Thursday, July 21, 2016

11 Tips memujuk lelaki merajuk..

Assalamualaikum uallz!

Hari ni eina nak share tips untuk pujuk lelaki yang OVER SENSITIVE atau MERAJUK ni.. Lelaki yang merajuk ni RARE sikit sebab selalunya diorang ni tak nak kalah dengan EGOnya kan??

Google Image
Google Image

1) MASAKKAN MAKANAN KEGEMARANNYA
Lelaki ni pantang kalau dapat makanan depannya.. Selalunya diorang akan kalah dengan makanan. Masak lah sedap2! Bagi dia rasa nikmatnya kesedapan masakan yang kita masak.. Tambah-tambah lagi makanan favourite kan?

2) BUAT MACAM BIASA DAN PURA2 TAK TAHU
Buat je macam biasa.. Lama2 dia mesti lupa yang dia tengah merajuk.. Hehe..

Google Image
3) BERIKAN RUANG DAN MASA
Kalau dia tengah marah tu, biar je dulu.. Lama2 mesti dia COOL DOWN.. Lepas tu, OKAY dah!

4) GUNAKAN SOCIAL MEDIA
Walaupun ada yang kata nampak macam budak2 je post kat laman sosial.. Tapi cara ni berkesan jugak untuk memujuk.. Jangan la letak caption geli2.. Buat je caption yang nampak kita menghargai kehadiran dia dalam hidup kita.. Kan? 

Google Image

5) BAGI SURAT CINTA
Hahaha.. Rare kan? Mana ada dah orang pakai surat cinta kan?? Kalau dia tak nak baca whatsapp tu, post je surat untuk dia.. Nak taknak mesti dia bukak dan baca juga nanti. Yela, dah nama pun surat, mesti dia ingat surat apa tah tiba2 tak sengaja terbukak kan? Hehe.. Kan sweet tuu...

6) BERIKAN CIUMAN DAN PELUKAN
Untuk yang dah kahwin je okay! Hehehe.. Lelaki ni lemah bab ni..

Google Image
7) MENGALAH DAN MINTA MAAF
Cara ni paling senang tapi cara ni paling susah nak buat kan?? Hehehe.. Kalau betul kita salah, tak salah pun kita minta maaf kan? Kalau dia yang salah, LANTAK KAU LAH NAK MERAJUK! Hahaha..

8) BERIKAN KATA2 MANIS DAN BERGURAU
Kadang2 bergurau dengan ayat2 lembut akan membuatkan dia cepat COOL DOWN. Bila dia dah start ketawa dan senyum tu, umphh..maknanya dah tak merajuk la tuhh.. Hehehe..

9) BERBINCANG DARI HATI KE HATI
Slow talk bak kata OMPUTEH. Hehe.. Bincang apa yang tak puas hati. Perbetulkan keadaan supaya tak makin teruk keadaannya. "JANGAN MARAH! KITA BINCANGG".. Hehe..

Google Image

10) MENANGIS
Google Image
Hahahaha.. Lelaki sejati takkan biarkan perempuan yang dia sayang menangis.. Mesti dia kalah! Hilanglah merajuknya tu..

11) MERAJUK SEKALI
Kalau lelaki merajuk, cara paling best adalah MERAJUK BALIK. Dah puas pujuk tak jalan jugak, cuba merajuk balik, mesti dia yang datang kat kita then pujuk kita balik.. Lepas tu dia akan automatik lupa yang siapa sepatutnya merajuk!! Yeayyhh! Kuasa Wanita! Hahaha...

Google Image

Done! Selamat mencuba! Kepada yang tengah memujuk tu, selamat berusaha ye! Chayyookk!

#LifeStyle
#EAOfficialCrew
#EinaTips
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!