Sunday, November 29, 2015

Melamar sekadar GURAUAN menjadi trend zaman sekarang..

Assalamualaikum uallzz!!!

Pernah dengar tak pasal kes dilamar tapi tergantung macam tu je?? Tak tahu lah kenapa zaman sekarang ni timbul kes NONSENSE macam ni... Pada wanita, dilamar itu adalah satu MOMENT indah yang kita wajib ingat sampai bila-bila kan?? Secara logiknya, lamaran untuk menjadi pasangan hidup ini adalah perkara serius dan bukan untuk main-main. Tapi, zaman sekarang tidak lagi... Ada diantaranya hanyalah gurauan semata-mata.
 
Image from Google Image

Dari pengalaman kawan-kawan eina sendiri, ramai yang dah terkena dengan kes ni.. Lepas proposed, kita terima, lepas tu dia hilang macam tu je.. Kita pulak merana dan tergantung menunggu tanpa kesudahannya padahal si dia dah teruskan mission untuk proposed perempuan lain pulak..

 
Image from Google Image


Kita sebagai wanita sepatutnya tidak menjadi mangsa kalau kita pandai main psico dengan dia.. Jangan mudah percaya dengan kata-kata manis macam ni.. Eina sendiri pernah kena dulu.. Lelaki tu janji nak kawen dengan eina then tiba-tiba ada perempuan sound eina, rupa-rupanya dia dah berpunya.. Haha.. Lepas dari pengalaman tersebut, eina makin berhati-hati untuk mengenali lelaki..


Image from Google Image
 Dalam islam, tak ada istilah melamar pasangan personally.. Kalau betul dia nakkan kita jadi isteri dia, dia akan melamar kita depan mak ayah kita, dalam kata erti lain, merisik dan masuk meminang.

Biar keluarga involve dalam hal-hal macam ni.. Kalau dia melamar kita personally, ia sebenarnya mendekatkan pasangan itu ke lembah maksiat. Jangan terlalu yakin bila dia dah proposed, maknanya dia confirm jadi suami kita.. IT'S TOTALLY WRONG!! 

Image from Google Image

Banyak sebab kes-kes macam ni jadi trend zaman sekarang. Antaranya:

1. TERPENGARUH DENGAN VIDEO-VIDEO ROMANTIK DALAM SOCIAL MEDIA.
2. GILA. TAK WARAS.
3. HANYA SUKA TENGOK RESPOND PEREMPUAN BIlA DILAMAR.
4. SUKA TENGOK PEREMPUAN MENGHAMBAKAN DIRI MENGHARAP PADANYA.
5. HEARTLESS. TERLALU KECEWA SEBAB PERNAH DITOLAK LAMARANNYA.
6. HANYA UNTUK MEMUJUK DAN SALAH SATU CARA UNTUK MEMUJUKNYA ADALAH DENGAN MELAMAR PADAHAL HATI BELUM SEDIA.
7. RASA TERDESAK.
8. HOBI MELAMAR ORANG. 

Image from Google Image

Image from Google Image
Fuhh!! Hati-hati ye.. Banyak sangat kes ni sekarang. Dah macam trend untuk lelaki tak guna zaman sekarang.. Kalau rasa lain macam je lelaki tu, tinggalkan sahaja.. Kalau ada jodoh tak kemana tapi jangan sesekali kita menjadi mangsa pada lelaki macam ni hanya disebabkan perasaan SAYANG tu..
Kuatkan semangat kita..teruskan hidup dengan buang semua yang akan merosakkan hati kita sendiri.. Lelaki ni kalau senang sangat dapat, dia takkan hargai pun kehadiran kita dalam hidup dia.. So, buat macam-macam trick sikit..

Image from Google Image

Kalau betul lelaki tu ikhlas dan betul-betul sayangkan kita, dia takkan segan silu untuk melamar kita dengan membawa ibu bapanya berjumpa dengan ibu bapa kita.. Jangan kita sesekali membelakangkan ibu bapa kita hanya sebab terlalu menyayangi si dia.. 
 
Image from Google Image

Done!! Harap bermanfaat untuk kita semua... Hidup ni terlalu pendek untuk menangis...

#heartbreaker
#tipscinta
#proposed
#gurauan
#married
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!