Trip Kita Ke Kampung 3 Hari 2 Malam mengenal warisan budaya Minangkabau di Beranang, Selangor

Assalamualaikum semua!! Baru baru ni Eina telah dijemput oleh team Gaya Travel untuk bersama mengenal tradisi minangkabau yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor. Seperti yang kita semua tahu, Minangkabau sangat terkenal di negeri sembilan. Tetapi kita tidak sangka di Beranang, Selangor pun memegang teguh kepada adat tradisi Minangkabau.



Sebagai permulaan hari pertama trip, kami telah diarahkan untuk berkumpul di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Jika ada yang tidak tahu, Matic sangat dikenali sebagai "ONE STOP CENTRE" yang terkenal dengan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan pelancongan. Untuk mengetahui apa lagi aktiviti-aktiviti di Matic, boleh terus ke website mereka. (KLIK SINI)

Sumber: Google

DAY 1 (25 AUGUST 2022, THURSDAY)
Check Point 1: PENGUSAHA KEREPEK TRADISI
(Tiktok Video: KLIK SINI)

Menurut cerita orang di sana, pengusaha kerepek ini sudah mengusahakan perniagaan kerepek sudah ke generasi kedua. Ramai mengenali mereka kerana keenakan kerepek yang mereka buat dari turun temurun. Lokasi yang kami pergi ni bukan lokasi sebenar.
Lokasi sebenar mereka berniaga berhadapan dengan Balai Polis Beranang. 
Boleh cari di situ ya.. Tagline yang dipakai, SEKOPING TAK CUKUP.. Hihi..
Contact: 012-387 2461 (Fairuz)





Resepi Rempeyek Cryspy Beranang..



Check Point Ke-2: LUNCH DI WARUNG MAMA OGY, BERANANG 

Seterusnya kami makan tengah hari di Warung Mama Ogy. Ada macam-macam juadah kampung disediakan. Kalau korang nak cari gerai makan ala-ala kampung n original Minangkabau, eina suggest korang try sini.. Macam-macam masak lomak ado.. Hihi..






Check Point ke-3: RUMAH TRADISI MINANGKABAU
(Tiktok Video: Klik Sini)

Bukan di Negeri Sembilan saja kita boleh tengok rumah minangkabau macam ni.. Di Beranang juga masih terdapat rumah tradisi minangkabau yang kita boleh tengok dan harap khazanah seperti ini dapat dipelihara dan disimpan supaya generasi baru dan akan datang juga dapat melihatnya.


Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil RUMAH GADANG (Rumah Besar) memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau.

Kita intro sikit...orang Minangkabau ni merupakan golongan etnik Nusantara yang berasal dari Tanah Tinggi Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal) dengan harta dan tanah yang diwariskan oleh anak perempuan daripada ibu, sementara urusan agama dan politik merupakan urusan kaum lelaki.


Asal usul nama minangkabau terdapat perbagai versi. Antaranya adalah menurut lagenda, mereka menceritakan pada zaman dulu kala, angkatan tentera dari Jawa menyerang Minangkabau. Kerana tiada satu pihak pun yang memenangi peperangan tersebut, maka kedua-dua pihak bersetuju kalah-menang peperangan ini hendaklah diputuskan oleh perlagaan kerbau. Pihak Jawa memilih seekor kerbau yang besar dan kuat. Pihak minangkabau pula memilih seekor anak kerbau yang masih belum lagi bercerai susu dan mereka memisahkan anak kerbau ini dengan ibunya sehingga kelaparan. Kerana anak kerbau ini belum lagi tumbuh tanduk, maka orang minangkabau mengikat pisau di kepalanya.
Semasa pertarungan berlangsung, anak kerbau ini begitu kuat ingin menyusu sehingga apabila berhadapan dengan kerbau jantan yang garang itu, ia menerpa dan berkali kali menyondol perut kerbau jantan itu untuk mencari puting susu itu dengan itu menikam-nikam binatang yang lebih besar lalu lawannya mati. Sempena peristiwa ganjil tersebut, jadi lah perkataan MINANGKABAU atau dalam bahasa melayunya, KERBAU YANG MENANG.



Check Point ke-4: LADANG SERAI BERANANG
(Tiktok Video: Klik Sini)

Ladang serai di Beranang merupakan ladang serai terbesar di Malaysia. Pada asalnya tapak ladang serai ini merupakan tapak sawah padi. Oleh kerana masalah sistem saliran air, para petani tidak lagi boleh bersawah dan digantikan dengan ladang serai.
Serai adalah salah satu tanaman yang mendapat permintaan tinggi kerana kebanyakan masakan melayu wajib mempunyai serai seperti masak lemak dan rendang.

Sesiapa yang ingin mencari supplier serai, boleh contact pengusaha ladang ni sendiri..
Encik Kamarul Bahrin Bin Moftah
Facebook: KLIK SINI
No Tel: 017-3573347





Check Point ke-5: TEA TIME @ SATAY MINANG
(Tiktok Video: KLIK SINI
Maps: KLIK SINI


Bila dah penat buat macam-macam aktiviti, tiba lah masa untuk minum petang. Lokasi minum petang kami adalah di Kedai Makan Kenari Satay Padang/Minang, Kampung Sesapan Bukit Rembau, 43700 Beranang, Selangor. Boleh klik location maps di link di atas ya.
Kedai ni memang sangat terkenal dengan sate minang yang dibuat dari resepi turun temurun orang minangkabau. 



Kedainya sangat mudah untuk dicari. Makan satay disamping dapat menikmati suasana kampung. Alangkah indahnya. Ada penggemar satay minang?? Terjah sini cepat!




Check Point ke-6: CHECK IN HOTEL
(Tiktok Video: KLIK SINI
Maps: KLIK SINI

Selesai makan, kami check in di Hotel Oriental Crystal, Kajang. Hotel besar dan mempunyai banyak kemudahan dan harga sangat berpatutan. Makanan yang disediakan juga terdapat bermacam pilihan dan sedap. 
Hotel ada swimming pool dan gym juga. Walaupun keadaan hotel seperti hotel lama tapi still acceptable kerana terletak di bandar kajang dan mudah nak kemana saja.

Sumber: Google

DAY 2 (26 AUGUST 2022, Friday)
Check Point 1: REWANG @ Kampung Sesapan Batu Minangkabau (KITA REWANG SEKAMPUNG)
(Tiktok Video: KLIK SINI
Maps: KLIK SINI

Hari yang ditunggu muncul tiba. Minangkabau terkenal dengan aktiviti rewang. Istimewanya adat minangkabau ini adalah mereka akan merewang dan sepakat mengagih tugas untuk mengadakan kenduri atau apa apa majlis yang besar. 



Dari aktiviti melapah kerbau dan sekecil-kecil benda semua dibuat bersama. Kenduri seperti ini dipanggil BERALEK GADANG yang membawa maksud kenduri besar. 




Aktiviti rewang amat penting kerana ianya dapat menanamkan sikap tidak pentingkan diri sendiri. Oleh itu dengan adanya aktiviti rewang ini, menjadi simbolik terhadap masyarakat melayu minangkabau yang sentiasa sepakat dan mengamalkan sikap tidak mementingkan diri sendiri. Dalam erti kata lain, sepakat membawa berkat.







Para lelaki kebanyakannya melapah kerbau dan para wanita kebanyakannya banyak dibahagian dapur dan hiasan. Rasa berbangga dapat membantu mereka merewang dan merasa sendiri apa itu merewang. Walaupun penat tapi seronok. Banyak membawang tentang resepi masakan orang dulu-dulu. Orang kampung sangat ramah dan menerima kunjungan kami dengan penuh santun.



Makanan yang disediakan semua dari air tangan bersama. Ada yang memang pakar bab masakan menjadi rujukan penduduk kampung. Dari A - Z rewang dirancang oleh penduduk kampung. Makanan sangat sedap! Begini la rasa kenduri zaman dulu-dulu. Meriahnya sudah tak dapat dirasai pada masa kini. Harap tradisi rewang tidak luput ditelan zaman.



Check Point ke-2: TEA TIME AT MAKAN BANYAK @ KAJANG WATERFRONT
(Tiktok Video: KLIK SINI
Maps: KLIK SINI

Balik dari merewang, kami rehat di hotel dan pada petang tu, kami minum petang di restoran MAKAN BANYAK di Kajang Waterfront. Sesiapa yang duduk area Kajang boleh la minum petang di sini. Cucur udang dan banyak lagi korang boleh order di sini..
Boleh refer video tiktok yang eina dah letak kat atas tu ya..




Check Point 3: MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KITA REWANG SEKAMPUNG
(Tiktok Video: KLIK SINI

Pada malamnya terdapat majlis perasmian program kita ke kampung oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan Negeri Selangor. 



Pelbagai persembahan dan pertunjukan disediakan oleh penduduk kampung sendiri. Rendang minang kerbau yang dimasak rewang di waktu siangnya pun ada sekali. 
Persembahan tarian tradisi minangkabau yang unik juga disajikan kepada pengunjung pada malam tersebut.






Di samping malam perasmian program, malam tersebut juga adalah malam berinai pengantin. Terdapat 2 pengantin yang diraikan pada malam itu. 


DAY 3 (27 AUGUST 2022, SATURDAY)
Check Point 1: MINANGKABAU WEDDING CEREMONY
(Tiktok Video: KLIK SINI

Alhamdulillah tiba di hari kemuncak dimana kenduri kahwin adat tradisi minangkabau terlaksana. 



Mempersiapkan majlis perkahwinan mengikut adat bukanlah satu benda yang mudah. Keluarga dan penduduk kampung bersatu demi memastikan semuanya berjalan lancar. 


Pakaian pengantin juga ada maksud-maksud tersendiri.
Suntiang yang dipakai perempuan dalam pernikahan Minangkabau, melambangkan beratnya tanggungjawab yang akan digalas seorang wanita setelah menikah.
Bentuk tikulak ini mempunyai dua sisi di kiri dan kanan berbentuk lancip seperti tanduk kerbau (mengaitkan diri dengan asal-usul kemegahan budaya minangkabau).



Check Point ke-2: TEA TIME at CHILL & FEEL CAFE ECO MAJESTIC, SEMENYIH
(Tiktok Video: KLIK SINI
Maps: KLIK SINI

Alhamdulillah tiba di penghujung trip, kami makan di Chill & Feel Cafe di Eco Majestic, Semenyih. Terdapat pelbagai pilihan makanan di sini sampai rambang mata dibuatnya.








Kepada sesiapa yang sukakan tempat makan santai dan boleh borak-borak dengan selesa, korang wajib try cafe ni. Makanannya pun serious sedap!

Akhir kata, terima kasih Gaya Travel kerana menjemput Einaangel Network untuk bersama-sama dengan trip ini. Ini kali ke 2 eina join trip Gaya Travel. Terima kasih juga kepada Mommy Puteri yang telah menjaga kami dan menatang kami bagai minyak yang penuh di sepanjang trip ni berlangsung. Jasamu akan ku kenang.. Hehe..



#EinaangelNetwork
#KitaKeKampung 
#KitaRewangSekampung 
#PMNS 
#UPENSelangor 
#GayaTravel 
#MKNS

Comments

Popular Post