Fertility Treatment di Klinik My Family by Sonoworld (Appointment Day 1)

Assalamualaikum dan hye semua!

Seperti yang korang semua tahu, Eina dan husband sudah nak masuk 5 tahun mendirikan rumah tangga tapi tidak mempunyai rezeki lagi untuk mendapat zuriat. Walaupun kami nampak macam tak kisah, tapi tipu lah kalau kata kami tak teringin. Tapi kita hanya mampu merancang dan usaha, selebihnya kami serah pada Tuhan. Suami selalu pesan, buat apa nak fikir benda yang kita tak boleh control. Yes..tapi siapa yang tak nak anak kan?



Hari ni eina nak share pengalaman eina dan husband menjalani Fertility Treatment di Klinik My Family yang terletak di Ukay Perdana, Ampang pada sabtu, 22 August 2020 yang lepas. Terima kasih kepada blogger Ruby sebab dia yang suggest eina untuk pergi buat rawatan dan khidmat nasihat dari DR klinilk ni.



Awal-awal pagi DR dari klinik dah telefon untuk confirmkan appointment eina. Eina kena minum air banyak sampai rasa nak bloating sebelum datang ke klinik tu. Allahu..azab betul rasa menahan kencing. Bila dah sampai klinik pun disuruh minum lagi air lagi 3 or 4 gelas. Sampai eina tak boleh nak duduk diam. Punyalah lurus bendul eina ni kan. Follow je apa dia suruh. Hehe. Tujuan minum air sampai rasa bloating tu untuk memudahkan Sonographer tu capture dalam rahim eina.


Perasaan masa buat scan ni rasa cam tak boleh diam sebab tengah tahan kencing ditekan2 pulak kat situ kan. Memang meremang segala bulu roma masa tu. Tapi cover macam nothing happen je. Haha..


Alhamdulillah. Rahim eina normal semuanya kecuali cyst. Tapi DR cakap tak bahaya. Eina memang ada masalah irregular period, so memang tak boleh nak tahu waktu subur semua tu. Susah sangat nak tahu. Even masa eina pregnant tahun 2017 tu pun DR tak dapat nak confirm berapa usia baby tu masa tu. Tiba2 tak ada je. Sedih dia Allah je tahu. 


Sebelah kanan ovari eina DR detect ada cyst tapi tak besar & tak bahaya. Bulan 11 nanti next appointment, DR akan buat comparison size dia. Mintak2 lah bukan yang membesar. Amin.
Kalau tak buat scan ni, kita pon tak dapat detect awal kan.



Selepas siap capture dalaman eina, dia print eina punya result dan tibalah waktu untuk consultation dengan DR pula. Allahu berdebarnya. Risau soalan yang ditanya sebenarnya.
Dr siap terangkan apa yang perlu dan ambil segala details eina untuk kenal pasti apa masalah eina dan suami. Benda ni agak private tapi DR cakap masa ni kita dapat tahu yang pasangan kita ni ikhlas support kita atau tidak. Benda ni takkan dapat result yang baik kalau tak ada cooperation antara husband and wife. Alhamdulillah suami menjawab segala persoalan dengan tenang dan sangat membantu. 



Yang bestnya di Klinik ni, kita selesa bertanya dan meminta pandangan tentang situasi kita memandangkan DRnya semua perempuan. Tak ada lah segan2 kan. Banyak info yang DR bagi semasa penerangan mengenai situasi kesihatan dalaman eina pada suami. 

Treatment ni bukan hanya check isteri ya.. Suami pun akan diperiksa juga pada bulan 11 nanti. Sel air mani akan diambil pada bulan 11 nanti. Buat masa ni, eina kena turunkan sekurangnya 8% dari berat badan eina sekarang dalam masa 3 bulan ni dan akan berjumpa balik dengan DR untuk appointment ke dua pada bulan 11.

Korang yang dah kahwin dan teringin nak dapatkan treatment suami isteri, korang boleh contact sendiri dengan Klinik My Family ni untuk appointment. Eina recommend sangat sebab harga dia berpatutan dan rawatannya bukan sekadar jual air liur je sebab besertakan ubat dan rawatan sekali. 

Yang ramai DM eina tanya pasal kos perubatan modern ni, bawah ni package yang eina ambil. Boleh layari website dia untuk lebih lanjut. KLIK SINI



INFO KLINIK MY FAMILY BY SONOWORLD
Tel: 03-4162 2754
INSTAGRAM: KLIK SINI
Whatsapp: 016-621 1002
Map: KLIK SINI


Rupanya ramai yang nasib macam eina sekarang. Ramai yang tak ada anak lagi walaupun dah lama kahwin. Masa eina buat treatment tu, eina paling muda. Sebenarnya treatment ni bukan semata untuk anak, tapi untuk check kesihatan dalaman kita suami isteri juga. Anak itu rezeki. Kalau ada, Alhamdulillah syukur. Kalau tak ada, mungkin ada anak2 yang lagi memerlukan kasih sayang kami. Semuanya sudah tertulis kan. Apa yang kita perlu buat adalah usaha dan buat yang terbaik untuk pasangan kita. Yeayhh!! Tunggu next episod untuk tahu treatment selanjutnya ya. Doakan kami dipermudahkan urusan ya. Amin.

#einaangelnetwork
#einaewanjourney
#klinikmyfamilybysonoworld

Comments

  1. mintak2 cyst tu mengecut then hilang, lepas tu baby akan grow... amin amin!! i am praying for u

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan awak n suami.
    Bagus kongsi ilmu begini at least boleh sebarkan kepada mereka yg perlu tahu. :)

    ReplyDelete
  3. insyaallah ada rezeki nnti. ida dlu pun masa pregnant anak 1st ada cyst tapi tak membesar. pas bersalin cyst dah takde. amalkan pemakanan sihat dan banykkn berdoa. insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. Yeke.. Leganya dengar.. Thank you info k.. Tq mendoakan jugak dear!

      Delete
  4. InsyaAllah bila ada rezeki Tuhan akam bagi. Yang penting kita kita banyak bersabar. InsyaAllah setiap ujian ada ada penyelesaiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih LH!! Baik.. Eina follow advice tu.. ;-)

      Delete
  5. inshaa Allah , semoga segala urusan dipermudahkan . Jangan stress okay :)

    ReplyDelete
  6. InsyaALLAH semoga dipermudahkan urusan eina dan suami.. usaha dan bersoa pada Allah yang terbaik...

    ReplyDelete
  7. Moga urusan Eina & Husband dipermudahkan. Aamiin. Selagi ada usaha, Insya Allah..redha dan tawakal

    ReplyDelete
  8. Take care, jaga kesihatan dan fighting untuk turunkan berat badan. inshaAllah rezeki pasti ada untuk mereka yang berusaha!

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudhakan.. Yang penting dah usaha dna jumpa tempat yang bgus utk cek semua ni.. Semoga cyst yang jenis tak serius..

    ReplyDelete
  10. bagus klinik ni..konsultansi dia mmg terbaik..nanti boleh rekomen pd mereka yang juga ingin dapatkan zuriat utk konsult dengan dr dr klinik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa.. Selesa sangat sebab semua perempuan kan.. Selesa bertanya..
      Mmg recommended..!

      Delete
  11. Marina doakan semoga Eina dan husband dikurniakan cahaya mata kelak. Semoga dipermudahkan urusan Eina and husband

    ReplyDelete
  12. Uish. Lama betul tak singgah blog Eina ni. Moga lepas ini dikurniakan cahaya mata asbab kita berusaha dan tawakal ni

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah ada rezeki nanti. Semoga dipermudahkn urusan awk n suami. Bagus ada buat rawatan. At least boleh jaga kesihatan dalaman jugak

    ReplyDelete
  14. nak tahu episod seterusnya !! semoga ada rezeki vcahaya mata untuk kalian. sungguh benar, anak itu rezeki. bukan kahwin je terus dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Zharif! Betul. Mindset tu buat kita makin stress..

      Delete
  15. Moga segalanya berjalan lancar dan juga terus sihat untuk pasangan suami isteri... Hehehe suka tengok pasangan ni bahagia jer hehehehe.. Insha Allah rezeki tak akan kemana...

    ReplyDelete
  16. All the best to both of you. InsyaAllah akan ada rezki tu - jangan berhenti mencuba ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula macam dah give up.. Tapi bila tgok balik kat Klinik tu ramai gila yang buat appointment and eina paling muda, rasa cam kenapa plak awal2 eina dah give up sedangkan ramai lagi yang tak berhenti mencuba kan.. Tq ya..

      Delete
  17. Sonographer kat sini bagus. Dorang explain details. Masa anak first dulu scan kat sini. Memang puas hati.

    ReplyDelete
  18. Semoga dipermudahkan perjalanan Eina. Dengar pesanan doktor dan chaiyok! Chaiyok!!!

    ReplyDelete
  19. Moga segalanya dipermudahkan.. harap eina dan baby kuat tabah hadapi cabaran ini.. insyaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Put your comment here!!

Popular Post