Saturday, September 3, 2016

Pengalaman naik Helicopter KL SKY TOUR Titiwangsa!

Assalamualaikum semua!!

Hari ni eina nak share pengalaman eina naik Helicopter buat kali pertama dalam hidup eina sepanjang 23 tahun ni.. Harap bukan yang terakhir ye.. Haha.. KL Sky Tour ni diasaskan oleh Cempaka Helicopter Corporation Sdn Bhd untuk memberi peluang orang ramai untuk merasai pengalaman menaiki helicopter. Di samping itu juga, ia dapat menarik minat pelancong luar untuk datang ke Malaysia dan menikmati keindahan suasana di Malaysia ni.. 


Pada 25th August, telah berlangsungnya majlis yang gilang gemilang di Titiwangsa dan turun dihadiri oleh ramai rakan media dan VIP. Einaangel Network turun dijemput sebagai wakil Media.. Terima kasih TOURISM MALAYSIA! 


Pada mulanya memang rasa takut sangat nak naik helicopter sebab dengar macam2 kes kan.. Meletop lah bagai.. Tapi tawakal jela masa naik tu.. Yela.. Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan?? Rasa jadi puan seri pulak bila naik helicopter ni.. Hahaha...

Nak tengok VIDEO FB LIVE UPDATE haritu? 
1) CLICK HERE (VIDEO 1) 
2) CLICK HERE (VIDEO 2)

Eina bawak readers kesayangan eina ni atas helicopter.. Hehehe..

Ni antara 4 pakej yang ditawarkan dan sangat berpuas hati.. Kalau nak naik private helicopter mahal woo...! So, naik KL SKY TOUR jela.. Hehehe..

📣📣 4 pakej menarik yang ditawarkan adalah:
✅ The KL Explorer
✅ The City Explorer
✅ The Jungle Escape
✅ The Mountain View



HARGA KL SKY TOUR (PACKAGE)



Pelancaran KL Sky Tours,City Helipad 🚁🚁🚁di Taman Tasik Titiwangsa telah di sempurnakan pada 25.8.2016 oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri M Kayveas,YBhg. Dato' James dan juga YBhg. Dato Zakaria. Ini adalah kerjasama diantara Cempaka Helicopters & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).



Sesiapa yang sukakan aktiviti2 yang menenangkan jiwa dan suka menghayati alam ni, boleh la cuba ye.. Seriously best!

Nak rasa pengalaman landing dalam Helicopter, jom layan video ni!


Kepada yang berminat, boleh la rujuk maklumat di bawah ye...
📞 019- 258 6818
💻 www.klskytour.com
📧 info@klskytour.com
📷 instagram.com/klskytour
MAP: PETA

Done update! Hope bermanfaat untuk semua ye! Kepada yang sukakan advanture? Jom BERSKYTOUR! Yeayyhhh!!!! Eina dah naik Helicopter, korang naik la pulak! Hee.. Best!

#KLSKYTOUR
#Malaysia
#Titiwangsa
#Helicopter
#Pengalaman
#EinaangelNetwork
#EAOfficialCrew

7 comments:

  1. Bestnyeee...nape la dia xbuat weekend ;'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau weekend mesti kita boleh gather2 dalam helicopter kan?? Huhu...

      Delete
  2. Seronoknya acu dapat naik Heli... nanti ada rezeki lebih, nak try la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best acikk! Nanti acik kawen, post wedding kat sini ye.. Hehehehe...

      Delete
    2. Best acikk! Nanti acik kawen, post wedding kat sini ye.. Hehehehe...

      Delete
  3. Fuyoo.. bestnyaaa.. nie yang rasa nak beli helikopter sebijik nie

    ReplyDelete
  4. time ni dapat jugak tp tengah sarat.. huhuhu.. best kannn

    ReplyDelete

Put your comment here!!