Assalamualaikum uallz!
Hari ni eina nak share benda yang eina rasa kita patut STOP
dari sekarang. Seperti yang kita tahu, semua orang ada SMARTPHONE. Semua INFO
kita boleh dapat hanya di hujung jari. Tapi tahukah kita sejauh mana kebenaran
INFO yang kita dapat dan share tu? Fuh…! Dulu pun eina suka share benda-benda
macam ni. Even ARTIS meninggal pun boleh acah2 je kan? Tak baik nya.. Macam
mana sekiranya kita tershare benda ni semua dan orang lain pun share benda yang
kita share tu dekat kawan-kawan dia?? Tersebar fitnah macam tu je kan??
Takotnya..

Antara keburukan yang akan timbul apabila kita tidak
mengamalkan TABAYYUN.
1) MENUDUH ORANG YANG TAK BERSALAH.
Kadang-kadang kita sendiri susah nak pastikan orang ni
betul-betul salah ataupun difitnah tapi Tuhan tu Maha Mengetahui. Kebenaran
takkan selamanya terselindung dibalik muka yang pura-pura suci. Kita sebagai
manusia tak boleh 100% percaya apa yang didengar dan selidiklah sebelum
mempercayainya.
2) TIMBUL PERGADUHAN DAN PENYESALAN.
Bila tidak mengamalkan Tabayyun, benda yang tak betul pun
jadi macam betul bila ramai yang menyokongnya atau viralkan. Cuba bayangkan
bila fitnah dah berleluasa dan tersebar luas, orang yang mempercayainya tak
puas hati dengan orang yang difitnah, bila dah bergaduh dan mengamuk semua,
tiba-tiba dapat tahu orang yang digaduhkan tu langsung tak bersalah? Macam mana
rasanya orang yang mempercayai berita palsu tu nak minta maaf balik dekat orang
yang dia dah tuduh tu? Macam mana pula saham dosa orang yang membuat fitnah tu?
Berganda-ganda tu… Wow! Complicatednya!
3) PUTUS SILATURRAHIM.
Banyak kes TAK MENGAKU KELUARGA sekarang hanya disebabkan
Viral-Viral ni. Memang kita cakap macam senang sebab benda tu semua tak berlaku
pada keluarga kita. Contohnya kes bergaduh pasal hantaran hari tu. Kita tak
tahu yang mana satu pihak yang betul. Sebelah pengantin lelaki menuduh pihak
perempuan mata duitan dan pihak perempuan pula menuduh pihak lelaki menipu.
Video dah tersebar luas. Kita pengguna social media ni hanya mampu tengok
keadaan dan membuat pandangan masing-masing. Tapi tahukah kita apa sebab
sebenarnya? Tidak kan?? Yang kita tahu, banyak betul share sana sini. Sampai
dalam Whatsapp pun ada. Tahu tak apabila kita menjadi part of “ORANG YANG
TUKANG SHARE DAN MEMBUAT CAPTION PELIK2” akan menanggung dosa menfitnah atau
menyebarkan aib orang? Si tukang ambil Video tu lah punca segalanya. Kan? Putus
silaturrahim akan terjadi apabila keluarga dah malu nak mengaku bahawa yang
dalam video tu adalah keluarga mereka sendiri. Malunya.. Sangat tak faham
dengan orang yang tukang share benda-benda macam ni. Kesian sangat dekat orang
yang menjadi mangsa mulut-mulut puaka orang ramai.
4) PEMINTA SEDEKAH SEBAGAI PEKERJAAN
Korang pernah tengok tak, orang yang minta sedekah untuk
anak-anak yatim lah, untuk Gaza lah dan semua tu? Mesti pernah kan? Ada je
individu yang tak bertanggung jawab menjadikan meminta sedekah ni sebagai satu
pekerjaan. Rakyat Malaysia ni mempunyai hati yang sangat baik dan terkenal
dengan sifatnya yang pemurah, ramai yang anggap untuk membuat sedekah padahal
duit tu tak sampai pun ke pihak yang kita nak sampaikan tu. Eina sendiri pernah
tengok sendiri. Orang yang meminta sedekah tu bayar duit barang elektrik yang
dia nak beli untuk rumah dia pakai duit orang sedekah. Banyak kutipan dia tau.
Malam pakai baju melayu, siang pakai baju smart! Dasyat kan?? Start dari tu,
eina hanya sedekah dekat orang yang betul-betul untuk orang susah dan bukan
dengan orang-orang yang meminta-minta ni. Kita kena mengamalkan Tabayyun ni
baru kita dapat bersedekah dengan pihak yang sebenarnya dan bukan orang yang
pemalas dan hanya tahu meminta ni..
5) MEMINTA PERTOLONGAN KEWANGAN MELALUI VIRAL.
Pernah tengok tak ada yang selalu menjadi VIRAL dan siap
tinggalkan nombor account lagi? Kita tahu ke tak dia ni betul-betul susah atau
tidak? Kalau betul-betul, tak salah kita nak bersedekah tapi takot kes-kes
macam ni pihak tak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mendapatkan
simpati dari kita dan dapat duit dari kita untuk tabung sendiri. Kadang-kadang
orang yang menviralkan semua ni tak tahu orang yang susah tu sudah pun ditolong
oleh pihak BAITULMAL. Orang yang betul-betul memerlukan bantuan boleh memohon
dengan BAITULMAL MAIWP sebenarnya. TEKAN SINI
Untuk maklumat lanjut, di FACEBOOK juga ada macam-macam
maklumat yang disediakan untuk apa-apa juga mengenai Zakat. TEKAN SINI
Zakat pun ada Youtube taw! Nak Video Informasi tentang Zakat? Boleh TEKAN SINI..
Macam-macam persoalan boleh terjawab kat sini..
Kepada yang menyebarkan fitnah bahawa pihak Zakat tak
menjalankan apa yang sepatutnya diberikan untuk orang yang memerlukan, mohon
Taubat ye.. Meraka juga tahu apa itu pekerjaan dan Ibadah. Zakat merupakan satu
tanggungjawab besar yang digalas oleh mereka dan ia bukan hanya sebagai
pekerjaan tapi ia juga merupakan sebuah ibadah yang wajib.
Sebelum menyebarkannya, mohon semua mengamalkan Tabayyun ni
terlebih dahulu. Semoga hidup kita terhindar dari fitnah dan semua yang boleh
mendatangkan dosa untuk kita.. Check dulu sebelum share okay!!! Jangan
main-main dengan butang SHARE tu… Heee…
Anyway, dah bayar zakat belum?? Kepada yang belum tu, eina
nak bagi tahu ni, zakat sekarang dah boleh pakai ONLINE taw!! Hee.. So, moh
lerrr bayor zakat.. Hehe..
Nak bayar zakat, boleh TEKAN SINI..
#ppzmalaysia
#zakatonline
#zakatwilayah
#einaangelnetwork
#bloggermalaysia