Monday, November 2, 2015

Alasan lelaki TAK NAK KAHWIN tapi TAK NAK PUTUS..

Assalamualaikum uallz!!

Siapa yang tak nak kahwin kan?? Sepatutnya sebagai lelaki, awak kena berusaha untuk menghalalkan hubungan awak dengan pasangan awak jika awak dah mula rindu dan sayang pada si dia.. Jangan terlalu beri alasan dan berdalih bila ditanya soal kahwin oleh saudara mara ataupun keluarga sendiri..


Sumber dari Google Image

Janganlah mainkan perasaan si dia.. Kalau awak tak nak dia, lepaskanlah dia dengan cara baik.. Jangan gantung hubungan tak bertali.. Kalau awak tak sanggup kehilangan si dia, usahalah.. Selalunya bila dah kehilangan baru awak tahu betapa pentingnya dia dalam hidup tu.. Masa tu kalau dia dah kahwin dengan orang lain, mula lah buat macam-macam nak dapatkan dia balik.. Dah satu hal pulak kan??


Sumber dari Google Image
Sumber dari Google Image

1. TERLALU TAKUT PERKAHWINAN YANG DIBINA HANYA SETENGAH JALAN
Lelaki pengecut je yang akan buat statement macam ni.. #mohonclash


2. TAK ADA DUIT
Macam mana nak ada duit kalau asyik berbelanja benda-benda yang tak sepatutnya.. Kalau rasa tak mampu nak buat perkahwinan dalam masa terdekat, simpan lah duit sikit-sikit.. Buat account simpanan untuk perkahwinan dan jangan usik pun duit yang dah disimpan tu.. Usaha tangga kejayaan.. Takkan nak tunggu duit jatuh dari langit baru nak kahwin..
Sumber dari Google Image
Sumber dari Google Image

3. BELUM BERSEDIA NAK BERSTATUS "SUAMI ORANG"
Lelaki yang macam ni maknanya dia tak serius dengan awak dan dia belum matang. 

4. NAK MENGECAPI CITA-CITA DAN IMPIAN TERLEBIH DAHULU
Kenapa?? Lepas kahwin tak dapat nak buat semua ni ke??


Sumber dari Google Image

5. STATEMENT: "KELUARGA AWAK MACAM TAK SUKA SAYA JE"..
Jangan cepat membuat andaian negatif terhadap orang yang baru kita kenal.. Siapa tahu, mula-mula je nampak macam tak suka sebab nak menguji, lama-lama dia lah orang yang paling rapat dengan awak.. Who knows? Jangan banyak sangat fikir benda yang tak elok.. Sebaiknya fikir cara nak pikat hati bakal mertua dan bahagiakan si dia.. Itu lebih better..


Sumber dari Google Image

6. NAK HIDUP BEBAS DAHULU
Sampai bila nak bebas?? Dalam dunia ni tak ada benda yang kita bebas buat.. Umur dah semakin meningkat.. Lebih baik hidup bebas dengan insan yang tersayang dan bina hidup berkeluarga yang bahagia.. Kan??


Sumber dari Google Image

Done!! Selamat membaca.. Kepada wanita yang membaca, semoga uallz dapat membezakan yang mana MR RIGHT kita yang sebenarnya.. Jangan senang bagi harapan pada lelaki yang tak semestinya menjadi THE ONLY untuk kita..
Kepada lelaki, please jangan bagi alasan lagi.. Propose her before she's being proposed by another guy! Don't be loser okay!!

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia
#tipscinta
#einalove
#lelaki

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!