Friday, August 28, 2020

Rahsia personaliti si dia yang lahir pada bulan September..

Assalamualaikum dan hye semua!

Siapa yang follow eina, pada tahun 2015, eina ada update tentang Rahsia Personaliti si dia yang lahir pada bulan January sampai August.

REFER

Hari ini eina nak sambung update tentang rahsia personaliti si dia yang lahir pada bulan September pula.. Hehe.. 

Sumber : Google


1. SANGAT SERONOK DIDAMPINGI
Walaupun dia nampak macam cool je bila sorang2. Tapi dia sebenarnya sangat suka beramai-ramai dan suka ditemani.

2. BANYAK BERAHSIA DAN SUKAR UNTUK DIFAHAMI TERUTAMANYA LELAKI
Siapa jadi pasangan bulan September ni kena banyak bersabar dan jangan berhenti untuk memahami si dia. Sebab kadang2 apa yang terkeluar dari mulut dia, bukanlah apa yang dimaksudkan.

Sumber : Google


3. AGAK PENDIAM JIKA TIDAK DIMULAKAN PERBUALAN
Dia bukan sombong, cuma dia tak tahu macam mana nak mulakan perbualan tu. Bukan semua orang boleh bergaul dengannya.

4. HARGA DIRI TINGGI DAN SANGAT MENJAGA MARUAH DIRI
Kalau argue, jangan terkejut bila dia akan usaha berdebat sampai menang.

Sumber : Google


5. TIDAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN TETAPI TIDAK MARAH BILA DISUSAHKAN
Sejenis yang akan sentiasa bantu korang walau korang dalam keadaan susah sekalipun. Tapi sangat2 susah nak minta pertolongan orang lain bila dia yang susah.

6. MUDAH DIPUJUK DAN BERCAKAP LURUS
Mulut memang laser. Kalau tak puas hati memang dia akan cakap terus. Tapi bila kena dengan pujuknya, dia akan mudah cool. Tapi selalunya dia akan pujuk diri sendiri sebelum orang lain pujuk.

Sumber : Google


7. SANGAT MENJAGA HATI ORANG LAIN
Kalau nak buat sesuatu, dia sentiasa akan fikir apa orang akan rasa jika dia buat macam ni dan macam tu. Bahaya juga ni. Senang serabut bila semua nak fikir apa orang rasa sampai diri sendiri terabai.

8. SANGAT PERAMAH
Bila dah jumpa orang yang dia selesa, dia akan menjadi peramah tapi bukan semua orang dia boleh jadi peramah.


9. EMOSI SANGAT MENDALAM TAPI MUDAH TERLUKA HATINYA.
Nampak macam garang tapi sebenarnya dia seorang yang sangat sensetif. Tapi ego terlalu tinggi untuk meluahkannya.

10. BERJIWA SENTIMENTAL
Dia susah nak move on dengan barang or orang yang dia pernah sayang. So, sentimental value ada di mana2. Penyayang orangnya. Tak mudah lupa kebaikan orang padanya. Sukakan romantik.

11. JARANG BERDENDAM
Apa sahaja yang orang buat padanya, dia memilih untuk let go. Tapi bila dah start berdendam, dia akan menjadi sangat bahaya.

Sumber : Google


12. MUDAH MEMAAFKAN TAPI SUKAR MELUPAKAN
Dia seorang yang senang untuk memaafkan tapi jangan sesekali ungkit perbuatan yang menyakitkan itu sebab dia akan mengeruhkan lagi keadaan. Sejenis belajar dari pengalaman.

13. TIDAK SUKA BENDA YANG REMEH TEMEH
Bila ada masalah kecil, dia lagi sanggup untuk mendiamkan dan membiarkan saja. Tak suka ambil port pada benda yang kecil2 dan tak penting sebab dalam hidupnya, ada banyak lagi benda lain yang perlu difikirkan.

14. SIFAT MEMBIMBING SECARA FIZIKAL DAN MENTAL
Dalam organisasi keluarga atau tempat kerja, dia seorang yang semulajadi boleh membimbing ahli yang lain.

15. SANGAT PEKA DAN PENYAYANG
Selalu meletakkan priority terhadap perasaan orang lain terlebih dahulu sebelumnya. Sangat menjaga apa yang dimiliki supaya tak hilang di masa hadapan. Sangat loving.

Sumber : Google



16. LAYANAN YANG SERUPA DENGAN SEMUA ORANG
Dalam hidupnya, semua orang dilayan secara equally. Tak ada kurang tak ada lebih.
Bila dia sayang, sayang sangat2. Bila benci, dia benci sangat2.

17. TINGGI DAYA SIMPATI
Sangat mudah kasihan pada orang sampai terlupa untuk kasihan pada diri sendiri.

18. PEMERHATIAN YANG TAJAM
Walaupun dia nampak seperti seorang yang tak ambil kisah tapi sebenarnya dalam diam, dia sentiasa memerhati apa yang terjadi disekelilingnya.

19. SUKA MENILAI ORANG LAIN DENGAN PEMERHATIAN
Selalu judge dulu sebelum tahu apa yang sebenarnya terjadi. Lepas tu baru menyesal sebab apa yang dipandang tak semestinya apa yang berlaku sebenarnya.

20. MUDAH BELAJAR DAN RAJIN BELAJAR
Kalau bab membaca dan belajar, dia lah yang paling rajin. Suka bahagian ilmiah dan ilmu baru.

21. SUKA MUHASABAH DIRI SENDIRI
Bila sesuatu berlaku, dia akan senyapkan diri dan muhasabah diri sebelum buat apa-apa tindakan selanjutnya. Jarang nak salahkan orang membuta tuli sebaliknya banyak salahkan diri sendiri. Mudah mengalami depression.

Sumber : Google


22. RAJIN MENGEMAS
Kalau bab mengemas, bagi pada dia. Dia tak jemu mengemas benda yang sama dan sangat kreatif bab mengemas barang. Kalau 5S tu bagi dia jela.

23. SUKA BERDIAM DIRI
Kalau ada benda yang menggangu fikirannya, dia selalunya memilih untuk mendiamkan diri sendiri dan tak nak bergaduh.

24. SUKA DUDUK RUMAH
Orang bulan September ni kadang2 susah untuk ajak berjalan sebab dia lagi suka duduk di rumah yang sudah lengkap semuanya ada. Tak suka sangat berjalan means beriadah di luar.

25. AGREASIF BERKAWAN TAPI TAK CARI KAWAN
Dia suka berkawan tapi dia suka berkawan dengan satu kelompok kecil dan tak suka mencari kawan baru. Bukan mudah nak jadi kawan dia.

Sumber : Google

26. SUKA MENGENANGKAN PERISTIWA DAN KAWAN LAMA
Dia seorang yang takkan lupa apa2 jua peristiwa lama dan kawan-kawan lama yang ada sentiasa dihargai. 

27. GERAK HATI YANG SANGAT KUAT
Instinct yang susah nak ditipu. Bila dia rasa tak sedap hati, means ada yang akan terjadi dan better dont do it. Dia mudah predict apa yang akan terjadi bila kita buat itu dan ini.

28. KUAT DAYA INGATAN
Jangan main2 dengan dia. Walaupun benda tu dah lama sangat pun dia boleh ingat ya. So tak payah risau takot dia tak ingat korang sebab dia bukan pelupa.

Sumber : Google


29. PANDAI MENDORONG DIRI
Sentiasa ada cara untuk naikkan semangat sendiri,

30. SANGAT CEMBURU DAN TERLALU CEPAT MEMILIH
Cemburu boleh membuatkannya membuat keputusan yang salah. Dia tak boleh tengok orang yang dia sayang happy dengan orang lain.

31. BERPENYAKIT SEKITAR KEPALA
Dia seorang yang mudah sakit kepala.

Okay! Done! Hehehe... Ni hanya main2 je taw.. Jangan serious pulak.. Nanti eina sambung October pulak k..

#einaangelnetwork
#bloggermalaysia

2 comments:

  1. saya taklah percaya benda macam ni , tapi saya suka baca . saja-saja haha , lagi lagi bila check untuk diri sndiri excited bila sama

    ReplyDelete
  2. Salam, blogwalking here. done follow blog ini. GV dulu suka baca info cmnie. rasanya ini based on kajian psikologi kan kak. huhu

    ReplyDelete

Put your comment here!!