Jom jaga muka dengan MASKER MENTIMUN..

Assalamualaikum.. Hai semua...


Sebut saja timun, semua tahu banyak khasiat yang ada pada timun kan?? Kali ni eina nak share sesuatu yang eina rasa agak best sebab boleh cantikkan muka kita semua. Pernah tak dengar tentang MASKER MENTIMUN??




Masker pembersih wajah membantu menghilangkan minyak yang terlebih dari wajah kita. Ia juga dapat meremajakan kulit kita dengan memberikan nutrisi serta vitamin yang penting. Walaupun banyak masker yang terjual di pasaran, kia sebenarnya boleh buat sendiri masker pembersih wajah di rumah. Menarikkan?? Berikut adalah tips untuk membuat masker pembersih wajah dari timun. Jom cuba!




First, mentimun dikupas dan belahnya menjadi dua bahagian. Sudu digunakan untuk membuang biji mentimun. Potong mentimun menjadi kecil.




Campur mentimun dengan satu cawan bijirin oat dalam sebuah mangkuk. Bijirin oat digunankan hanyalah untuk mengupas lapisan kulit mati. Mentimun berkhasiat bagi melembut dan memberikan vitamin dan mineral untuk kulit wajah.




Seterusnya, tambahkan satu sudu yogurt ke dalam campuran mentimun dan bijiran oat tadi. Fungsi yogurt bagi membantu menyerap lebihan minyak dari kulit wajah kita.




Sapukan campuran tersebut secara merata pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Selepas cukup masa, bilas masker tersebut dan keringkan wajah dengan tuala bersih.




Simpan baki masker campuran mentimun dan bijiran oat yang belum digunakan dalam bekas yang tertutup dan letakkannya di dalam peti sejuk. Masker tersebut boleh bertahan selama 1 minggu.


#Pesanan: Jom lah cuba. Kalau tak cuba, kita tak tahu kan?? Peace!!

Comments

  1. nak cary yogurt kat mane ekh ? and jenis yougurt apa ?

    ReplyDelete
  2. : Kalau boleh yogurt yang asli lahh..

    ReplyDelete
  3. ina amal mcm ni juga ek??hehehe

    ReplyDelete
  4. Nak beli timun lah. Nak letak kat mata. Pergh!!! Segar je mata

    ReplyDelete

Post a Comment

Put your comment here!!

Popular Post