Monday, April 23, 2018

Buffet Ramadhan Laman Kayangan Kembara Selera Memikat Jiwa..

Assalamualaikum semua!!

Sedar tak sedar tinggal berapa hari je nak Ramadhan dah. Masa Ramadhan tu la kita boleh ambil kesempatan untuk berkumpul satu meja dan makan ramai-ramai seisi keluarga. Untuk yang bekerja pula, tak lengkap rasanya bila majikan tak mengadakan majlis berbuka puasa untuk meraikan dan menghargai pekerja yang dah berkhidmat.


Pada 6 April haritu, Majlis Prebiu Buffet Ramadhan bertempat di Laman Kayangan Shah Alam telah berlangsung dengan meriahnya. Eina pun dijemput untuk merasai pelbagai juadah yang disediakan sebagai "teaser" untuk Buffet Ramadhan yang hanya akan bermula dari puasa ke 3 hingga puasa ke 27. 


Alhamdulillah! Kenyang betul eina kat sini.. Memang banyak makanan eina try and error walaupun benda tu baru bagi eina. Terdapat 88 menu yang terdapat di Buffet Ramadhan ni.. Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan 'SIGNATURE DISH' yang bakal menjadi tarikan utama yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.

Kambing Golek yang disediakan oleh Chef yang peramah..
Tengok pon dah terliur kan?? Ni la yang eina makan.. Repeat okay! Sedap sebab kambing dia tak maung.. Yang newbie makan kambing macam eina, boleh la makan sebab tak ada bau pon.

Selain makanan biasa kita dapat di majlis-majlis berbuka puasa, di sini juga menggalakkan kita untuk mencuba macam-macam makanan tradisi yang jarang kita jumpa iaitu makanan tradisi mengikut negeri.. 

Lain dari juadah yang selalu kita jumpa kan??


Sampan yang dipenuhi dengan pencuci mulut & manisan mulut.


Sedap sangat makanan semuanya.. Bila teringat balik..adudududu.... Tak apa, nanti boleh makan lagi masa bulan puasa nanti.. Booked awal taw! Ada diskaun!

Sup Tulang Merah (Makanan yang terkenal di Singapore)

Chicken Phad Thai (Makanan Thailand)




















Macam-macam makanan yang tersedia.. Sedap-sedap dan disediakan oleh chef-chef yang diikhtiraf. Kepada yang mencari tempat berbuka puasa tu, eina recommend korang booked kat sini.. 



Pemanis mulut.

Sedapnyaaa..... ;-)


Antara lauk yang ada.. Nyummm.. 
Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kebuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang mesti membuatkan pengunjung rasa rambang mata dan tak tahu nak mula dengan yang mana satu dulu.. Hehe..

Bawah ni antara station station yang ada di majlis berbuka puasa itu nanti..

Di antara pilihan air yang disediakan..




Makanan Thailand pon ada..



Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu sangat. 



Suasana di Buffet Ramadhan

Kalau ada pertanyaan lanjut ataupun nak buat booking, boleh rujuk dibawah ini ya..

Pn Hasmal : 019-250 3090 / 012-253 3973
En Azahari : 019-233 1351

Harga Buffet Ramadhan 2018

  • Early Bird (Pembelian awal sehingga 16May2018)
RM50 Dewasa
RM35 Kanak Kanak & Warga Emas

  • Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak Kanak / Warga Emas

Package Korporat
-Beli 50 meja (Dapat percuma 500 cenderahati istimewa, 5 hamper & PA System & Projector)
-Beli 10 meja (Dapat percuma 1 meja dan 100 cerderahati istimewa)

Menarik kan?? So apa lagi?? Jom booking sekarang!

#buffetramadhan
#Ramadhanbuffet
#buffetramadhanshahalam
#lamankayangan

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!