Wednesday, June 29, 2016

Sesuka hati sebar benda yang tak pasti? Tabayyun ke?

Assalamualaikum uallz! 

Hari ni eina nak share benda yang eina rasa kita patut STOP dari sekarang. Seperti yang kita tahu, semua orang ada SMARTPHONE. Semua INFO kita boleh dapat hanya di hujung jari. Tapi tahukah kita sejauh mana kebenaran INFO yang kita dapat dan share tu? Fuh…! Dulu pun eina suka share benda-benda macam ni. Even ARTIS meninggal pun boleh acah2 je kan? Tak baik nya.. Macam mana sekiranya kita tershare benda ni semua dan orang lain pun share benda yang kita share tu dekat kawan-kawan dia?? Tersebar fitnah macam tu je kan?? Takotnya..

TABAYYUN bermaksud mencari penjelasan tentang sesuatu hingga jelas keadaannya. Tabayyun merupakan ajaran islam yang menyuruh kita menyelidik dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Indahnya ajaran islam kan?? Semua tu dah ada dalam Al Quran sendiri.
Antara keburukan yang akan timbul apabila kita tidak mengamalkan TABAYYUN.

1) MENUDUH ORANG YANG TAK BERSALAH.
Kadang-kadang kita sendiri susah nak pastikan orang ni betul-betul salah ataupun difitnah tapi Tuhan tu Maha Mengetahui. Kebenaran takkan selamanya terselindung dibalik muka yang pura-pura suci. Kita sebagai manusia tak boleh 100% percaya apa yang didengar dan selidiklah sebelum mempercayainya.


2) TIMBUL PERGADUHAN DAN PENYESALAN.
Bila tidak mengamalkan Tabayyun, benda yang tak betul pun jadi macam betul bila ramai yang menyokongnya atau viralkan. Cuba bayangkan bila fitnah dah berleluasa dan tersebar luas, orang yang mempercayainya tak puas hati dengan orang yang difitnah, bila dah bergaduh dan mengamuk semua, tiba-tiba dapat tahu orang yang digaduhkan tu langsung tak bersalah? Macam mana rasanya orang yang mempercayai berita palsu tu nak minta maaf balik dekat orang yang dia dah tuduh tu? Macam mana pula saham dosa orang yang membuat fitnah tu? Berganda-ganda tu… Wow! Complicatednya!



3) PUTUS SILATURRAHIM.
Banyak kes TAK MENGAKU KELUARGA sekarang hanya disebabkan Viral-Viral ni. Memang kita cakap macam senang sebab benda tu semua tak berlaku pada keluarga kita. Contohnya kes bergaduh pasal hantaran hari tu. Kita tak tahu yang mana satu pihak yang betul. Sebelah pengantin lelaki menuduh pihak perempuan mata duitan dan pihak perempuan pula menuduh pihak lelaki menipu. Video dah tersebar luas. Kita pengguna social media ni hanya mampu tengok keadaan dan membuat pandangan masing-masing. Tapi tahukah kita apa sebab sebenarnya? Tidak kan?? Yang kita tahu, banyak betul share sana sini. Sampai dalam Whatsapp pun ada. Tahu tak apabila kita menjadi part of “ORANG YANG TUKANG SHARE DAN MEMBUAT CAPTION PELIK2” akan menanggung dosa menfitnah atau menyebarkan aib orang? Si tukang ambil Video tu lah punca segalanya. Kan? Putus silaturrahim akan terjadi apabila keluarga dah malu nak mengaku bahawa yang dalam video tu adalah keluarga mereka sendiri. Malunya.. Sangat tak faham dengan orang yang tukang share benda-benda macam ni. Kesian sangat dekat orang yang menjadi mangsa mulut-mulut puaka orang ramai.


4) PEMINTA SEDEKAH SEBAGAI PEKERJAAN
Korang pernah tengok tak, orang yang minta sedekah untuk anak-anak yatim lah, untuk Gaza lah dan semua tu? Mesti pernah kan? Ada je individu yang tak bertanggung jawab menjadikan meminta sedekah ni sebagai satu pekerjaan. Rakyat Malaysia ni mempunyai hati yang sangat baik dan terkenal dengan sifatnya yang pemurah, ramai yang anggap untuk membuat sedekah padahal duit tu tak sampai pun ke pihak yang kita nak sampaikan tu. Eina sendiri pernah tengok sendiri. Orang yang meminta sedekah tu bayar duit barang elektrik yang dia nak beli untuk rumah dia pakai duit orang sedekah. Banyak kutipan dia tau. Malam pakai baju melayu, siang pakai baju smart! Dasyat kan?? Start dari tu, eina hanya sedekah dekat orang yang betul-betul untuk orang susah dan bukan dengan orang-orang yang meminta-minta ni. Kita kena mengamalkan Tabayyun ni baru kita dapat bersedekah dengan pihak yang sebenarnya dan bukan orang yang pemalas dan hanya tahu meminta ni..



5) MEMINTA PERTOLONGAN KEWANGAN MELALUI VIRAL.
Pernah tengok tak ada yang selalu menjadi VIRAL dan siap tinggalkan nombor account lagi? Kita tahu ke tak dia ni betul-betul susah atau tidak? Kalau betul-betul, tak salah kita nak bersedekah tapi takot kes-kes macam ni pihak tak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mendapatkan simpati dari kita dan dapat duit dari kita untuk tabung sendiri. Kadang-kadang orang yang menviralkan semua ni tak tahu orang yang susah tu sudah pun ditolong oleh pihak BAITULMAL. Orang yang betul-betul memerlukan bantuan boleh memohon dengan BAITULMAL MAIWP sebenarnya. TEKAN SINI


Untuk maklumat lanjut, di FACEBOOK juga ada macam-macam maklumat yang disediakan untuk apa-apa juga mengenai Zakat. TEKAN SINI



Zakat pun ada Youtube taw! Nak Video Informasi tentang Zakat? Boleh TEKAN SINI..

Macam-macam persoalan boleh terjawab kat sini..

Kepada yang menyebarkan fitnah bahawa pihak Zakat tak menjalankan apa yang sepatutnya diberikan untuk orang yang memerlukan, mohon Taubat ye.. Meraka juga tahu apa itu pekerjaan dan Ibadah. Zakat merupakan satu tanggungjawab besar yang digalas oleh mereka dan ia bukan hanya sebagai pekerjaan tapi ia juga merupakan sebuah ibadah yang wajib.



Sebelum menyebarkannya, mohon semua mengamalkan Tabayyun ni terlebih dahulu. Semoga hidup kita terhindar dari fitnah dan semua yang boleh mendatangkan dosa untuk kita.. Check dulu sebelum share okay!!! Jangan main-main dengan butang SHARE tu… Heee…
Anyway, dah bayar zakat belum?? Kepada yang belum tu, eina nak bagi tahu ni, zakat sekarang dah boleh pakai ONLINE taw!! Hee.. So, moh lerrr bayor zakat.. Hehe..
Nak bayar zakat, boleh TEKAN SINI..



#ppzmalaysia
#zakatonline
#zakatwilayah
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!