Wednesday, October 14, 2015

Kenapa masih SINGLE??

Assalamualaikum uallz!!

Kenapa status masih SINGLE?? Mesti ada sebabnya.. Kita kena cermin diri kita dulu sebelum kita nak salahkan takdir atau orang lain. Eina perasan kadang-kadang ada yang mempunyai wajah yang cantik / handsome tapi menyalahkan takdir sebagai punca mengapa masih single.. Kenapa ye?? Memang ada betulnya..tapi kita pun kena lah ada usaha kan??


Ada beberapa aspek yang boleh kita jadikan sebab kenapa kita masih SINGLE.. Jom selidik! 

Antaranya:

1. TERLALU PEMALU
Semuanya nak malu.. Semuanya tak nak mulakan dulu.. Kalau kita tak usaha menambat hati si dia, macam mana lah kita nak dapat orang yang kita nak.. Kita kena berani meluahkan apa saja yang kita rasa.. Walaupun takut nampak macam DESPERATE, tapi itu hanyalah cara untuk seseorang itu nampak GENTLEMAN. Takkan nak perigi mencari timba kot?? Yang wanita pula, tak salah kalau kita memulakan hubungan sebagai seorang kawan.. Jangan la anggap semua lelaki tu jahat..


2. BELUM MOVE ON
Kes macam ni, eina pun rasa juga.. Memang susah nak move on dengan orang baru bila hati dah pernah dihancurkan.. Sakit dia memang kita akan ingat sampai bila-bila. Tapi bila kita sedar balik, sampai bila kita nak jadi macam tu?? Takkan ada sesiapa yang dapat membatu kita selain diri kita sendiri kan. Try FORGET THE PAST! Jangan pandang belakang lagi.. Kuatkan hati.. Make sure sebelum kita belajar sayang orang lain, kita dah lupakan EX kita sepenuhnya.. Takut nanti terBALAS DENDAM kat orang yang salah.


3. TERLALU NEGATIF
Bila terlalu negatif susah juga.. Banyak sangat pengaruh drama dan novel ni.. Dalam kehidupan ni, tak semua orang sama dan kita tak boleh assume macam semua orang dalam dunia ni tujuannya untuk sakitkan awak je.. Kita kena positif.. Anggaplah apa yang terjadi sebelum ni sebagai pengajaran untuk awak lebih mengenali si dia.. Bukan salah sikit, minta PUTUS..! Sampai bila-bila pun awak takkan bahagia macam tu.. Kenali dia dan awak harus bimbing dia supaya menjadi insan yang lebih baik.. Tapi jangan dia je, awak pun sama!


4. LETAK STANDARD DIRI TERLALU TINGGI
Jangan terlalu bangga diri yang awak dah punya segalanya sampai orang yang hidupnya lebih rendah dari awak semuanya awak tak suka berkawan. Kita kena ikhlas buat apa saja dalam dunia ni, barulah kita akan bahagia.. Bila awak letak standard diri awak terlalu tinggi, orang yang baik nak dekat dengan awak pun rasa ngeri dan fikir 2 3 kali taw.. Rendah diri kan lebih baik..


5. TAK NAK BERUBAH
Kita tahu kita ada perangai buruk, tapi susah sangat nak berubah.. Contohnya, suka CURANG. Aduy..siapalah yang nak kat awak tu kalau awak sendiri susah nak setia. Jangan fikir awak cantik / handsome, semua orang sukakan awak tau. Tak ada istilah itu dalah kehidupan reality.. Dalam game SIM boleh lahh.. Haha.. Berubah demi kebaikan kan lebih elok.. Buang EGO tu,, Tak kemana pun..


6. KURANG AJAR
Sikap ni yang paling susah nak buang bila memang payah nak diajar,, Salah sikit je tapi dah maki macam-macam. Tak hormat orang tua.. Ish! Sampai bila nak buat macam tu.. Tak lama lagi, awak pun akan ada anak.. Awak nak ke orang label anak awak sebagai orang yang tak boleh dibuat isteri / suami?? Tak nak kan.. So, sila ubah cara bercakap.. Jangan sikit-sikit buat status UNMENTION dalam laman sosial.. So SIAL tu.. Haha..

7. KURANG BERGAUL
Kurang bergaul dengan orang pun boleh menjadi punca kenapa awak masih single sampai sekarang. Mungkin awak perlu lebih ramai kawan untuk awak happykan dan luang masa bersama.. Jangan seperti katak dibawah tempurung.. Bergaul bukan bermakna awak kena ada pergaulan bebas atau parti liar taw! Salah tu.. Just, tambahkan kenalan.. Cuba mengenali seseorang tu dengan serius dan bersungguh-sungguh.. Insyaallah.

DONE! Yeayyhhh!! Semoga boleh menjadi rujukan kepada uallz semua ye..
Alhamdulillah...


#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#cinta
#tips
#lifestyle
#single

2 comments:

Put your comment here!!