Tuesday, June 26, 2018

Banana POKKA Cupcake with Ice Cream & Contest Raya POKKA

Assalamualaikum uallz!!

Hye! Selamat hari raya semua!

Before this, eina ada share satu post kat Instagram & Facebook mengenai Contest yang dianjurkan oleh POKKA kan?? Senang gilerr nak join.. Kalau uallz yang teringin nak buat Open House grand, fully sponsored by POKKA.. Ini lah peluangnya..

Cara-cara untuk join contest: 

  • Beli RM10 di mana-mana produk POKKA Milk dalam satu resit
  • Cipta resepi dengan menggunakan apa-apa produk POKKA Milk
  • Ambil gambar / video cara-cara resepi tersebut
  • Hantar gambar / video dan gambar resit pembelian POKKA Milk ke FB Messenger mereka
Hadiahnya:
  • GRAND PRIZE : An open house catering package worth RM10,000
  • CONSOLIDATION PRIZE x 3 : RM200 cash + POKKA hamper + 1month's supply of POKKA drinks
  • WEEKLY PRIZE x 20 : RM100 worth of shopping vouchers + 1 month supply of POKKA drinks
Contest ini dari 15April 2018 - 30June 2018 sahaja.. T&C apply. 
"Cepat!! Ada masa lagi ni..... 
Sesuai sangat untuk sesiapa yang suka buat dessert untuk orang makan masa beraya.."


Eina tak lepaskan peluang nak cuba buat resepi dari POKKA Milk ni juga. Bau dia sangat kuat dan rasanya sangat sesuai untuk dibuat dessert. Waktu raya ni lah nak try macam-macam resepi kan..senang nak hidang kat tetamu yang datang.. Huhu..

POKKA Milk ni ada 3 perasa taw. Ada POKKA Milk perisa pisang, melon dan mangga..
Tapi eina ada POKKA Milk Melon dan Pisang je.. Yang Magga tu, korang boleh try cari di mall2 berdekatan ya..



Eina nak share resepi yang eina buat ni.. "BANANA POKKA CupCake with Ice Cream"..
Caranya sama macam buat cupcake biasa cuma gantikan susu tu dengan POKKA Milk.. Eina pilih POKKA Milk perisa pisang sebab bau Banana Milk POKKA ni sangat menyelerakan.. 


Jom try buat resepi ni... 

BAHAN-BAHAN

  • 2 Cawan tepung berserbuk penaik (kacaukan dengan  sudu teh soda bikarbonat dan  sudu teh perasa pisang.
  • 1 Cawan pisang yang sudah dilenyek (Jangan hancur sangat) 
  • 3 biji telur Gred B
  • 1 Cawan gula kastor
  • 1 Cawan minyak masak dan 1 sudu teh esen pisang
  • 3 Sudu besar POKKA Banana Milk 
  • Ice Cream Vanila, Chocolate Rice dan Potongan Pisang

CARA - CARANYA

1) Ayak tepung berserbuk penaik dengan soda bikarbonat di dalam mangkuk.

2) Masukkan pisang, telur, gula kastor, minyak masak dan esen pisang ke dalam mixer dan gaul sampai sebati. Jangan lupa masukkan susu POKKA Banana tu sekali.. Setelah sebati, masukkan tepung berserbuk penaik  sedikit-sedikit.

3) Kacau sampai sebati dan menjadi halus seperti buih dan tuangkan ke dalam bekas cupcake.

4) Bakar dengan suhu 180C selama lebih kurang 18minit ataupun sehingga cupcake masak didalamnya. (Cucuk guna lidi untuk pastikan dalamnya masak)




5) Setelah sejuk, bolehlah diletakkan dengan Ice Cream Vanila. (Boleh beli apa2 jenis atau perisa ice cream pun yang penting masuk dengan rasa Cupcake pisang tu). Chocolate Rice dan potongan pisang pun untuk diletakkan sebagai toppings CupCake.


Simple je kan?? Seriously sedap!! Fluffy dan rasa macam Chiffon pon ada jugak.. Gebu je..
Makan pula dengan ice cream.. Nyumm!! Kalau nak ubah perasa pun boleh.. Nanti eina nak try buat perasa melon pulak. Mesti sedap jugak.. 


Selamat mencuba semua!!! Yeayyhh!!

Untuk maklumat lanjut mengenai POKKA, sila klik link dibawah ya....
POKKA FACEBOOK: Click Here
POKKA WEBSITE: Click Here

#PokkaMy #PokkaRaya #PokkaMelonMilk #PokkaBananaMilk #PokkaFBContest

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!