Monday, July 18, 2016

Zack Kapcai ni dah kenapa?

Assalamualaikum uallz!

Pada 15hb July 2016, telah berlangsungnya Event Movie Day Out Zack Kapcai di eCurve Damansara. Pendaftaran bermula pada pukul 7.30 malam di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ. Antara artis yang turun hadir ialah Serina  Redzuwan, Epy Kodiang & Julia Marin (artis baru MIG). Terima kasih kepada Bro Framestone yang telah menjemput Einaangel Network untuk bersama-sama. 


Harini eina nak share dengan semua yang pembaca blog eina ni tentang sesuatu yang eina rasa best untuk dikongsi. Ada tak tengok trailer filem terbaru MIG Pictures? Zack Kapcai..


Mesti ramai tertanya2 dah kenapa dengan Zack Kapcai? Kapcai pun nak kecoh ke kan?? Hahaha... Mula-mula eina pun terfikir macam tu jugak.. Tapi bila eina tengok sendiri movie ni, memang releasekan tensyen eina.. Asyik gelak je.. Walaupun tak ada motif sangat kan story dia.. Tapi sesuai la untuk kita yang penat bekerja dan perlukan hiburan untuk happy.


Zack Kapcai ni filem ke 113 terbitan MIG Pictures. Siapa tak kenal kan? Filem ni bergenre komedi aksi arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib. 


Filem ni mengisahkan tentang ZACK (Fad Bocey) yang suka berlumba motor. Tapi minatnya itu ditentang oleh ibunya, MINAH (Serina Redzuan). Semua ni sebab suami Minah iaitu ayah kandung ZACK juga merupakan Raja Kapcai suatu masa dahulu. Kerana gelaran RAJA KAPCAI itulah, rumahtangga Minah dan Rudy berkecai.


Selepas memenangi Qistina, motosikal kesayangan ROY (Shuk SYJ), Zack dan Roy yang dahulunya kawan baik, langsung menjadi musuh. Sementara itu, Minah sudah tak tahan lagi dengan aktiviti berlumba Zack. Dia memarahi Zack dengan sangat teruk sehingga Zack insaf dan berjanji takkan merempit dan berlumba lagi. Namun semuanya berubah bila Zack terjumpa poster lama RUDY (Rahim Sepahtu) dan Minah dengan kapsyen "RAJA KAPCAI AKHIRI ZAMAN BUJANG". Zack jadi teruja bila mengetahui bahawa bapanya sendiri adalah Raja Kapcai. ZACK nekad untuk menjejaki ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah.



Dalam masa yang sama, Roy yang sudah gila bayang merindui Qistina dan terus mencuri motosikal dari Zack. Zack berasa kecewa bagaimana hendak mencari ayah dan adiknya tanpa kenderaan. Semasa inilah, Minah mengeluarkan motosikal lagenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkan. Zack semakin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya.


Di pertengahan jalan, Zack bertembung dengan Roy yang juga ingin ke Kuala Lumpur. Mereka mengenang kembali persahabatan lama mereka lalu berbaik semula. Rudy dan Tasya (Julia Marin) pula menjalankan hidup yang sederhana di bandar. Tasya berkawan dengan Wan (Shahfiez Rempit) and the Gang, samseng besar di kawasan mereka. Apabila Wan membelasah Rudy pada satu malam, Tasya mengamuk dan marahkan Wan. Wan yang sakit hati terus bertindak ingin memperkosa Tasha. Tasha berusaha melarikan diri dan bersembunyi di rumah sewa Roy dan Zack. Perkenalan yang terjadi tanpa diduga itu membuahkan rasa cinta di hati Roy. Esoknya, Roy menghantar Tasya balik dan Zack meneruskan misinya mencari Rudy dan Tasya.


Apa kesudahannya? Jom tengok Zack Kapcai di pawagam berhampiran! Gerak Lu Paper Roger! Jom terjah kalau nak tahu best ke tak best okay! Heee...


Di bawah ni sekitar Event Movie Day Out Zack Kapcai berlangsung...





#ZackKapcai 
#MIGFilem 
@MIGOnline 
@Davidteo99 
#HyeBRO 
#BlogRetis 
@BlogRetis
#einaangelnetwork
#EaOfficialCrew
#EAReview

6 comments:

  1. nampak gayanya nak kena bawak family la tengok citer ni..nampak macam lawak kemain :D

    ReplyDelete
  2. Memang tak berhenti ketawa tengok movie zack kapcai ni... kne repeat tengok balik movie ni...

    ReplyDelete
  3. Memang tak berhenti ketawa tengok movie zack kapcai ni... kne repeat tengok balik movie ni...

    ReplyDelete
  4. akak dapat pergi ni.. tp anak sekolah.. huwaa

    ReplyDelete
  5. ateh suka motor tu cantik la

    ReplyDelete
  6. Wah havoc nya korang, tinggal hakak ek... wah ada Syuk Balas, mesti lawak cute haha, Serena Ridzwan pun hadooo... lama tak kuar tv mesti boom

    ReplyDelete

Put your comment here!!