Wednesday, March 2, 2016

Trend Kaca Mata Hitam Wanita Terbaru..

Assalamualaikum uallz!!!

Harini eina nak share pasal trend terkini 2016 yang tengah hangat sangat! Kepada sesiapa yang mengikuti trend masa kini mesti tahu pasal ni...

Wanita sememangnya mempunyai pelbagai aksesori untuk tampil bergaya dan salah satu aksesori yang wajib ada bagi setiap wanita adalah kaca mata hitam wanita atau juga disebut sebagai sunglasses, shades atau sunnies

Fungsi pemakaian kaca mata hitam yang asal adalah bertujuan untuk melindungi mata daripada sinar matahari yang terik dan seiring dengan perkembangan fesyen yang semakin pesat membangun, kaca mata hitam telah menjadi salah satu aksesori wanita yang terpenting. Ia bukan sahaja dipakai ketika cuaca panas, malah turut digayakan untuk ke mana sahaja tidak mengira waktu. Bersempena dengan tahun 2016 yang baru membuka tirainya, jom kita lihat apakah trend-trend kaca mata hitam wanita terbaru yang kini sedang trending dan menjadi pilihan ramai wanita!




Rekaan yang sememangnya ‘evergreen’ dan sentiasa mendapat tempat di hati ramai wanita adalah kaca mata hitam Aviator. Rekaan kacamata yang klasik ini juga sering menjadi pilihan ramai lelaki moden. 



Trend kaca mata hitam yang seterusnya adalah pattern sunglasses yang boleh anda temui dalam pelbagai pilihan rekaan yang unik bersesuaian dengan trend masa kini. 



Bagi anda yang menggemari gaya vintage dan ingin kelihatan retro, koleksi round sunglasses atau kaca mata hitam berbingkai bulat ini merupakan pilihan yang ideal. Cantik sangat kan??



Dan koleksi kacamata hitam wanita yang turut menjadi kegemaran ramai adalah cat eye sunglasses yang juga menjadi pilihan selebriti terkemuka seperti Paris Hilton, Kim Kardashian dan ramai lagi! Boleh lah jadi ala-ala artis Hollywood sikit.. Hehe...

Wow!! Kalau uallz perasan, trend zaman dulu dah kembali menjadi trend terkini kan?? EIna sendiri terpengaruh dengan ikutan trend sekarang. Best!!

Kepada yang tercari-cari kacamata macam ni, uallz boleh terjah laman web terkenal di Malaysia iaitu Zalora.. Banyak pilihan dan harganya yang berpatutan..
Yeayyhhh!!



#ZaloraMalaysia
#Zalora
#fashion
#trend
#shopping
#kacamata
#recommended
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia

1 comment:

  1. Perghhh smarttttt!!! Tapi kalau acik pakai mesti jadi tak smart.. Huaaaaa

    ReplyDelete

Put your comment here!!