Saturday, May 7, 2016

Kemeriahan Pre-Launch Ewah Ewah Dot Com..

Assalamualaikum uallz!

Pada 16 April 2016 yang lalu telah berlangsung sebuah majlis PRE-LAUNCH yang sangat meriah..
Einaangel Network telah dijemput untuk turut serta memeriahkan majlis PRE-LAUNCH Ewah Ewah Dot Com yang diasaskan oleh ENCIK JUAN DANZA.. 



Ramai artis datang untuk memeriahkannya.. Majlis ini dibuat untuk memenuhi permintaan pihak media yang ramai tidak dapat hadir ke OFFICIAL LAUNCH Ewah Ewah Dot Com yang berlangsung di JB pada 30 April lepas..


Antara ucapan khas dari Founder ewahewah.com.



Best sangat majlis ni sampai rasa macam pergi ke KONSERT pulak sebab ramai artis yang datang memeriahkannya..

Ucapan Einaangel Network untuk EwahEwah.com

Majlis berlangsung di Wangsa Maju

Eina sangat minat dengan lagu SEMPURNA WAKTU yang dinyanyikan oleh A Radzi! Dia pun ada sekali di majlis Pre-Launch ni.. Bawah ni antara artis yang ada di majlis ni..

Eina bergambar dengan A Radzi..

Projector Band
Adi SixthSense bersama isteri duduk satu meja dengan Eina..
Eina dengan blogger Achik Huda bersama Founder EwahEwah.com..

 Antara persembahan yang ada di Majlis Pre-Launch ewahewah.com..

Sudah Ku Tahu - Projector Band

Potret - Projector Cover

Hidup Dalam Mati - Haziq


Janam Janam - Farez Adnan


Ayahanda Rani Kulup

Persembahan dari Founder ewahewah.com

Ucapan dari artis yang datang untuk ewahewah.com..





Alhamdulillah..!! Selesai sudah semuanya.. Semoga ewahewah.com menjadi PLATFORM PENTING dalam INDUSTRI HIBURAN Malaysia tak lama lagi.. Amin.. Success ya!!!


Cantik sangat baju ewahewah.com ni.. Best taw! Eina & husband jadikan baju ni macam baju couple pulak sebab EINA & EWAN boleh jadi EE jugak! Hehehe... 

Lepas ni, kalau nak tahu gosip ke apa, boleh terjah ewahewah.com ye...

#prelaunch
#ewahewahdotcom
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia




Resepi Asian Tuna Egg Roll..

Assalamualaikum uallz!

Hari ni eina nak share resepi yang eina dah cuba dan sangat menggoda semua yang ada dekat dengannya.. Hahhahaa.... Lain macam je ayatnya kan.. Hahhaa..







BAHAN-BAHANNYA
1) Roti 
2) TC Boy Tuna Sandwich Delite
3) Telur 1 biji
4) Air Tepung Gandum
5) Sos
6) Lada Hitam
7) Marjerin

CARA-CARANYA
1) Giling roti nipis-nipis.
2) Masukkan TC BOY Tuna Sandwich Delite dan tambah sos cili dalam roti (Gulungkan)
3) Di hujung roti yang telah digulung, letakkan air tepung gandum supaya gulungan tak terbuka..
4) Celupkan gulungan roti didalam telur yang telah diayak.
5) Panaskan kuali leper dengan marjerin.
6) Masukkan gulungan roti dan tabur lada hitam.
7) Masak sampai garing..
SIAP!!!

Simple kan???
Jom! Boleh lah cuba!! Memang best! Eina pilih jenama TC Boy untuk eina buat ASIAN TUNA EGG ROLL ni sebab dia tak hanyir dan cukup rasanya.. Tak perlu tambah apa-apa lagi.. Macam-macam perisa ada taw! Sesuai untuk makan pagi dan minum petang bersama yang tersayang..

SELAMAT MENCUBA!!

#TCBoyMalaysia
#ResepiEina
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia