Monday, October 19, 2015

Tabiat yang membuatkan awak nampak tua dari usia..

Assalamualaikum uallz!!

Pernah tak pelik kenapa ada orang yang umurnya baru berapa tapi dah nampak tua? Ada banyak sebab-sebabnya.. Antaranya mungkin disebabkan tabiat yang awak selalu buat tanpa sedar..

Seriously, kalau tabiat macam ni still awak buat, pakai lah produk mahal macam mana pun, takkan ada kesannya..

Antara tabiat yang boleh membuatkan awak lebih tua dari usia adalah:

1. TAK SUKA MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting untuk kulit yang cantik serta kesihatan yang baik.. Takkan ada vitamin yang boleh digantikan dengan sayur dan buah.


2. TIDUR DENGAN MAKE UP
Bila balik dari tempat kerja, penat sehingga tak ada masa untuk mencuci make up. Memanglah orang puji cantik bila pakai make up ni, tapi jangan lupa untuk kebersihan juga.. Kalau awak hanya pandai memakai tapi kita tak tahu cara untuk menanggalkannnya, mesti kulit wajah awak jadi kusam dan kering je.. Cepat berkedut!


3. TAK SUKA MINUM AIR DAN BERSENAM
Kita kena minum air yang cukup setiap hari.. Pastikan 8 gelas sehari. Kalau kita tak suka minum air, toksik dalam badan kita takkan keluar dan ia akan membuatkan kita jadi tak sihat dan selalu sakit.. Bersenam juga perlu untuk mengeluarkan peluh.. Terutama di bahagian leher untuk pastikan leher tidak berlapis.


4. IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Kalau kita ikat rambut terlalu kuat, rambut kita akan jadi tak sihat dan gugur. Tak kisah la awak pakai shampoo apa sekali pun, tapi kalau suka ikat rambut ketat-ketat ni, rambut kita akan makin sikit dan nampak tak cantik..

5. BERAT BADAN
Sebagai wanita, kita kena awasi berat badan kita.. Jangan biarkan dia menjadi PUSAT PENTERNAKAN LEMAK! Badan yang gemuk akan nampakkan kita lebih tua dari usia, malahan ada yang cakap kita dah kawen walaupun ketika itu masih anak dara..

6. KERAP CUCI MUKA
Memang kita kena cuci muka dengan pencuci muka setiap hari.. Tapi pastikan bukan setiap kali habis buat kerja ye.. Dalam pencuci muka ada bahan yang akan menghakis kulit wajah kita. Pakai lah ia bila selesai mandi sahaja dan bukan setiap jam!


7. MAKAN TAK BERPANTANG
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk awet muda.. Kalau kita suka makan benda-benda yang berlemak sahaja, macam mana kita nak jaga kecantikan badan kita?? Ikutlah piramid makanan.. Jangan main redah je.. Semua kategori makanan ada sukatannya.. Kalau kita tahu makanan tu kita elergik, jangan kita makan lagi, ia akan buatkan badan kita terpaksa terima dan merosakkan badan kita..


8. AKSESORI SARAT DI LEHER
Janganlah kita memakai terlalu banyak barang perhiasan di leher.. Ia akan menyebabkan leher kita jadi penat dan jadikan ia kusam dan tak padan dengan wajah kita,, Mungkin akan berkedut awal dari kulit wajah..


9. SEMBUR BANYAK MINYAK WANGI DI LEHER
Please take note! Jangan terlalu banyak sembur minyak wangi di leher.. Bahan yang ada dalam minyak wangi tak elok untuk kulit kita.. Ia akan membuatkan kulit kita menjadi kusam dan gelap. Liang-liang roma akan tertutup dan akan mengganggu sel-sel kulit untuk bernafas.

10. SUKA MENGUMPAT, GOSIP, MEMBUKA AIB ORANG DAN PEMARAH.
Sikap ini juga boleh menjadi faktor mengapa wajah tak ada seri muda walaupun umur masih muda.. Aura negatif tersebut akan membuatkan wajah menjadi kusam dan macam diselubungi masalah sentiasa.. So, buanglah sikap-sikap negatif ini dan insyaallah wajah kita akan berseri kerana aura positif.. Pakai la produk mahal mana sekali pun, kalau tak buang sikap ni, confirm sia-sia je..


11. HISAP ROKOK / VAPE
Jangan membazir hisap semua ni.. Buatkan lebih ketagih dan tak baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran.. Nampak ranggi ke?? Nampak murahan ada la.. Stop! Jangan buat ye.. Nampak tua sangat nanti..


Done!! Alhamdulillah.. Jom buang tabiat ni!! Meh kita ramai-ramai awet muda.. hee.. ;-)

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tips
#tabiatburuk
#wanita

8 comments:

Put your comment here!!