Thursday, February 18, 2016

Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran Karnival PEACEYALL, KOMIK "SKOOLASTIK" oleh Kartunis UBI dan Aplikasi "DAC PEACEYALL"..

Assalamualaikum uallz!!

Pada 17 February 2016 I Rabu I Putrajaya I Einaangel Network telah dijemput untuk menghadiri sebuah MAJLIS SIDANG AKHBAR DAN PELANCARAN 3 perkara iaitu:

i) Majlis Sidang Akhbar & Pelancaran "Karnival PEACEYALL".
ii) Pelancaran Komik "SKOOLASTIK" oleh Kartunis UBI.
iii) Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PEACEYALL" oleh Dato' AC Mizal.


Antara Blogger Malaysia yang hadir..
Sidang media ini diadakan pada pukul 2 petang di Hotel Pullman by Lakeside Putrajaya, Putrajaya. Antara selebriti yang hadir ialah Dato' AC Mizal, Datin Emylia Rosneida, VJ Peaceyall.FM dan Kartunis UBI. Ramai juga wartawan dan Blogger Malaysia (jemputan HAI BLOGGER) yang menghadirkan diri untuk menjayakan majlis sidang akhbar ini.



Dato' AC Mizal bawa lebih 150 usahawan jelajah Malaysia dalam Karnival Peaceyall.


Radio Online berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato' AC Mizal akan mengadakan satu karnival besar besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia. Bermula di Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan diikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan terakhir di Kuala Lumpur.



Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen berinteraksi dengan penonton setianya lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos yang lebih rendah tapi impak yang tinggi.



Dengan kerjasama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, permainan kanak-kanak, persembahan menarik dari VJ dan selebriti dan semestinya dari Dato AC Mizal sendiri. Karnival 2 hari ini adalah pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung (LIVE STREAMING) ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM. 


Best kan?? Kepada sesiapa yang berminat nak jadi usahawan bersama Karnival Peaceyall, boleh hubungi talian di +6011 2626 1656 (Daz) / +019-279 6275 (Lieza) atau email ke karnivalpeaceyal@gmail.com. Segala info boleh didapati di laman sosial Peaceyall.FM atau di OMGFEST2014.

Untuk DOWNLOAD: KLIK SINI

Permainan Aplikasi "DAC PEACEYALL" cara baru berinteraksi Dato' AC Mizal bersama peminat.

Permainan alaf baru ini adalah satu platfom baru yang dibuat untuk menarik minat sesiapa yang suka main GAME dalam handphone. Latar belakang yang TRENDY dan CATCHY sesuai dengan penampilan Dato AC Mizal sendiri. Dengan GAME ini, kita juga berpeluang untuk mengetahui aktiviti Dato AC Mizal dengan mendapat pesanan istimewa yang akan automatik masuk dalam NOTIFICATION.



Dalam GAME itu juga, kita boleh membeli minyak wangi keluaran DATO AC MIZAL yang tengah hangat di pasaran sekarang. "DAC PEACEYALL" ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store bermula sekarang.

UNTUK DOWNLOAD GAME DAC PEACEYALL: KLIK SINI

KARTUNIS UBI kembali dengan KOMIK SKOOLASTIK.

Bagi peminat komik terutamanya komik "UJANG", pasti akan kenal dengan kartunis UBI ni. Komik "SKOOLASTIK" ini yang hanya berharga RM19.90 senaskah boleh dibeli secara ONLINE di www.kedai.kartunisubi.com atau semua cawangan kedai buku di seluruh Malaysia bermula 20 February 2016. Untuk maklumat lanjut juga boleh lawati sosial media beliau sendiri di Facebook Kartunis Ubin (KLIK SINI) atau Instagram @kartunisubi (KLIK SINI)..


Ucapan Dato' AC Mizal ketika majlis dijalankan..

Alhamdulillah.. Selesai 3 agenda sidang media yang berlangsung dengan jayanya.
Peace Yall!!! Jom support usahawan anak jati Malaysia! Terima Kasih HAI BLOGGER kerana telah menjemput EINAANGEL NETWORK untuk bersama-sama menjayakan sidang media ini.

‪#‎omgfest2014‬ 
‪#‎peaceyallcarnival‬ 
‪#‎skoolastik‬ 
‪#‎liveupdate‬
‪#‎dacpeaceyall‬ ‪#‎dataranayerkeroh‬ ‪#‎melaka‬
Follow IG: @omgfest2014
Follow IG: @peaceyallfm
‪#‎pressconference‬
‪#‎haiblogger‬
‪#‎einaangelnetwork‬
‪#‎bloggermalaysia‬


5 comments:

  1. kita pakai iphone, tak dapat main game tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeyhh.. Heee.. Tunggu laa.. Nanti ada la tuh.. Hehe

      Delete
  2. wowww.. pantassss...

    main game asiklah see yaa see yaaa.. hahahaa...

    -mrspuex-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih3.. Pas ni baca akak punya lak.. Heee

      Delete
  3. hahah boleh addicted ni main game ni..kehkeh

    ReplyDelete

Put your comment here!!