itu juga akan merumitkan hidup kita dan menyakitkan diri sendiri dan ramai orang.. Memang tak salah bagi kita, tapi takkan ada sesiapa pun akan faham menjadi orang nombor 2 ni.. Sebenarnya menjerat diri sendiri dalam hidup yang sangat tak aman.. So, baik elakkan dari terkena..

Eina nak share TIPS yang akan membuatkan kita menjauhkan diri dari bercinta dengan insan yang dah berpunya ni.. Antaranya:

1. HORMATI HUBUNGANNYA
Kita kena sedar bahawa dia bukan untuk kita.. Banyak lagi lelaki yang single boleh kita jadikan teman hidup kita.. Bila nampak dia, fikirlah keluarga yang dia ada.. Jangan kita menjadi punca anak-anaknya kehilangan bapa yang sepatutnya berada disisi mereka.


Gambar dari Google Image

2. JAGA PERGAULAN
Kita kena jaga batas-batas pergaulan bila bersama dengan lelaki yang dah berpunya ni. Walaupun kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi kita tak tahu apa orang sekeliling akan cakap terutamanya pasangannya...


Gambar dari Google Image



3. ELAKKAN BERCERITA SOAL HATI DAN PERASAAN
Jangan sesekali berkongsi masalah dengan orang yang sudah berpunya.. Walaupun niatnya ingin membantu..tapi kita tak tahu jika dia ada perasaan kasihan pada kita dan akhirnya jatuh sayang pada kita.. Itu sangat-sangat bahaya..


Gambar dari Google Image
Gambar dari Google Image

4. SENTIASA INGAT BUKAN SEMUANYA INDAH
Kita bercinta dengan yang SINGLE pun ada masalah.. Apatah lagi kalau yang dah berpunya.. Ramai yang akan menentang dan akan anggap kita ni jahat dan perampas.. Senang hati ke bila hidup kalau orang asyik pandang sinis je kat kita??


5. JANGAN CEPAT MENARUH HARAPAN
Gambar dari Google Image
Bila hati dah sayang, memang susah nak berpisah.. Kita sepatutnya buang harapan tu.. Sepatutnya tak ada pun harapan tu.. Jangan kerana hati yang sayang, kita hancurkan kebahagiaan orang yang membina hidup dengannya..

Gambar dari Google Image

6. INGAT KELUARGA TAKKAN SUKA
Restu keluarga sangat penting bila kita nak memulakan hidup berumah tangga.. Kita kena ingat takkan ada ahli keluarga kita yang akan suka bila kita mementingkan diri sendiri dan menjadi orang ketiga yang merosakkan rumah tangga orang..



7. JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN AYAT-AYAT SEDIH
Selalunya lelaki yang dah berpunya ni selalu mengadu nasib dengan kita.. Nampak macam terseksa sangat je bila dia dengan isterinya.. Kadang-kadang apa yang diceritakan tak sama dengan apa yang berlaku.. Entah-entah dia yang salah tapi dia menyalahkan orang lain yang dah berkorban dan melahirkan zuriat untuknya itu.. Lelaki macam tu ke kita nak?? Ish!
Gambar dari Google Image

8. JANGAN TERLALU MEMANDANG KESENANGAN
Selalunya lelaki yang dah berkahwin mempunyai hidup yang dah stabil. Kewangan pun lebih better dari yang belum berkahwin.. Sebenarnya kesenangan yang kita nampak tu semuanya sementara dan palsu.. 


Gambar dari Google Image
Gambar dari Google Image

9. HORMATI PASANGANNYA SEBAGAI SEORANG WANITA
Kita kena selami perasaan wanita yang telah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.. Macam mana kalau kita ditempat dia?? Mesti sedih kan?? Kita penat berkorban di rumah menjaga anak-anak tapi dia pula sibuk dengan wanita lain.. So, please avoid okay!

10. FIKIR MASA DEPAN
Fikir masak-masak sebelum kita terima si dia dalam hidup kita.. Jangan hancurkan masa depan kita dengan disayangi seorang tapi dibenci semua orang..


Gambar dari Google Image

Done!!! Ingat ye.. Jangan ganggu hubungan orang lain kalau nak bahagia.. Bahagia yang dirasa takkan kekal kalau dibina dari kesedihan orang lain!!

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#cinta
#nasihat

Tuesday, October 27, 2015

Plusify Fashion Boutique membuktikan perempuan berisi pun boleh bergaya!

Assalamualaikum uallz!!


Eina with sister..
Harini eina nak share sesuatu yang sangat best! Pernah dengar jenama Plusify tak?? Jangan main-main, jenama ni kat ZALORA pun ada taw.. Butik ni khas untuk wanita yang berisi dan mempunyai saiz badan yang besar. Memang kita sedia maklum, kebanyakan butik yang ada kat dunia ni semuanya yang bersaiz kecil.. Macam tak adil lah kepada yang berbadan besar atau ibu-ibu kan?? So, sekarang tak payah risau lagi, uallz boleh try kat sini..


Bz cari baju..
Alhamdulillah..lepas ni sesiapa yang sukakan fashion tapi berbadan besar dah tak ada alasan lagi untuk rasa DOWN dan TAK TRENDY.. Harga di butik ini tak mahal dan sangat berbaloi dengan kualitinya.. Eina dah pakai sendiri.. Kainnya memang tak panas dan membuatkan sesiapa yang pakai rasa selesa sangat..


With Blogger Eyzamiel yang HOT gituhh... 

Butik ini dah 6 tahun ada di Malaysia.. Yang bestnya, bila eina terjah butik tu, kebanyakannya sangat UP TO DATE.. Even muslimah pun boleh pakai sebab sopan dan tak terlalu terdedah atau singkat..



Apa-apa pun, uallz boleh try shopping kat sini k.. Seriously sangat membantu wanita-wanita yang mempunyai badan yang besar untuk shopping dan bergaya..

Selfie dulu...

Extra Size tapi sangat cantikk..

Siap siapkan tips pemilihan pakaian lagi.. Hehe..

Eina dah terjah dah.. Giliran uallz pulak k..
Boleh tengok link ni untuk video yang eina sempat ambil untuk tengok betapa meriahnya kat butik tu.. https://instagram.com/p/9PyWlMmjKr/?taken-by=falling_angel93

Gambar kat bawah ni antara kemeriahan event haritu...







Antara barang-barang yang ada di butik...







With blogger Mama Darwish!

Banyak kan pilihan yang ada?? Hanya dengan tengok gambar pun, mood shopping dah datang, apatah lagi kalau dah sampai kat sana.. Best!!



Uallz boleh contact ni.... Boleh shopping sekali!!!


PLUSIFY FASHION BOUTIQUE
Facebook: fb.com/plusify
Website: www.plusify.my
Google Map:

Address:
33, Jalan Suppiah Pillay, 3rd Mile Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3-4050 9698



FOUNDER CONTACT
Facebook: fb.com/cheryn84

With Foundernya...

Yeayyhhhh!!! Done! Jemput terjah ye... 
Recommended by Einaangel Network....

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#cantik
#woman
#plusify
#fashion 
#review
#shoppingblogger
#fashionblogger
Thank you Plusify Fashion Boutique for the gift!!!

Monday, October 19, 2015

Tabiat yang membuatkan awak nampak tua dari usia..

Assalamualaikum uallz!!

Pernah tak pelik kenapa ada orang yang umurnya baru berapa tapi dah nampak tua? Ada banyak sebab-sebabnya.. Antaranya mungkin disebabkan tabiat yang awak selalu buat tanpa sedar..

Seriously, kalau tabiat macam ni still awak buat, pakai lah produk mahal macam mana pun, takkan ada kesannya..

Antara tabiat yang boleh membuatkan awak lebih tua dari usia adalah:

1. TAK SUKA MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting untuk kulit yang cantik serta kesihatan yang baik.. Takkan ada vitamin yang boleh digantikan dengan sayur dan buah.


2. TIDUR DENGAN MAKE UP
Bila balik dari tempat kerja, penat sehingga tak ada masa untuk mencuci make up. Memanglah orang puji cantik bila pakai make up ni, tapi jangan lupa untuk kebersihan juga.. Kalau awak hanya pandai memakai tapi kita tak tahu cara untuk menanggalkannnya, mesti kulit wajah awak jadi kusam dan kering je.. Cepat berkedut!


3. TAK SUKA MINUM AIR DAN BERSENAM
Kita kena minum air yang cukup setiap hari.. Pastikan 8 gelas sehari. Kalau kita tak suka minum air, toksik dalam badan kita takkan keluar dan ia akan membuatkan kita jadi tak sihat dan selalu sakit.. Bersenam juga perlu untuk mengeluarkan peluh.. Terutama di bahagian leher untuk pastikan leher tidak berlapis.


4. IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Kalau kita ikat rambut terlalu kuat, rambut kita akan jadi tak sihat dan gugur. Tak kisah la awak pakai shampoo apa sekali pun, tapi kalau suka ikat rambut ketat-ketat ni, rambut kita akan makin sikit dan nampak tak cantik..

5. BERAT BADAN
Sebagai wanita, kita kena awasi berat badan kita.. Jangan biarkan dia menjadi PUSAT PENTERNAKAN LEMAK! Badan yang gemuk akan nampakkan kita lebih tua dari usia, malahan ada yang cakap kita dah kawen walaupun ketika itu masih anak dara..

6. KERAP CUCI MUKA
Memang kita kena cuci muka dengan pencuci muka setiap hari.. Tapi pastikan bukan setiap kali habis buat kerja ye.. Dalam pencuci muka ada bahan yang akan menghakis kulit wajah kita. Pakai lah ia bila selesai mandi sahaja dan bukan setiap jam!


7. MAKAN TAK BERPANTANG
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk awet muda.. Kalau kita suka makan benda-benda yang berlemak sahaja, macam mana kita nak jaga kecantikan badan kita?? Ikutlah piramid makanan.. Jangan main redah je.. Semua kategori makanan ada sukatannya.. Kalau kita tahu makanan tu kita elergik, jangan kita makan lagi, ia akan buatkan badan kita terpaksa terima dan merosakkan badan kita..


8. AKSESORI SARAT DI LEHER
Janganlah kita memakai terlalu banyak barang perhiasan di leher.. Ia akan menyebabkan leher kita jadi penat dan jadikan ia kusam dan tak padan dengan wajah kita,, Mungkin akan berkedut awal dari kulit wajah..


9. SEMBUR BANYAK MINYAK WANGI DI LEHER
Please take note! Jangan terlalu banyak sembur minyak wangi di leher.. Bahan yang ada dalam minyak wangi tak elok untuk kulit kita.. Ia akan membuatkan kulit kita menjadi kusam dan gelap. Liang-liang roma akan tertutup dan akan mengganggu sel-sel kulit untuk bernafas.

10. SUKA MENGUMPAT, GOSIP, MEMBUKA AIB ORANG DAN PEMARAH.
Sikap ini juga boleh menjadi faktor mengapa wajah tak ada seri muda walaupun umur masih muda.. Aura negatif tersebut akan membuatkan wajah menjadi kusam dan macam diselubungi masalah sentiasa.. So, buanglah sikap-sikap negatif ini dan insyaallah wajah kita akan berseri kerana aura positif.. Pakai la produk mahal mana sekali pun, kalau tak buang sikap ni, confirm sia-sia je..


11. HISAP ROKOK / VAPE
Jangan membazir hisap semua ni.. Buatkan lebih ketagih dan tak baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran.. Nampak ranggi ke?? Nampak murahan ada la.. Stop! Jangan buat ye.. Nampak tua sangat nanti..


Done!! Alhamdulillah.. Jom buang tabiat ni!! Meh kita ramai-ramai awet muda.. hee.. ;-)

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tips
#tabiatburuk
#wanita

Thursday, October 15, 2015

Mampu ke cinta dalam Facebook bertahan??

Assalamualaikum uallz!

Facebook dah tak asing lagi. Boleh dikatakan setiap orang mesti ada satu akaun Facebook kan??
Ramai yang bertemu jodoh di Facebook dan ada juga yang dipermainkan dalam Facebook.. Bagi eina, tak salah kita nak cari jodoh dalam laman sosial ni.. Tapi tolong berhati-hati.. Jangan lah suka tangkap muat je..


Gambar hiasan dari Google Image

Kalau kita dah suka pada seseorang dalam Facebook tu, ada beberapa perkara yang kita kena check dulu! Antaranya:

1. PERIKSA LATAR BELAKANG
Kita kena tahu latar belakang si dia terlebih dahulu. Jangan tengok muka handsome / cantik, terus declare suka dan nak jadikan dia pasangan hidup.. Bahaya taw.. Buatnya dia penjenayah atau orang punya tapi tak mengaku, kan susah hidup.. Tak pasal-pasal je nanti..


Gambar hiasan dari Google Image

2. JANGAN MUDAH TERPEDAYA
Jangan letakkan 100% kepercayaan terhadap orang yang baru kita kenal.. Kadang-kadang orang yang senang meluahkan perasaan ni adalah orang yang paling senang nak menyakitkan.. Details yang ada di Facebook tu bukannya boleh percaya pun.. Nampak macam dia seorang yang caring je, entah-entah LAKI ORANG! Tak pasal-pasal jadi punca runtuhnya rumah tangga orang.. Kan??


Gambar hiasan dari Google Image

3. KATA-KATA MANIS
Kita tengok kat wall dia, banyak kata-kata manis seolah dia seorang yang romantik.. Ish! Janganlah cepat terpedaya, kadang-kadang, dia ambil lirik lagu ataupun skrip drama je tuh.. Bukan betul-betul pon.. 


Gambar hiasan dari Google Image

UJIAN-UJIAN DALAM PERKENALAN

1. CARI KESALAHAN DIA
Bukan nak kejam.. Cuma selidik dulu macam mana perangai dia sebelum kita proceed nak jumpa dengan dia.. Mana lah tahu dia seorang yang panas baran atau GILA?? Who knows kan?? Ingat orang gila tak ada FACEBOOK ke?? Hummm.. Try tanya benda yang pelik-pelik dan tengok respon dia..


Gambar hiasan dari Google Image

2. TEST MARKET
Gambar hiasan dari Google Image
Jangan letak harapan terlalu tinggi dahulu.. Cuba test market je dulu.. Mana tahu dia ni senang je terpikat.. Maknanya tak mustahil dia ni GATAL orangnya.. Kita pun jangan lah terlalu senang terpikat dengan orang dan terima orang nak relationship dengan kita.. Takut dia pun tengah TEST MARKET je dengan kita.. Maklum lah..nak tahu, masih laku ke tak kan.. Hehe..

BILA DAPAT RESPOND....

1. TIDAK SERIUS
Gambar hiasan dari Google Image
Woww.. Dah tahu dia ni seorang yang tak serius dalam relationship, tinggalkan jelah.. Anggap dia hanya seorang kawan atau kenalan je.. Jangan anggap lebih-lebih.. Orang yang serius nak kenal dengan kita takkan biarkan kita tertunggu-tunggu dia ataupun tergantung.. So, cari orang lain jelah..

2. ALASAN TAK MASUK AKAL
Orang yang selalu bagi alasan yang tak masuk akal ni selalunya seorang yang tak bertanggung jawab. Ada sahaja alasan yang akan dibuat untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan tak mustahil dalam hatinya sudah ada seseorang atau pun dia tak berminat dengan awak.. Jangan buang masa lagi, let him / her go...


Gambar hiasan dari Google Image

3. DIA NAK JUMPA
Gambar hiasan dari Google Image
Wahh... Kalau dia nak jumpa, pastikan awak berteman.. Kalau boleh jumpalah di tempat yang ramai orang.. Bila dia serius, dia akan berusaha membahagiakan awak sampai awak rasa sunyi bila dia tak ada.. Jangan percaya 100% dulu k.. Takot dia penjenayah ke apa.. Banyak dah kes macam tu kan..
Mulalah satu hubungan tu dengan berkawan.. Kalau berkemampuan, ajaklah si dia berjumpa dengan orang tua awak supaya hubungan yang awak bina direstui.. Jangan tunggu lama-lama, bercinta lepas kahwin kan lebih indah.. hehe..
Gambar hiasan dari Google Image

Kesimpulannya, walau macam mana pun kita mengenalinya, kalau kena pada caranya, tak salah.. Kalau memang ditakdirkan dia jodoh awak, terima lah dia seadanya.. Depends pada diri kita jugak macam mana kita nak rangka kisah cinta kita.. Okay!
Done!! Selamat beramal.. 

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tipscinta
#cinta
#facebook