Saturday, October 3, 2015

Resepi Sambal Ketuk Ikan Bilis

Assalamualaikum uallz!!

Lepas eina share gambar sambal ketuk eina ni kat Instagram dan Facebook tadi, ramai pulak yang minta resepi.. Boleh ajeee.. Bisa diaturr... Hahaha... Masa lunch tadi eina masak sambal ketuk ni untuk tambah-tambah lauk je.. Makan dengan gulai ketam.. Nyummm! Seriously boleh naikkan selera.. 


Tengok je gambarnya dah tahu dah memang sedap kan?? Hehe... 
Senang sangat resepinya.. Mudah dan sangat simple...! Favourite taw! Boleh ratah lagi..

BAHAN-BAHANNYA
1. Ikan Bilis (Segenggam) - DIGORENG
2. Cili Besar (2 biji)
3. Cili Padi (10 biji)
4. Limau Nipis (Sebiji)
5. Belacan (Besar Ibu Jari) - DIBAKAR
6. Bawang Merah Besar (1 biji)
7. Garam (Suku Sudu Kecil)
8. Gula (Satu Sudu Besar)
9. Penambah Rasa (Secubit)

CARA-CARANYA
Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis. Dah tumbuk, perah limau nipis. 

Yeayyhhh!! Siap!! Simple sangat kan?? Heee..

**Limau nipis boleh digantikan dengan asam jawa atau belimbing buluh.. Sedapp!!!!


#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#einamasak
#resepieina
#wanita
#EAlicious

6 comments:

  1. Lauk simple lagi sedap makan dgn nasi putih panas kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Telur goreng skali.. Nyumm...!!

      Delete
  2. Simple ..telan air liur smbil bca entri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hik3.. Tu yang sediakan resepi tu... Untuk orang yang terliur..boleh buat nanti.. Hehe..

      Delete
  3. pak mertua suka buat ni..nice share..sedap tu..

    ReplyDelete

Put your comment here!!