Friday, October 9, 2015

TIGA petua lama untuk kempiskan perut..

Assalamualaikum uallz!!

Siapa kat sini nak perut buncit?? Especially wanita laa... Siapa nak kan?? Semua orang nak perut ramping, cantik dan menawan. Ramai tak tahu, perut buncit ni bukan untuk wanita gemuk atau berisi je taw.. Perempuan kurus pon boleh ada masalah perut buncit.. Lagi nampak ketara dan kelakar sebab nampak macam mengandung 3 bulan dan nampak tak padan dengan bentuk badannya..

So, malam ni eina nak share dengan uallz, apa petua lama yang nenek moyang kita gunakan tanpa produk-produk mahal pun.. Tapi badan cantik kan.. Lelaki pun boleh gunakan juga!

PETUA 1
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Sebaik-baiknya amalkannya setiap hari..


PETUA 2
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campurkan dengan kapur sirih dan gaulkan hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan menggunakan bengkung. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Selalunya dilakukan oleh ibu-ibu selepas bersalin ataupun bakal pengantin..


PETUA 3
Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan ke dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia sejuk, Setelah rasa suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.



Yeayyhhh!! Done share!! Selamat mencuba k!! Semua orang boleh cantik tanpa menggunakan banyak kos! Duit tu boleh simpan untuk hari tua k.. Jangan membazir beli produk bukan-bukan dan akhirnya keracunan.. Hee... 


#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tips
#cantik
#ramping
#wanita
#petua
#petualama

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!